Gua, Din Koboi, Samdol dan Ciput sampai di Stadium Merdeka ketika ramai manusia dah berasak-asak mahu masuk ke dalam.
Zaman itu zaman Battle of The Band menjadi raja segala konsert. Zaman itu zaman anak-anak muda berambut mengerbang, berseluat ketat, dan memakai singlet bergambar bendera Jepun. Zaman itu zaman pemain muzik rock memakai pakaian dan perhiasan tahap hantu raya.
Zaman itu, pemain muzik rock yang memakai pakaian paling ganas ialah kumpulan SYJ. Paku tajam penuh…ada kat bahu, pergelangan tangan, kat siku. Rantai tak usah cakap. Pendek kata memang ganas dan kejam imej pakaian diorang tu.
Lepas tu, kumpulan SYJ bertukar nama menjadi Sophea.
Walaupun bertukar nama, imej hantu dan ganas serta kejam masih lagi diorang kekalkan.
Dan petang itu, selain kumpulan-kumpulan lain perform, Sophea yang ganas dan kejam juga akan perform. Sekali, bila tiba giliran diorang, gegak gempita satu stadium. Dengan pakaian yang penuh dengan paku, rantai-rantai yang melilit hampir seluruh tubuh, mereka pun mula perform.
Lagu pertama mereka, gua lupa apa namanya. Masih orait lagi. Tetapi selepas dua tiga lagu disampaikan vokalist utama, keadaan dah jadi lain.
Gua, Din Koboi, Samdol dan Ciput menyumpah seranah Man Rani.
Bunga Padang Pasir Man Rani memang benar-benar penuh dengan pasir.
Beb, lu pakai baju paku penuh kat tubuh, lu pakai rantai penuh badan, tiba-tiba lu nyanyi lagi leleh macam Ramlah Ram. Dah la tu, satu haper pun tak dengar.
Mencemarkan betul!
Nota tumit kaki : Din Koboi sekarang ni jadi cikgu, Samdol dah jadi tokey Pasar Raya Pak Aji di Bandar Tun Razak dan Bandar Tun Husin Onn, manakala Ciput sekarang menjadi doktor pakar ENT kat HUSM.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
jadik org pas jugak akhirnya dorang ni..alhamdulillahhhh
ReplyDeleteorang pas pun ramai gak yang rock. Akhil Hayy misalnya..rambut dia dulu macam rambut sharifah aini tu...
ReplyDelete