
"Aku nak pergi ke bintang," gua kata kepada seorang sahabat kanak-kanak gua.
"Aku nak sentuh bintang yang paling terang itu," gua kata lagi.
Selalunya, setiap malam selepas mengaji Quran gua akan berayun-ayun di atas buai yang gua buat di bawah pokok gajus nila. Sambil berayun-ayun, gua akan membayangkan yang gua ada di atas bintang itu. Berjalan dari bucu bintang sebelah sini, terus ke hujung bucu di sebelah sana.
Sekarang, zaman bintang yang paling terang 'milik' gua itu sudah lama berlabuh. Sekarang, di kota batu ini, susah sangat gua mencari bintang itu. Mungkin dada kota ini terlalu terang sehingga menenggelamkan sinar semua bintang. Mungkin juga limpahan cahaya lampu-lampu neon telah menabiri sinar bintang itu.
Atau mungkin, gua terlupa untuk membawa bintang yang paling terang itu ke sini...
Salam Bro Metal,
ReplyDeleteDi dada langit kota pada saat ini, dapat melihat bintang yang bertaburan dengan jelas dan nyata, seperti bertemu dengan lailatul qadr. Bahagia dan membahagiakan.
Percayalah, yang menabiri bintang-bintang itu jerebu selain rupa-rupanya mata sendiri, yang sudah kabur pandangan oleh ketuaan.
gua dah syak cikgu dah mula layan lagu2 eddie hamid...
ReplyDeleteBro Zul,
ReplyDeletememang mata gua dah makin kabur. Banyak tengok bintang agaknya.
Gopenghagen,
Dude, lu jangan buat citer kat sini. Dulu mamak putera umno terkena jurus penderas 5, lu pun nak rasa gak ker? ngehhh....ngehhh...ngehhhh
saya masa kecil pula suka baring di veranda rumah juga melihat bintang seperti cigu. Tapi saya membayangkan kelipan bintang itu sebagai bayangan pergerakan tuhan.senang cerita, seolah-oleh saya mengintai tuhan dari lubang-lubang kecik. Sebab ustazah selalu kata tuhan ada di langit. Masa tu saya berfikir tuhan bergerak-gerak kerana menguruskan manusia yang banyak. Masa itu terdetik dalam hati 'kasihannya tuhan, banyak kerja dia, sebab manusia ramai'.
ReplyDeletesaya masa kecil pula suka baring di veranda rumah juga melihat bintang seperti cigu. Tapi saya membayangkan kelipan bintang itu sebagai bayangan pergerakan tuhan.senang cerita, seolah-oleh saya mengintai tuhan dari lubang-lubang kecik. Sebab ustazah selalu kata tuhan ada di langit. Masa tu saya berfikir tuhan bergerak-gerak kerana menguruskan manusia yang banyak. Masa itu terdetik dalam hati 'kasihannya tuhan, banyak kerja dia, sebab manusia ramai'.
ReplyDeleteOleyn...
ReplyDeletehehehehe..kasian kan kat Tuhan...