Wednesday, 30 September 2009

Generasi yang senyap

Dalam banyak-banyak yang gua ajar, batch inilah yang belum dapat dikesan. Generasi mereka amat senyap.

Nota tumit kaki : duduk dari kiri Megawati, Filda, dan Fauziah.
Yang berdiri kat belakang, gua dah lupa dia punya nama.
Yang kat belakang, yang hensem-hensem tu tuan tanah.

Monday, 28 September 2009

Sepilok

Latar Tempat : Sepilok

Gua: Masrizal, kita nak masak apa ni? Tinggal kotak jer ni.
Masrizal : Kita beli gandum, kita buat capati.
Gua : Ishhhh...mana boleh makan capati kat dalam hutan.

Pause

Gua : Apa kata kita buat komando punya stail?
Masrizal : Hah?
Gua: Kita tangkap segala serangga, pastu kita rebus dalam periuk. Kita cakap kat bebudak tu, kita masak udang rebus.
Masrizal : Cantik gak tu!

Dan malam tu, budak-budak F6 Smk Sandakan makan serangga masak merah dengan sos perasa siput sedut hasil air tangan Ahmad Masrizal.

old skool


Bila gua tengok gambar ni, baru gua tahu Black ada ciri-ciri seorang penggemar dang dut biar pun dia kata dia seorang death metal.

Thursday, 17 September 2009

Promosi! Promosi!

Tiba-tiba fes buk gua ada add requst. Gua renung-renung. Lepas renung-renung, gua tenung-tenung.

Bila gua tengok gambar dia, gua kata dalam hati“macam pernah nampak” . Gua tengok nama dia, Shary Lee. Gua duduk diam-diam. Lepas tu gua usha-usha, siapa “amoi” ni.

“Cikgu, saya sudah minta Shary add cikgu,” kata Rasyidah, via fes buk.
“Shary Lee?” gua tanya Rasyidah.
“Ya,” kata Rasyidah.
“Siapa Shary tu? Pelajar saya ke?” gua tanya.
“Shary Mohd Rauf bah, cikgu” jawab Rasyidah.
“Oh, Shary. Kalau Shary itu, kenal la” kata gua kat Rasyidah.

Lepas tu, gua tengok gambar-gambar dia yang lain.

Lepas satu, satu.
Lepas tu tengok pula yang ni

Hah, memang Shary la….

*****
Shary, pelajar gua ni seorang yang sangat susah hendak didengar suaranya. Kalau sepatah gua tanya, belum tentu dia akan jawab berpatah-patah. Selalunya dia jawap dengan senyum-senyum saja. Dari pukul 6.45 hinggalah ke pukul 12.10, dia tetap akan setia di atas kerusinya. Susah nak tengok dia bergerak ke mana-mana. Kalau ke tandas, kalau bukan Azizah, Rubiah yang akan menjadi peneman.

Lepas STPM, dia ke UiTM.

*******
“Macam mana sekarang?”, gua tanya.
“Macam nilah cikgu,” dia kata.

Lepas tu kami berbla!bla!bla! via YM.
Rupanya Shary ni, kalau bercakap tanpa suara, boleh tahan juga ramahnya. Tidak seperti ketika dia di dalam kelas.

“Dulu, saya pernah ada rakan duet,” dia kata.
“Sekarang sudah buat album solo saja,” dia kata lagi.
“Tak nak cari rakan duet ke?” gua tanya.
“Memang la mau,” kata dia
“Tapi, sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi orang yang nak berduet dengan saya,” dia kata lagi.
“Cikgu tolonglah promosikan,” kata dia.
“No problem!” gua kata.

Jadi, sekarang gua nak buat promosi:

Kepada rakyat Malaysia,
Sesiapa yang nak jadi rakan duet Shary, boleh menghantar borang permohonan sekarang. Borang permohonan boleh didapati di heh ti ti pi fes buk dot com. Kemudian klik butang add request, kemudian taip shary lee. Kalau sesiapa yang nak mendapat perhatian segera, kenalah berbaik-baik dengan gua sebab gua dah jadi dia punya event manager. Nanti gua boleh bagi dia punya YM…ahakkksssss.

p.s. rugi woooooo siapa yang tak nak jadi rakan duet Shary, sebab dia ni cantik, berpelajaran, lemah lembut, dan yang lebih penting dia tak banyak makan, jadi senang untuk dijaga.


Amacam Shary, ok tak saya punya promosi?

Wednesday, 16 September 2009

Rujiah Yusuf

“Kawe suka betul mengusik si Rujiah,” kata Cikgu Azli Husin kat gua.
“kawe pun,” gua kata sambil tersengih.

“Kenapa demo suka usik dia,” Cikgu Azli Husin tanya gua.
“Kawe suka tengok muka dia bila dia malu-malu kena usik. Macam nampak segala darah yang mengalir kat mukanya, kemudian turun ke bahagian kerongkong,” kata gua.

Gadis Sungai memang mempunyai kulit yang putih, sangat putih. Mempunyai kening yang lebat, alis lentik, dan mata yang agak sepet. Dan Rujiah pun demikian juga.

Pelajar gua, Rujiah, gadis Sungai dari Kota Kinabatangan, pun sudah pergi bertemu-Nya. Terlalu lama untuk gua tahu akan ketiadaannya.

Hassan Basri, Rozita Kahar, dan sekarang Rujiah Yusuf…
Semoga kamu semua damai di sana.

Tuesday, 15 September 2009

Sungai Manila, Selamat Hari Raya!!

Oiii….naiklah dulu. Makan biskut raya aku ni,” jerit Matnoor.
Gua buat tak peduli.

Gua dah masuk ke dalam kebun salak kepunyaan bapa Matnoor. Bagi orang semenanjung macam gua ni, jumpa kebun salak di Sungai Manila, samalah seperti orang Sungai Manila dapat makan angin di Mid Valley!

Gua tak peduli kuih makmur. Buras? Apa kelas….

Gua mencangkung di perdu pokok salak. Buahnya sebesar penumbuk kanak-kanak. Setiap kali isinya digigit, seperti air gula masuk ke dalam rongga tekak gua. Ranggup, berjus dan sangat manis.

“Mana kawan-kawanmu?” tanya pak cik Sima, ayah Matnoor kepada Matnoor.
“Di saaanaaaaa…” kata Matnoor.

Gua syak, ayah Matnoor tentu tertanya-tanya, gua ni dari spesies manusia yang mana kerana terlalu lahap makan salak pada hari raya.

Orang lain makan biskut raya, gua pula makan buah salak sambil mencangkung di perdu pokok salak.

Sungai Manila, nanti gua datang lagi!

Joleyana, semalam kamu bertanya, hari ini baru saya berikan jawapannya

Katakan:
Kamu berlari 100 meter. Kamu berlari dengan sekuat tenaga kamu. Kamu perah segala tenaga yang kamu ada. Kamu tak pedulikan kepada apa-apapun.

Kemudian,
Kamu menjadi orang yang pertama sekali mendada pada reben garisan penamat. Kamu menjadi juara. Segala sorak-sorai hanyalah untuk kamu.

Kamu telah menjadi juara.

Setelah kamu kerah segala tenaga, kamu dah benar-benar penat. Kamu dah tak rasa nak berlari lagi. Kamu dah kalahkan semua juara lumba lari. Masa itu, yang kamu rasa hanyalah ingin balik ke rumah, mandi di bawah pancuran, dan selepas itu berehat sambil menjulurkan kaki di atas meja kopi.

Kamu dah tak mahu berlari lagi kerana kamu sudah menjadi seorang juara. Lalu kamu mencari gelanggang lain untuk terus bersaing.

Nota tumit kaki : juga untuk mereka yang selalu bertanya mengapa gua tidak ada di dalam bilik darjah lagi.

Monday, 14 September 2009

Shamsul Marabang

Dia datang sambil menjabat tangan setiap guru.
“Terima kasih cikgu. Saya berjaya kerana didikan cikgu,” begitulah yang dia ucapkan kepada semua guru.

“Terima kasih cikgu kerana mengajar saya,” dia kata sambil mengengam tangan gua. Sangat erat. Sangat terasa akan keikhlasannya.

Dia ialah antara pelajar gua yang paling baik. Sangat menghormati guru-guru.

Dia datang menjabat tangan gua selepas mengambil keputusan STPMnya. Dia lulus dengan cemerlang. Semua pelajar mengidam keputusan sepertinya, tetapi tidak semua mendapat keputusan seperti dia.

Selepas itu, seorang demi seorang rakan-rakan dia yang lain datang ke sekolah. Mereka mulai membuat urusan untuk ke IPT.
Gua tunggu dia. Tetapi dia tak datang.

Selepas dia mengucapkan terima kasih kepada semua guru, dia seperti terbang entah ke mana.

“Mana Shamsul?” gua tanya kepada rakan-rakannya yang sedang sibuk mengisi borang.
“Inda tau bah cigu,” kata mereka.
“Dia inda minta ke mana-mana?” gua tanya.
“Entahlah cigu. Dengar-dengar dia ada masalah dengan dia punya ic,” kata mereka.

Seperti banyak anak-anak Sabah yang lain, dia juga terperangkap dalam lingkaran tersebut. Gua lihat ini bagaikan suatu warisan, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Yang ada IC pula tidak berstatus bumiputera.

Kadang-kadang gua lihat, bangsa imigran di sana lebih beruntung. Kahwin sahaja dengan orang Kadazan, maka warisan mereka layak digelar bumiputera. Mereka ialah bumiputera yang menyambut Tahun Baru China saban tahun. Terlalu sinis!

Tetapi, dia yang urat nadinya mengalir darah rumpun Melayu, bagaikan tersisih di tanah ini. Dia bukan bumiputera lantaran leluhurnya dikatakan datang dari Kepulauan Sulawesi.

Dia ialah suatu manifestasi yang mewakili ramai lagi yang senasib dengannya. Tanpa taraf warganegara dan tanpa taraf bumiputera.

Di negara yang mempunyai Perdana Menteri yang sedarah dengan mereka, mereka seperti tidak mempunyai apa-apa.

Nota tumit kaki: “Dia” ialah Shamsul Marabang, pelajar gua yang cemerlang dalam STPM. Selepas dia “terbang entah ke mana” selepas STPM, gua akhirnya tahu di mana dia berada sekarang ini. Adam yang kini jauh berada di Negara Matahari Terbit, membuka jalan untuk gua mengesan di mana Shamsul.

Thursday, 10 September 2009

Kepala lembu


“Bro, apa komen lu tentang demonstrasi kepala lembu hari tu?”
“Gua nampak sesuatu,” kata gua.

“Apa yang lu nampak?”

Gua nampak otak lembu tu ada kat dalam kepala diorang” gua kata.

Wednesday, 9 September 2009

Bayangkan, ada Pilihan Raya di Hari Raya


“Gua belum pergi shoping lagi untuk raya ni. Gua nak tunggu duit bonus,” kata Mat Lan Kapak, rockers vateran zaman Sweet Charity.

“Ada bonus ke?” gua tanya.
“Dengar-dengar, gitulah,” Mat Lan Kapak, kata.
“Oooo..dengar-dengarlahhhhhh…” kata gua

“Tapi, gua rasalah. Lu takyah tunggu duit bonus. Takder bonus hari raya tu,” gua kata.
“Tapi, diorang cakap ada bonus,” Kata Mat Lan Kapak. Mungkin dia nak menyedapkan hatinya.

“Kalau ada orang cakap macam tu, gua boleh kata, lu dah kena kencinglah bro,” gua balas balik.

Mat Lan Kapak diam. Matanya terkebil-kebil. Racun gua dah mula berjalan ke segala pelusuk urat sarafnya.

“Lu ingat kerajaan banyak duit ke sekarang ni?” kata gua.
“Hampeh!” gua tambah lagi.

“Lagipun pilihanraya lambat lagi. Kalau pilihanraya tu bulan 12 ni, memang confirm ada bonus.”

“Lu dah jadi rockers semenjak zaman Sweet Charity lagi. Tu pun lu tak boleh nak tengok ke?” gua kata lagi.

Mat Lan Kapak buat muncung. Gua tengok muncungnya dah sama macam mulut kerbau yang rabik terkena sabit.

Robek hati Mat Lan Kapak bila pilihan raya lambat lagi. Gua faham, Mat Lan Kapak amat berharap agar hari raya selalu muncul bersama-sama pilihan raya. Kerana pada masa itulah para pemimpin elitis akan menjadi manusia yang paling peramah, paling prihatin, paling beriman, paling baik, paling pemurah, di atas muka bumi ini!




Tuesday, 8 September 2009

Selamat berbaring, Rozita

“Cikgu, nanti lepas bersungkai, cikgu rasalah kuih ni,” dia kata sambil menghulurkan gua satu bekas plastik yang lutsinar.
“Apa ni?” gua tanya sambil memusing-musing bekas itu.
“Kuih makmur, cantik dipandang, berderai di tangan,” dia kata. Ada sedikit nada gurauan di situ.
“Sedap ke?” gua tanya.
“Sedap. Saya yang buat sendiri tu,” dia kata lagi.

*******
Tapi dia sudah tidak ada lagi.
Kuih makmurnya, hanya tertinggal dalam memori yang gua tercicir menjelang Aidilfitri 14 tahun yang lalu.

Dia pergi terlalu cepat, tetapi terlalu lama untuk gua tahu.
Dia sedang berbaring pada lena yang panjang, sangat panjang.

**********
Rozita,
kalau mungkin kamu pernah mencalarkan sedikit rasa saya, telah lama saya redhokan.
Kalau mungkin ada sedikit rezeki melintasi jantung kamu, telah lama saya halalkan.
Kamu tiada apa-apa khilaf dengan saya.

*********
Selamat berbaring.
Semoga kamu aman di sana…

Friday, 4 September 2009

FTG di Hari Raya

“Dude, lu tengah layan lagu apa?” tanya Abdul Aziz Japari kat gua.
Dia tengok gua tengah angguk-angguk kepala.
Telinga gua disumbat dengan dua fon telinga sebesar kuku jari manis.

Gua tak layan pertanyaan Abdul Aziz Japari.

“Lu dengar lagu hari raya ke?” dia tanya lagi.

Gua hangguk-hangguk kepala dengan dua fon telinga di dalam lubang telinga gua.

“Lagu hari raya DJ Dave, ada?” Abdul Aziz Japari tanya lagi.

Gua tetap hangguk-hangguk kepala dengan dua fon telinga di dalam lubang telinga gua.

Tiba-tiba, dua tangan Abdul Aziz Japari mencengkan dua fon telinga gua.
Cepat-cepat dia sumbatkan fon telinga gua ke dalam lubang telinga dia.

Tiba-tiba dia kata:
“Apa hal lu bro. Orang nak raya, tapi lu duk layan FTG. Main la lagu raya. Takder cita rasa langsung,” kata Abdul Aziz Japari sambil membaling dua fon telinga gua ke atas meja.

“Dude, kalau lu nak layan lagu raya, lu pegi Maidin. Tesco pun ada pasang lagu raya. Lu pegi sana la beb!” kata gua.

Eh, kalau nak raya mesti dengar lagu raya ke?

*pling*

Gua rasa, gua nak masuk National Geographic Channel

Kami sampai di persimpangan yang menghala ke Lembah Danum, pada jam 7.30 malam.
“Lebih kurang 1 jam setengah, sampailah nanti di Lembah Danum,” kata pengawal yang menjaga di persimpangan tersebut.

Pakcik Emran terus membawa coaster sekolah di atas jalan tanpa aspal. Hanya gravel. Berkelikir.
Makin lama, makin jauh.
Hari pun makin malam.
Jalan pun makin sempit.

1 jam. Tak ada apa-apa.
1 jam setengah. Tak ada apa-apa.
2 jam. Masih tak ada apa-apa.
Hari sudah malam. Gelap pekat di sekeliling.

Di kiri dan kanan jalan gravel itu, hutan dan hutan dan hutan sahaja. Tak ada apa-apa tanda bahawa manusia ada di situ.

“Jauh suda kita ni. Silap-silap nanti sampai Kalabakan juga kita ni,” kata pakcik Emran. Berseloroh.

“Pakcik, berhenti di depan sana tu,” gua kata kat Pakcik Emran.

Coster berhenti. Debu-debu mengapung.
Gua dengan Ahmad Masrizal turun. Fazman Mat Yatim pun ikut sekali. Gua usung tin biskut kering sekali ke bawah.

Gua tengok sekeliling. Tak ada apa-apa. Tak ada Pusat Kegiatan Luar Lembah Danum. Tak ada apa-apa tanda.

Dalam hutan rimba di tengah-tengah hutan hujan tropika tertua dunia, tanpa ada sebarang kelibat, memerlukan gua harus berfikir pantas.
Dalam coaster hampir 20 orang anak orang yang harus gua utamakan.
Gua yang harus selesaikan segala-galanya sebab gua yang jadi kepala xpdc ini.

Di tengah-tengah hutan hujan tropika tertua dunia, dalam gelap pekat malam gua mengunyah biskut kering bersama-sama Ahmad Masrizal dan Fazman Mat Yatim.

Perghhhh….gua rasa, gua Ahmad Masrizal dan Fazman Mat Yatim layak masuk National Geographic Channel kerana belum ada lagi mana-mana manusia yang duduk-duduk di tengah-tengah hutan rimba yang jutaan usianya, dalam suasana yang gelap pekat, sambil mengunyah bikut kering dengan penuh santai.

Macam tak ada apa-apa.

Thursday, 3 September 2009

Dinihari Yang Membeku Di Gunting Lagadan

Dinihari itu – sangat sejuk – sejuk yang amat. Hujan dari malam tadi belum berhenti.

“Lu dah mandi?” gua tanya Wan Zul Speaker.

“Gua masuk jamban, gua buang air kecil….gua dengar bunyi ting! ting! ting! Air kecil gua dah jadi air batu. Sejuk tahap gaban. Kemudian lu tanya gua dah mandi ke belum,” jawab Wan Zul Speaker.

Dinihari itu sangat sejuk – sejuk yang amat.

Nafas gua dengan nafas Wan Zul Speaker keluar asap berkepul-kepul.

Budak-budak F6 yang gua bawa, sedang tidur. Nyenyak yang amat. Cuba lu bayangkan:

“Bangun awal pagi di kaki Gunung Kinabalu. Kemudian berjalan melawan graviti sejauh 3 kilometer, dengan 10kg beban dibelakang, , basah sepanjang denai, perut yang bukan lagi berkeroncong , dalam suhu yang sangat sejuk. Kemudian lu sampai ke tempat penginapan setelah 8 jam berhuh hah huh hah, kemudian makan nasi goreng panas-panas dengan sup ayam dan secangkir kopi pahit panas. Dan hujan pula semakin lebat. Lu penat. Penat giler. Hawa sangat dingin. Lu ada sebuah katil dan tilam empuk. Lu ada sleeping bag di atas tilam itu. Lu juga ada heater.

Dan hujan semakin lebat. Hawa sangat dingin.

Apa yang ada dalam kepala otak hanyalah zzzzzzzzz.”

Jadi gua tak salahkan budak-budak itu kalau mereka lena bagai seekor ular sawa yang baru menelan seekor anak babi hutan!

Dinihari itu sangat sejuk – sejuk yang amat.
Gigi atas bercumbu rayu dengan gigi bawah.
Hujan masih lebat.

“Macam mana? Nak naik ke tak?” gua tanya Wan Zul Speaker.
“Hujan tu bro,” gua kata.
“Nanti gua tanya guide tu. Kalau dia kata ok, kita on,” kata gua lagi.

“Bulih juga kamu naik ke atas sana tu. Tapi kana hati-hati sikit. Batu licin,” kata guide yang gua rasa mungkin berusia sekitar awal 20-an.

“Ok, on!” gua kata kat Wan Zul Speaker.
“Budak-budak tu?” tanya Wan Zul Speaker kat gua.
“Tak payah bawa. Jadi apa-apa hal, susah nanti kita nak jawab. Anak orang tu.” gua kata.

Gua pun pakai beberapa lapis pakaian. Gua pakai wind breaker kat luar. Gua pakai sarung tangan kulit yang gua pinjam daripada Alias Che Long.

Wan Zul Speaker pun sama. Cuma dia tak ada sarung tangan kulit sahaja. Sarung tangan dia dari jenis yang kodi, sangat kodi…sarung tangan para buruh kasar yang buat bangunan batu. Ha! Ha! Ha! Ha!

Kemudian gua dengan Wan Zul Speaker, melangkah ke pintu Gunting Lagadan.

Dinihari itu – hujan masih lebat – hawa sangat dingin

“Kamu mahu ke mana ni?” tanya seorang guide tiba-tiba.
“Mahu mendaki ke atas,” Wan Zul Speaker jawab.
“Mana bulih mandaki. Hujan lebat bah itu. Bahaya.” guide itu kata.
“Tak apa, kamu dua orang sahaja. Budak-budak tu tak ikut,” gua kata.
“inda bulih bah. Aku indak bulih kasi kabanaran untuk kamu. Nanti kalau apa-apa terjadi, susa siya mau kasi jawab,” guide itu kata lagi. Bersungguh-sungguh.

Gua tengok Wan Zul Speaker. Wan Zul Speaker tengok gua.

Hujan masih lebat – hawa sangat dingin – dinihari itu sangat gelap

“Aku sendiri pun yang dah beratus-ratus kali mandaki pun indak berani ke sana,” guide itu kata lagi.

Gua dengan Wan Zul Speaker terpaksa akur.
Gua kecewa. Wan Zul Speaker lagi kecewa.

Gua dengan Wan Zul Speaker kemudian memanskan air. Secangkir kopi kami cicip dalam kedinginan di Gunting Lagadan. Di luar sana hujan masih lebat.

7.00 pagi. Baru hujan reda.

“Woiiiiii…!!!!” Wan Zul Speaker memanggil gua. Dia berada di luar.

Gua menyusur ke tempat Wan Zul Speaker.

“Cuba lu lihat sana,” Wan Zul Speaker kata sambil jari telunjuknya mendongak ke atas.

Gua tengok air terjun yang sangat besar berasak-asak di laluan pendakian. Patutlah guide itu tidak membenarkan gua dengan Wan Zul Speaker mendaki ke Low’s Peak.

“Kalaulah guide itu tak sedar yang kita akan pergi ke sana. Kemudian tiada siapa yang larang, lu rasa-rasalah apa yang akan jadi kat kita?” Wan Zul Speaker tanya gua.

“Sama ada kita beku di sana dan menjadi patung air batu yang paling hensem pada dekad ini, atau mungkin juga kita tidak akan ditemui oleh sesiapa kerana jasad kita tidak tahu berada di celah lurah yang mana satu,” gua kata.

Nafas gua dengan nafas Wan Zul Speaker mendesah-desah sambil mengeluarkan asap.

***
Di depan Gunting Lagadan, beberapa orang pelajar F6 sedang bergaya di depan kamera. Dan mereka masih lagi mempunyai guru Pengajian Am dan guru Ekonomi untuk mengajar mereka pada hari Isnin nanti.

Tuesday, 1 September 2009

Haaaauuuummm......

Begini:
Lu berlari-lari-lari-lari-lari-lari di sepanjang kaki langit. Ada beberapa lapis warna pelangi yang bercantum dari muka bumi ke dada langit. Kemudian, lu meniti lapis-lapis warna pelangi itu, dan bermain kejar-kejar dengan bintang-bintang.

* *
* * *
* * * * * *
* * * * *


Bro, apa yang lu merepek ni?
Tak, gua tak merepek….gua mengantuk!

Apek itu memang bodoh!

Latar masa : zaman sebelum mykard
Latar tempat : sebuah kedai fotostat di sandakan, kepunyaan seorang cina.

Gua bawa kad pengenalan gua. Gua nak buat salinan. Dulu, kp ini taklah seperti namanya, kad pengenan bermutu tinggi. Bila dah lama keluar masuk dompet, lama-lama plastik pembalutnya terkopak.

“Buat 4 salinan,” gua kata kat cina tu.

Dia belek-belek kp gua.

“Mana kamu beli ni. Berapa kamu bayar? dia tanya.

“Ini original. Tak ada beli-beli,” gua kata.

Dia terus membuat salinan.

“Kalau yang original, mana boleh koyak-koyak begini,” dia kata.

“Kamu beli kp ini, lepas tu mengaku bumiputera. Ramai orang yang buat begitu,” cina tu kata.

Gua dah panas telinga. Gua ambil kp gua dan gua kata:

“Apek, kalau lu boleh buktikan ini kp palsu, gua bagi lu 10 ribu ringgit. Tapi kalau lu tak boleh buktikan, gua potong lu punya kepala!”

“Lu memang bodoh la apek…” gua kata kat apek tu.

Apek tu terkebil-kebil.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...