“Bro!” laung Asri Comel.
“Woooiiitttt!” gua jawab sambil menguap.
“Lu rasalah, mengapa yang mati tu semua ahli dari kumpulan sana?” Asri Comel bertanya.
“Kumpulan mana pula ni?” gua tanya balik Asri Comel.
“Dulu Bukit Gantang. Kemudian Manik Urai. Sekarang ni, kat Permatang Pasir pula,” Asri Comel kata.
---------------------------gua senyap -------------------
“Bro!” laung Asri Comel lagi.
Gua hulurkan kepala gua kat celah pintu. Gua cari Asri Comel. Dia tengah mencangkung kat bawah mejanya sambil mendengar lagu makyung dari komputernya.
“Kenapa hah? Kenapa semua yang mati tu dari kumpulan sana? Asri Comel, dengan soalan-soalannya yang tak pernah habis.
“Dah ajal diorang. Tuhan punya kuasa tu. Adalah hikmahnya,” gua kata.
“Tapi gua dah syak sesuatu la,” kata Asri Comel. “Gua rasa diorang tu dah kena santau. Puak-puak yang satu lagi tu yang buat” tambah Asri Comel.
“Dah, lu tak payah masukkan unsur-unsur tahyul dalam cerita ini. Gua tak minat,” kata gua.
Memang Asri Comel ini tak pernah habis dengan ketahyulannya. Selesema babi pun dia kaitkan dengan hantu raya yang merayau-rayau setelah tuan hantu tu mati.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment