Gua, dulu pernah menjadi naga: mampu mengeluarkan asap via lubang hidung dan mulut. Sekarang gua dah tak jadi naga lagi. Mulut gua dan lubang hidung gua sudah lama tak mengeluarkan asap. Gua dah tak jadi naga lagi.
“Dude, bila lu nak berhenti?” gua tanya seorang kawan gua. Dia ni naga tahap gaban.
“Berhenti apa?” dia tanya gua balik.
“Tu hah!” gua juihkan bibir gua pada segulung tembakau yang dibalut kertas putih yang terjepit di celah jari hantu dan jari telunjuknya.
“Alaaa….kecil punya hal,” dia kata sambil menunjukkan kebolehannya menagakan dirinya dengan mengeluarkan asap berkepul-kepul via lubang hidungnya.
“Duit yang lu gunakan untuk jadi naga ni, kalau disimpan sejak dulu hingga sekarang, gua rasa dah boleh bina rumah batu ni,” gua kata.
“Lu sekarang ni dah berapa biji rumah batu yang dapat lu bina sebab lu dah tak jadi naga?” dia tanya gua balik.
Menasihati naga tegar, memang susah beb!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
kat sekolah pun dah banyak naga2 junior ni cikgu...
ReplyDeletecikgu mendewa,
ReplyDeletememang naga-naga muda banyak di sekolah. mula-mula nak menunjuk2, kemudian lama-lama melekat, tak boleh nak buang. Kononnya betul2 jantan la tu kalau jadi naga. tapi tak sedar yang naga-naga muda itu hanya merabakkan lara ibu bapa mereka!