"Woiiii..." Mat Lan Kapak teks gua.
"Wasap bro?" Gua balas, via sms.
"Lu tak sambut merdeka. Kat Genting diorang nak bakar bunga api" Mat Lan Kapak balas, via sms.
"Malas" gua balas balik.
Dude, orang putih tu datang ambil tanah kita. Kita tak pernah bagi pun tanah itu. Lepas tu, orang putih buat macam-macam. Korek bijih timah, hisap susu getah. Bawa masuk para imigran.
Itulah jasa orang putih.
Kemudian tanah yang dia ambil itu, hendak dikembalikan kepada kita.
P***m*k orang putih.
Darah para pejuang sudah banyak mengalir di bumi Tanah Melayu. Lepas tu, dia bagi pelbagai syarat untuk memerdekan Tanah Melayu.
"Merdeka"
Dia ambil tanah kita, kemudian kembalikan dengan syarat-syarat yang hanya dianggukan kepala oleh Tunku Abdul Rahman seorang sahaja.
Ya, Tunku Abdul Rahman dan kumpulannya sahaja!
Kemudian, kita pun merdeka....
Kemudian kita pun jadi macam ni....satu hilang
hilang satu lagi....
hilang lagi...
Dan kita hilang semua kerana hanya kita sahaja yang meletakkan tolak ansur di atas batu jemala kita.
Hanya kita sahaja...
"Dude...bangun woi. Dah nak berbuka ni!" gua terasa bahu gua digoncang-goncang.
Gua buka mata. Gua nampak Mat Lan Kapak dengan kurma rotab bam dia.
Aiseyyyyy...gua mimpi lagi la.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
ya..saya setuju dengan cikgu. 100 ribu peratus. Orang yang celik dan menganalisis sejarah akan sedar semua itu. Tapi sistem yang menjadikan generasi kian buta sejarah apabila sejarah hanya dijadikan mata pelajaran untuk mengaut jumlah A sebanyak mungkin...Jolyena
ReplyDeletesejarah di sekolah hanya untuk mereka yang menang dalam pergelutan kuasa.
ReplyDeleteMereka yang menang itulah yang disifatkan sebagai golongan kanan.
ReplyDelete