Wednesday, 26 August 2009

Di negara 1Malaysia

Gua duduk di gerai sambil makan-makan colek kerang, keropok gotel dan minum air nira kelapa. Perghhhh…itu ialah aktiviti yang menyegarkan otak dan badan pada malam-malam bulan puasa.

“Dude, siapa minah tu?” Asri Comel tanya gua. Mata dia tertancap pada kaca televisyen.

“Minah mana?” gua tanya.

“Tu..!” kata Asri Comel sambil memuncungkan bibirnya ke kaca televisyen. Mulutnya mengunyah-mengunyah.

“Oooo…minah ni yang kena tangkap hari tu. Dia minum Tiger,” gua kata.

“Minum Tiger pun boleh jadi glamour gak! Apa barang! Hari-hari keluar tivi. Hari-hari keluar suratkhabar. PM pun bagi komen sekali suruh dia merayu. PM tu bro, PM!” kata Asri Comel.

“Nak buat macam mana? Peminum arak di 1Malaysia ni lebih bertuah daripada masa depan anak-anak bangsa yang dibunuh oleh PPSMI. Peminum arak itu sentiasa dibela hingga ke peringkat golongan dewa-dewa. Anak-anak pasca PPSMI siapa yang mahu bela. Silap-silap lu kena tuduh tak mahu kemajuan,” gua kata.

“Mmmm…..” kata Asri Comel.

Tiba-tiba Asri Comel melaung:
“Bang, tukar channel ESPN!”

2 comments:

  1. dan ada sorang menteri rambut merah mengucapkan alhamdulillah kerana hukum tuhan tidak dapat dilaksanakan..cibai!

    ReplyDelete
  2. Dude,
    cibai tu sejenis dengan cabai ke? Ahaaaakkkksss.....

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...