Saturday, 4 August 2018

JOGHO KHALID SALLEH (III)

Dewan SMK Membakut, Sabah.  Di depan, entah siapa gua tak ingat, sedang pung pang pung pang tentang dunia penulisan.  Gua antara dengar dan tak dengar. Selebihnya jadi kenangan.

Lengan kiri gua dicuit. Gua berpaling. Wak Khalid membuat isyarat: jari tunjuk dan jari hantunya dijepit lalu disua ke bibirnya. Gua angguk. Wak Khalid senyum.

Kita menyigup dulu la kata Wak Khalid ketika kami mengayun kaki ke pintu pagar sekolah. Setiap kali mengajak gua merokok, Wak Khalid selalu kata, menyigup kita. Wak Khalid boleh bercakap loghat Sabah, siap dengan intonasinya.  Wak Khalid pernah berulang-alik saban minggu dari KL ke KK kerana mengajar teater di UMS.  Sebab itu Wak Khalid pandai Sabah.

Di tepi pondok pengawak keselamatan, kami menyigup.  Cuaca tenga hari itu agak terik. Kami menumpang redup bayang pondok pengawal keselamatan.

Artis ni, aku kanal ni. Selalu kaluar dalam tivi, kata pengawal keselamatan yang menjaga pintu pagar sekolah sambil dia pandang Wak Khalid. Wak Khalid sengih saja.

Aku sukup minat sama kau, sapa yang nda kanal sama itu kopratasa. Aku suka kau punya lagu bha, sambung pengawal keselamatan itu ceria. Siapa yang tak gembira kalau dapat jumpa artis.

Sambil duduk, sambil sedut hembus sedut hembus kreteknya, Wak Khalid berbisik kat aku, Wak selalu kena macam ni. Dia ingat Wak ni Sani Sudin.


Bang, panggil pengawal keselamatan itu. Selpi bha kita, dia sambung.

Sunday, 29 July 2018

JOGHO WAK KHALID (II)


“Ferari Wak ‘tu walaupun buruk, banyak jasanya,” kata Wak Khalid. Ketika itu gua dan Wak Khalid lepak-lepak di tangga belakang, tingkat 1, ITBM.  Sambil lepak, kami borak-borak kosong.  Sambil borak-borak kosong, kami hisap rokok. Gua hisap Dunhill, Wak Khalid hisap Samsoe yang dia beli khusus dari Tanah Seberang.


“Ferari  ‘tu la yang bawa Wak dari hujung Malaysia ke hujung Malaysia.  Satu Malaysia ‘dah Ferari ‘tu bawa Wak. Tak pernah buat perangai. Habis buruk perangai dia pun, dia tak mau hidup bila start sebab minyak dah habis. Ha ha ha!” Wak Khalid ketawa.  Samsoe Wak tak sampai seinci menjadi bara di hujung. Dunhill gua pula dah hampir separuh menjadi habuk.  Tangga belakang tingkat 1, ITBM dipenuhi aroma Samsoe dan Dunhill.  Di tangga tingkat 1, ITBM Wak Khalid bercerita tentang “Ferari” kepunyaannya, sebuah kancil warna merah keluaran edisi pertama.

Saturday, 28 July 2018

JOGHO KHALID SALLEH

JOGHO 1

Dari tempat parkir kereta Istana Budaya, gua nampak Wak Khalid sedang menyusun buku di depan Panggung Sari.  Gua mendapatkan Wak Khalid. “Buku apa ni, Wak?” Gua tanya.
“Melayu Hilang di Dunia,” jawab Wak Khalid.
“Wak tulis?” Gua tanya lagi.
Wak Khalid angguk. Wak Khalid senyum. Kemudian Wak Khalid kata, “Belilah. Ada banyak benda Wak cerita dalam ‘tu.”
“Berapa ringgit ‘ni Wak?” tanya gua.
“50 ringgit, mahal sikit sebab Wak yang terbit sendiri. Bagi can Wak untunglah sikit. Boleh Wak buat modal teh tarik dan terbit buku seterusnya.”
Setelah not 50 bertukar tangan, gua tanya Wak Khalid, “Wak ada filem baru?”
Wak Khalid jawab, “ ‘Dah habis shooting Hanyut. Tapi tak tau bila nak tayangnya.”

Kemudian gua masuk ke dalam Panggung Sari untuk tonton monolog Rebab Berbisik oleh Rahimidin Zahari (Allahyarham).  Dan filem Hanyut yang menjadi filem terakhir lakonan Wak Khalid di layar perak, ditayang 6 tahun kemudian.


Sunday, 15 July 2018

TOKONG

Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat balik kat kau punya ameno,  gua kata lagi.

Huh...dengus dia.

Gua kata dalam hati, patut kalau dah tersembam makan tanah ni, pakai la otak. Ni orang tegur sikit kau mendengus. Mereput la ameno tu macam kote yang tak boleh nak naik-naik lagi!


Saturday, 14 July 2018

DUNIA PUSINGPUSING

Di dunia ini, tak payah tunggu lama-lama untuk dapat bayaran daripada Tuhan. Kau buat orang, orang tak mampu ( dan tak boleh nak balas), Tuhan akan balas.  Kau buat orang hari ni, tak semestinya esok, atau minggu depan, atau bulan depan, atau tahun depan, Tuhan akan balas. Kalau tak esok, minggu depan, Tuhan akan balas. Kalau bukan minggu depan, bulan depan Tuhan akan balas.  Kalau bukan bulan depan, tahun depan Tuhan akan balas. Pendek kata, cepat atau lambat Tuhan akan balas, kita tak tau.

Sama juga dengan kuasa yang ada pada kau. Kalau kau anggap kuasa itu punca untuk kaujadi ego, bongkak, eksen, untuk kaudajalkan orang lain, kau akan ketawa terbahak-bahak apabila kau berjaya pedajalkan orang.  Hari ni kau ketawa terbahak-bahak, esok lusa belum tentu lagi. Esok lusa mungkin kau akan makan tanah.

Bila susah, pandai pula kau kata, “Mari kita bersusah sama-sama.” Maka jangan kau heran bila ada orang membalas, “Susah bersama-sama abah kau!”

Hek eh!

Friday, 6 July 2018

PATAH

sayap sepasang
tumbuh dan patah
di belikat seekor serindit
perlahan-lahan menyeru sang puteri berkebaya labuh.

hanya itu ...



Sunday, 11 March 2018

KARISMATIK SEORANG KETUA

Kata kawan, “Ketua senang nak cari, bersepah-sepah. Belakang lorong ada ketua. Dalam kandang babi pun ada ketua.”

Gua diam. Bunyi mamak pelepak pelepuk roti canai singgah di hujung-hujung bunyi gua. Teh tarik sudah hampir ke lantai gelas.

“Tapi ...” sambung kawan lagi, “nak cari ketua yang betul ketua sangat susah.”  Kawan jeda. Sekejap. Mata kawan merenung skrin tv di depan. Terpicing-picing. Kabur. Faktor usia tidak menyebelahi anak matanya. Kanta matanya tidak lagi anjal. Lalu imej di belakang matanya menjadi kabur. Dan kawan terpicing-picing seperti sekarang. Dan esok. Lusa. Minggu depan. Bulan depan. Dan seterusnya sehingga mati.

“Ketua yang bagus ialah ketua yang karismatik.” Kawan menyambung.

Kemudian, kawan sambung, “Ketua yang liat bangun pagi pegi ofis, selalu menghilang entah ke mana, bukan ketua yang karismatik. Itu ketua (kera)smatik!”

Kawan bangun dan pergi.

Bunyi pelepak pelepuk mamak tepuk roti canai juga dah lama hilang....

Thursday, 15 February 2018

HIPOKRASI SI HIPOKRIT

Suatu pagi.Gua baca: 

 "SENIMAN KECEWA UCAPAN DALAM BAHASA INGGERIS"

Gua baca lagi. Gua ingin tahu. Siapa seniman itu? Apa sangat yang "seniman" ini kecewa?

Gua baca. Dan baca. Dan baca.

Selepas baca, gua baru tahu. "Seniman" itu dimaksudkan kepada sekelompok penulis.  Mereka kononnya kaciwa sebab penerima Profesor Ulung Negara berucap dalam bahasa orang putih.  Mereka kononnya kaciwa kerana penerima tersebut sebenarnya nak berucap dalam bahasa kebangsaan (Baca: Bahasa Melayu) tetapi dihalang oleh seseorang (atau mungkin beberapa orang) daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  Alasannya, ada tetamu yang tak paham bahasa Melayu.  Nanti apa-apa yang nak dicakapkan oleh penerima anugerah tak dapat dipahami oleh orang yang tak paham bahasa Melayu.

  Maksudnya: kalau kau nak bercakap, cakaplah apa-apa saja dalam bahasa yang orang lain paham.  Kalau kau cakap dalam bahasa Melayu, tapi orang tak paham, apa kejadahnya?!

   Maka pung! Pang! Pung! Pang! para seniman (Baca: penulis) ini membelasah KPT. Tak hormat bahasa Melayulah. KPT minda penjajahlah. Ada orang yang tak layak jadi pemimpinlah.  Dan macam-macam sumpah seranah lain.  Kononnya nak jadi jaguh bahasa Melayulah tewwww.....

      Hek eleh, lu pun bila editor kasi potong lu punya bahasa yang tak betul pun lu meroyan, apa la sangat dengan KPT tu.  

    Bila editor kata, "Ayat ni tak betul, der.  Jadi, gua kasi betulkan."  Kemudian lu bagi jawapan sampah sarap, "Alaaaaaaaaaa...asalkan pembaca paham, apa masalahnya!".  Jadi, apa bezanya lu dengan orang KPT itu???

Asal paham, pakailah apa-apa bahasa sekalipun - *pap* jatuh atas hidung lu sendiri!

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...