Di dunia ini, tak payah tunggu lama-lama untuk dapat bayaran daripada Tuhan. Kau buat orang, orang tak mampu ( dan tak boleh nak balas), Tuhan akan balas. Kau buat orang hari ni, tak semestinya esok, atau minggu depan, atau bulan depan, atau tahun depan, Tuhan akan balas. Kalau tak esok, minggu depan, Tuhan akan balas. Kalau bukan minggu depan, bulan depan Tuhan akan balas. Kalau bukan bulan depan, tahun depan Tuhan akan balas. Pendek kata, cepat atau lambat Tuhan akan balas, kita tak tau.
Sama juga dengan kuasa yang ada pada kau. Kalau kau anggap kuasa itu punca untuk kaujadi ego, bongkak, eksen, untuk kaudajalkan orang lain, kau akan ketawa terbahak-bahak apabila kau berjaya pedajalkan orang. Hari ni kau ketawa terbahak-bahak, esok lusa belum tentu lagi. Esok lusa mungkin kau akan makan tanah.
Bila susah, pandai pula kau kata, “Mari kita bersusah sama-sama.” Maka jangan kau heran bila ada orang membalas, “Susah bersama-sama abah kau!”
Hek eh!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment