Kata kawan, “Ketua senang nak cari, bersepah-sepah. Belakang lorong ada ketua. Dalam kandang babi pun ada ketua.”
Gua diam. Bunyi mamak pelepak pelepuk roti canai singgah di hujung-hujung bunyi gua. Teh tarik sudah hampir ke lantai gelas.
“Tapi ...” sambung kawan lagi, “nak cari ketua yang betul ketua sangat susah.” Kawan jeda. Sekejap. Mata kawan merenung skrin tv di depan. Terpicing-picing. Kabur. Faktor usia tidak menyebelahi anak matanya. Kanta matanya tidak lagi anjal. Lalu imej di belakang matanya menjadi kabur. Dan kawan terpicing-picing seperti sekarang. Dan esok. Lusa. Minggu depan. Bulan depan. Dan seterusnya sehingga mati.
“Ketua yang bagus ialah ketua yang karismatik.” Kawan menyambung.
Kemudian, kawan sambung, “Ketua yang liat bangun pagi pegi ofis, selalu menghilang entah ke mana, bukan ketua yang karismatik. Itu ketua (kera)smatik!”
Kawan bangun dan pergi.
Bunyi pelepak pelepuk mamak tepuk roti canai juga dah lama hilang....
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment