Saturday, 28 July 2018

JOGHO KHALID SALLEH

JOGHO 1

Dari tempat parkir kereta Istana Budaya, gua nampak Wak Khalid sedang menyusun buku di depan Panggung Sari.  Gua mendapatkan Wak Khalid. “Buku apa ni, Wak?” Gua tanya.
“Melayu Hilang di Dunia,” jawab Wak Khalid.
“Wak tulis?” Gua tanya lagi.
Wak Khalid angguk. Wak Khalid senyum. Kemudian Wak Khalid kata, “Belilah. Ada banyak benda Wak cerita dalam ‘tu.”
“Berapa ringgit ‘ni Wak?” tanya gua.
“50 ringgit, mahal sikit sebab Wak yang terbit sendiri. Bagi can Wak untunglah sikit. Boleh Wak buat modal teh tarik dan terbit buku seterusnya.”
Setelah not 50 bertukar tangan, gua tanya Wak Khalid, “Wak ada filem baru?”
Wak Khalid jawab, “ ‘Dah habis shooting Hanyut. Tapi tak tau bila nak tayangnya.”

Kemudian gua masuk ke dalam Panggung Sari untuk tonton monolog Rebab Berbisik oleh Rahimidin Zahari (Allahyarham).  Dan filem Hanyut yang menjadi filem terakhir lakonan Wak Khalid di layar perak, ditayang 6 tahun kemudian.


No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...