Dewan SMK Membakut, Sabah. Di depan, entah siapa gua tak ingat, sedang pung pang pung pang tentang dunia penulisan. Gua antara dengar dan tak dengar. Selebihnya jadi kenangan.
Lengan kiri gua dicuit. Gua berpaling. Wak Khalid membuat isyarat: jari tunjuk dan jari hantunya dijepit lalu disua ke bibirnya. Gua angguk. Wak Khalid senyum.
Kita menyigup dulu la kata Wak Khalid ketika kami mengayun kaki ke pintu pagar sekolah. Setiap kali mengajak gua merokok, Wak Khalid selalu kata, menyigup kita. Wak Khalid boleh bercakap loghat Sabah, siap dengan intonasinya. Wak Khalid pernah berulang-alik saban minggu dari KL ke KK kerana mengajar teater di UMS. Sebab itu Wak Khalid pandai Sabah.
Di tepi pondok pengawak keselamatan, kami menyigup. Cuaca tenga hari itu agak terik. Kami menumpang redup bayang pondok pengawal keselamatan.
Artis ni, aku kanal ni. Selalu kaluar dalam tivi, kata pengawal keselamatan yang menjaga pintu pagar sekolah sambil dia pandang Wak Khalid. Wak Khalid sengih saja.
Aku sukup minat sama kau, sapa yang nda kanal sama itu kopratasa. Aku suka kau punya lagu bha, sambung pengawal keselamatan itu ceria. Siapa yang tak gembira kalau dapat jumpa artis.
Sambil duduk, sambil sedut hembus sedut hembus kreteknya, Wak Khalid berbisik kat aku, Wak selalu kena macam ni. Dia ingat Wak ni Sani Sudin.
Bang, panggil pengawal keselamatan itu. Selpi bha kita, dia sambung.
No comments:
Post a Comment