Pertengahan Ramadhan.
1997.
Gua dan Mat Teq masuk ke Santos. Lagu raya berselang-seli dengan lagu raya Cina.
Mat Teq naik ke tingkat 1. Gua ikut Mat Teq ke tingkat 1.
"Kawe nak cari kas raya. Nak hantar kat gewe," kata Mat Teq.
Mat Teq tinjau-tinjau kad raya di rak jual kad raya. Lepas satu, satu Mat Teq ambil. Mat Teq belek. Kemudian Mat Teq letak kembali.
Mat Teq ambil. Mat Teq belek. Mat Teq letak kembali.
Kemudian,
Mat Teq ambil. Mat Teq belek. Mat Teq letak kembali.
Lepas tu,
Mat Teq ambil. Mat Teq belek. Mat Teq letak kembali.
Begitulah aktiviti Mat Teq untuk setengah jam berikutnya. Sales girl dah tengok semacam. Mat Teq buat muka poyo.
"Tadok kad comel. Takkan nak hantar kad raya gambar kucing siam kat gewe," kata Mat Teq.
Gua senyap. Gua tak kata apa-apa. Kemudian gua kata:
"Apa kata kalau kita tengok kad raya cina pulak?"
Mat Teq senyum. Lepas tu Mat Teq kata "Jom!"
Lepas belek kad raya Cina, Mat Teq terus berkenan. Mat Teq ambil sekeping kad raya Cina kaler merah. Sampulnya juga merah. Mat Teq bawa ke kaunter dan bayar harga kad itu. Lepas bayar, Mat Teq nak tulis barang sepatah dua kata untuk gewe dia.
"Kalau tulis ikut slang orang Cina, lagi cun ni," kata gua. Mat Teq senyum dan kata, "Comel tuh!"
Maka Mat Teq pun tulislah:
Wa jauh sini duduk. Lu jauh sana duduk. Tapi Wa sangat sayang sama lu maaa. Wa halap, lu pun manyak sayang sama wa. Wa manyak lindu sama lu oooo. Lu tentu lindu manyak manyak sama wa. Silamat Hali laya. Lu jangan manyak main mercun. Nanti lu punya jali ada putus-putus. Wa tatak mau mini tatak jali wooo...
Gua keluar dari Santos dengan Mat Teq. Lagu raya selang-seli dengan lagu raya Cina. Gua dengan Mat Teq terus menuju ke Pejabat Pos Besar Sandakan.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment