Latar masa : 90-an
"Jom ikut kawe pegi pejabat pos. Kawe nak hantar kad raya," kata Bob.
"Boleh," gua kata. Sepatah.
11.45 pagi, sekolah sesi pagi tamat.
Bob start Proton Saga biru dia. Gua duduk sebelah. Menyusur tepi kedai Cemerlang, asap rokok berkepul-kepul. Tapi yang magiknya, orang yang menghisapnya tak nampak. Betul-betul magik.
"Budak-budak sekolah kita la tu yang hisap rokok. Bila nampak cikgu, semua ghaib. Tapi durang tak ingat nak bawa asap rokok tu sekali," kata Bob.
"hek eh," kata gua.
Sampai di bandar, Bob mengambil round about di depan Bank Bumiputera. [Masa tu nama Bumiputera masih ada lagi pada bank saudagar]. Melewati D'Image. Di sebelah sana Padang MPS. Di sebelah padang MPS berderet gerai.
"Bazar ramadhan Sandakan," kata Bob sambil senyum.
Gua tengok jam pada papan pemuka kereta Bob. Baru pukul 12 tengah hari. Dan perkara magik kedua dapat gua lihat pada hari itu.
Magik pertama = asap rokok tanpa penghisap rokok.
Magik kedua = Bazar ramadhan jam 12 tengah hari.
Bob meneruskan perjalanan ke Pejabat Pos. Setelah menjilat beberapa keping setem, dan menyorongkan beberapa keping sampul putih dalam lubang, kitorang belah.
"Bob, demo berenti sekejap kat bazar ramadhan," kata gua.
"Awal demo nak beli buka puasa. Baru pukul 12 lebih" kata Bob.
"Kawe bukan nak beli. Kawe nak tengok," gua kata.
Gua menyusur bazar ramadhan di situ buat kali pertama. Magik! Sungguh magik! Walaupun baru jam 12 lebih, bazar ramadhan itu penuh sesak.
Dan lagi magik apabila ada beberapa orang penjual di sana, bername tag dengan jawatannya sekali. Kemagikannya bertambah-tambah magik di name tagnya itu turut tertera 'AJK Surau [bla bla bla] '. Dan yang kononnya AJK surau bername tag di dada itu mengacau air susu kacang ais di dalam beberapa buah balang lutsinar. Kalau dihitung-hitung secara ilmu matematik sebelum PPSMI, dia akan jadi camni : sekarang pukul 12 tengah hari. Waktu berbuka puasa jam 6. 20 petang. Lagi 6 jam. Tapi macam mana balang air susu kacang ditaruk ais itu sudah nak habis?
Cayalah AJK Surau [bla bla bla] ! Lu orang memang pandai meniaga!
Di hujung sebelah sana pula, nasi kuning juga sudah hampir habis. Namun, pembelinya masih berpusu-pusu.
Puasa pertama di Sandakan, banyak benda magik yang gua jumpa.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment