"Sigu..!" panggil Pakcik James. Lelaki Kadazandusun separuh umur yang pandik-pandik tagap itu panggil gua. Pakcik James sebenarnya jaga sekolah. Tapi kadang-kadang dia juga menjawat jawatan tukang kebun sandaran bila tukang kebun tetap bercuti.
"Ada apa pakcik?" gua tanya.
"Anu bah, sia mo mengasi tauk sama sigu, ada budak-budak iskul sini yg nda puasa," kata Pakcik James. Terjuih-juih bibirnya yang merah sebab Pakcik James suka makan sirih.
"Di mana juga Pakcik nampak durang?" tanya gua.
"Di plet sana bah. Di tangga," kata Pakcik James.
Pakcik James sorang kristian. Tapi prihatin juga dengan agama lain. Pakcik James pernah kasi tau gua yang familinya ada macam-macam agama. Anak-anaknya juga ada yang memeluk Islam.
"Ok, tima kasih aa pakcik," gua kata.
Gua masuk bilik guru. Gua nampak Ustaz Syed Halim. Gua lambai tangan gua kat Ustaz Syed Halim.
"Jom, kita serbu budak tak puasa," kata gua.
"Jom!" kata Ustaz Syed Halim.
Gua tunggang SS8771C kaler biru. Ustaz Syed Halim jadi tukang bonceng. Gua pusing-pusing flat 4 tingkat yang dikatakan Pakcik James.
Dari bawah, satu demi satu tangga flat gua tinjau. Sampai ke satu tangga, gua tercium bau rokok.
"Diorang ada kat tangga atas," kata gua kat Ustaz Syed Halim.
Macam mat bond, gua dengan Syed Halim naik pelan-pelan.
Gua nampak 4 orang budak berbaju kurung putih dan berkain biru muda tengah syok pung! pang! pung! pang! sambil kunyah keropok dan sedut hembus asap rokok. Perggghhh....budak pompuan tu!
"Dah la ponteng, tak puasa lagi," kata gua. Gua kecilkan mata. Gua buat muka yang paling brutal.
4 gadis sekolah yang ponteng dan tak puasa itu terkejut sebab tiba2 ada 2 orang cikgu dari selolah diorang tiba2 ada di belakang mereka.
"Sia nda buli puasa ba cigu," kata S [bukan nama sebenar].
"Sia pun sama," kata K, J, dan M [bukan nama sebenar].
Diorang mengeluarkan satu pad putih berspan dari poket masing-masing.
Gua tengok Ustaz Syed Halim.
Ustaz Syed Halim tengok gua.
"Takkan aku nak cek betul ke tidak diorang tak boleh puasa," bisik Ustaz Halim kat telinga gua.
"Gurlp..." kata gua.
S,J, K dan M dah mula senyum-senyum. Diorang fikir sudah dapat melepaskan diri.
Kemudian gua kata, "Tak boleh puasa tu satu hal. Ni asap rokok berkepul2 apa cerita?"
S tengok J. J tengok K. K tengok M.
"Kesalahan 1 : ponteng. Kesalahan 2 : hisap rokok," kata gua.
"Korang masuk sekolah dulu. Aku mau Cikgu Rozitah cek korang betul ke tidak tak boleh puasa. Kalau bohong akan ada kesalahan 3," kata gua lagi.
Kemudian, macam koboi berkuda yang menuntun ternakan mereka ke padang ragut, gua menunggang Yamaha Sport kaler biru menuntun 4 orang pelajar perempuan ke kawasan sekolah.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment