Hari ni, 15 Ogos 2011.
15 Ogos 2011.
Lu tau apa speselnya 15 Ogos 2011?
Tak tahu!?
Gua tak heran, sebab ramai yang tak mau amik tau.
Kalau lu nak tau, hari ni genaplah 500 tahun Melaka jatuh ke tangan Benggali Portugis.
Ada kita amik pengajaran dari kejatuhan Melaka ke tangan Portugis? Ada la juga. Tapi sikit saja. Yang banyaknya ialah kita tak mau amik pengajaran. Kerana itu kita terus bercakaran sesama sendiri.
Melaka jatuh ke tangan Portugis kerana pertelingkahan sesama sendiri. Fitnah sana sini. Terlalu percayakan kepada Kitul dan Mandeliar. Dan akhirnya takhta kesultanan Melayu terjunam ke dalam laut. Sultan dan permaisuri terpaksa lari dan bersembunyi dalam hutan. Kemudian satu persatu gereja didirikan.
Dan kita, orang Melayu sudah terlalu lupa akan tarikh 15 Ogos ini.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
Terima kasih kerana mengingatkan.
ReplyDelete