Pertengahan Ramadhan.
1997.
Gua dan Mat Teq masuk ke Santos. Lagu raya berselang-seli dengan lagu raya Cina.
Mat Teq naik ke tingkat 1. Gua ikut Mat Teq ke tingkat 1.
"Kawe nak cari kas raya. Nak hantar kat gewe," kata Mat Teq.
Mat Teq tinjau-tinjau kad raya di rak jual kad raya. Lepas satu, satu Mat Teq ambil. Mat Teq belek. Kemudian Mat Teq letak kembali.
Mat Teq ambil. Mat Teq belek. Mat Teq letak kembali.
Kemudian,
Mat Teq ambil. Mat Teq belek. Mat Teq letak kembali.
Lepas tu,
Mat Teq ambil. Mat Teq belek. Mat Teq letak kembali.
Begitulah aktiviti Mat Teq untuk setengah jam berikutnya. Sales girl dah tengok semacam. Mat Teq buat muka poyo.
"Tadok kad comel. Takkan nak hantar kad raya gambar kucing siam kat gewe," kata Mat Teq.
Gua senyap. Gua tak kata apa-apa. Kemudian gua kata:
"Apa kata kalau kita tengok kad raya cina pulak?"
Mat Teq senyum. Lepas tu Mat Teq kata "Jom!"
Lepas belek kad raya Cina, Mat Teq terus berkenan. Mat Teq ambil sekeping kad raya Cina kaler merah. Sampulnya juga merah. Mat Teq bawa ke kaunter dan bayar harga kad itu. Lepas bayar, Mat Teq nak tulis barang sepatah dua kata untuk gewe dia.
"Kalau tulis ikut slang orang Cina, lagi cun ni," kata gua. Mat Teq senyum dan kata, "Comel tuh!"
Maka Mat Teq pun tulislah:
Wa jauh sini duduk. Lu jauh sana duduk. Tapi Wa sangat sayang sama lu maaa. Wa halap, lu pun manyak sayang sama wa. Wa manyak lindu sama lu oooo. Lu tentu lindu manyak manyak sama wa. Silamat Hali laya. Lu jangan manyak main mercun. Nanti lu punya jali ada putus-putus. Wa tatak mau mini tatak jali wooo...
Gua keluar dari Santos dengan Mat Teq. Lagu raya selang-seli dengan lagu raya Cina. Gua dengan Mat Teq terus menuju ke Pejabat Pos Besar Sandakan.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Friday, 19 August 2011
Thursday, 18 August 2011
S, J , K dan M
"Sigu..!" panggil Pakcik James. Lelaki Kadazandusun separuh umur yang pandik-pandik tagap itu panggil gua. Pakcik James sebenarnya jaga sekolah. Tapi kadang-kadang dia juga menjawat jawatan tukang kebun sandaran bila tukang kebun tetap bercuti.
"Ada apa pakcik?" gua tanya.
"Anu bah, sia mo mengasi tauk sama sigu, ada budak-budak iskul sini yg nda puasa," kata Pakcik James. Terjuih-juih bibirnya yang merah sebab Pakcik James suka makan sirih.
"Di mana juga Pakcik nampak durang?" tanya gua.
"Di plet sana bah. Di tangga," kata Pakcik James.
Pakcik James sorang kristian. Tapi prihatin juga dengan agama lain. Pakcik James pernah kasi tau gua yang familinya ada macam-macam agama. Anak-anaknya juga ada yang memeluk Islam.
"Ok, tima kasih aa pakcik," gua kata.
Gua masuk bilik guru. Gua nampak Ustaz Syed Halim. Gua lambai tangan gua kat Ustaz Syed Halim.
"Jom, kita serbu budak tak puasa," kata gua.
"Jom!" kata Ustaz Syed Halim.
Gua tunggang SS8771C kaler biru. Ustaz Syed Halim jadi tukang bonceng. Gua pusing-pusing flat 4 tingkat yang dikatakan Pakcik James.
Dari bawah, satu demi satu tangga flat gua tinjau. Sampai ke satu tangga, gua tercium bau rokok.
"Diorang ada kat tangga atas," kata gua kat Ustaz Syed Halim.
Macam mat bond, gua dengan Syed Halim naik pelan-pelan.
Gua nampak 4 orang budak berbaju kurung putih dan berkain biru muda tengah syok pung! pang! pung! pang! sambil kunyah keropok dan sedut hembus asap rokok. Perggghhh....budak pompuan tu!
"Dah la ponteng, tak puasa lagi," kata gua. Gua kecilkan mata. Gua buat muka yang paling brutal.
4 gadis sekolah yang ponteng dan tak puasa itu terkejut sebab tiba2 ada 2 orang cikgu dari selolah diorang tiba2 ada di belakang mereka.
"Sia nda buli puasa ba cigu," kata S [bukan nama sebenar].
"Sia pun sama," kata K, J, dan M [bukan nama sebenar].
Diorang mengeluarkan satu pad putih berspan dari poket masing-masing.
Gua tengok Ustaz Syed Halim.
Ustaz Syed Halim tengok gua.
"Takkan aku nak cek betul ke tidak diorang tak boleh puasa," bisik Ustaz Halim kat telinga gua.
"Gurlp..." kata gua.
S,J, K dan M dah mula senyum-senyum. Diorang fikir sudah dapat melepaskan diri.
Kemudian gua kata, "Tak boleh puasa tu satu hal. Ni asap rokok berkepul2 apa cerita?"
S tengok J. J tengok K. K tengok M.
"Kesalahan 1 : ponteng. Kesalahan 2 : hisap rokok," kata gua.
"Korang masuk sekolah dulu. Aku mau Cikgu Rozitah cek korang betul ke tidak tak boleh puasa. Kalau bohong akan ada kesalahan 3," kata gua lagi.
Kemudian, macam koboi berkuda yang menuntun ternakan mereka ke padang ragut, gua menunggang Yamaha Sport kaler biru menuntun 4 orang pelajar perempuan ke kawasan sekolah.

Wednesday, 17 August 2011
Magika di bulan Puasa
Latar masa : 90-an
"Jom ikut kawe pegi pejabat pos. Kawe nak hantar kad raya," kata Bob.
"Boleh," gua kata. Sepatah.
11.45 pagi, sekolah sesi pagi tamat.
Bob start Proton Saga biru dia. Gua duduk sebelah. Menyusur tepi kedai Cemerlang, asap rokok berkepul-kepul. Tapi yang magiknya, orang yang menghisapnya tak nampak. Betul-betul magik.
"Budak-budak sekolah kita la tu yang hisap rokok. Bila nampak cikgu, semua ghaib. Tapi durang tak ingat nak bawa asap rokok tu sekali," kata Bob.
"hek eh," kata gua.
Sampai di bandar, Bob mengambil round about di depan Bank Bumiputera. [Masa tu nama Bumiputera masih ada lagi pada bank saudagar]. Melewati D'Image. Di sebelah sana Padang MPS. Di sebelah padang MPS berderet gerai.
"Bazar ramadhan Sandakan," kata Bob sambil senyum.
Gua tengok jam pada papan pemuka kereta Bob. Baru pukul 12 tengah hari. Dan perkara magik kedua dapat gua lihat pada hari itu.
Magik pertama = asap rokok tanpa penghisap rokok.
Magik kedua = Bazar ramadhan jam 12 tengah hari.
Bob meneruskan perjalanan ke Pejabat Pos. Setelah menjilat beberapa keping setem, dan menyorongkan beberapa keping sampul putih dalam lubang, kitorang belah.
"Bob, demo berenti sekejap kat bazar ramadhan," kata gua.
"Awal demo nak beli buka puasa. Baru pukul 12 lebih" kata Bob.
"Kawe bukan nak beli. Kawe nak tengok," gua kata.
Gua menyusur bazar ramadhan di situ buat kali pertama. Magik! Sungguh magik! Walaupun baru jam 12 lebih, bazar ramadhan itu penuh sesak.
Dan lagi magik apabila ada beberapa orang penjual di sana, bername tag dengan jawatannya sekali. Kemagikannya bertambah-tambah magik di name tagnya itu turut tertera 'AJK Surau [bla bla bla] '. Dan yang kononnya AJK surau bername tag di dada itu mengacau air susu kacang ais di dalam beberapa buah balang lutsinar. Kalau dihitung-hitung secara ilmu matematik sebelum PPSMI, dia akan jadi camni : sekarang pukul 12 tengah hari. Waktu berbuka puasa jam 6. 20 petang. Lagi 6 jam. Tapi macam mana balang air susu kacang ditaruk ais itu sudah nak habis?
Cayalah AJK Surau [bla bla bla] ! Lu orang memang pandai meniaga!
Di hujung sebelah sana pula, nasi kuning juga sudah hampir habis. Namun, pembelinya masih berpusu-pusu.
Puasa pertama di Sandakan, banyak benda magik yang gua jumpa.

Tuesday, 16 August 2011
Mimpi 15 Ramadhan
Malam tadi gua mimpi :
Solat Tarawih
Imamnya : Tok Guru Nik Aziz
Saf pertama : Anwar Ibrahim, Najib Razak, Musa Aman
Saf di balik tirai : Rosmah [tanpa mekap], Sharizat Jalil [tanpa jambul], Nurul Izzah [selepas menyusukan anak].Siti Zaliah.
Tukang azan : Khairy Jamaluddin
Tukan Iqamat : Nasruddin
Lepas solat tarawih, ramai-ramai pekena kerang bakar di gerai Khalid Samad kerana Brahim Ali yang membelanjainya.

*pling*
Mimpi jer la weh...!!!
Monday, 15 August 2011
500
Hari ni, 15 Ogos 2011.
15 Ogos 2011.
Lu tau apa speselnya 15 Ogos 2011?
Tak tahu!?
Gua tak heran, sebab ramai yang tak mau amik tau.
Kalau lu nak tau, hari ni genaplah 500 tahun Melaka jatuh ke tangan Benggali Portugis.
Ada kita amik pengajaran dari kejatuhan Melaka ke tangan Portugis? Ada la juga. Tapi sikit saja. Yang banyaknya ialah kita tak mau amik pengajaran. Kerana itu kita terus bercakaran sesama sendiri.
Melaka jatuh ke tangan Portugis kerana pertelingkahan sesama sendiri. Fitnah sana sini. Terlalu percayakan kepada Kitul dan Mandeliar. Dan akhirnya takhta kesultanan Melayu terjunam ke dalam laut. Sultan dan permaisuri terpaksa lari dan bersembunyi dalam hutan. Kemudian satu persatu gereja didirikan.
Dan kita, orang Melayu sudah terlalu lupa akan tarikh 15 Ogos ini.

Tuesday, 9 August 2011
Antara gereja dengan iklan Puasa TV8
Masa gua belajar kat UM dulu dan tinggal di Jalan Kelang Lama, gua selalu gunakan Jalan Gasing. Di sepanjang Jalan Gasing seingat gua ada dua buah gereja. Ada orang bagi tau gua, salah sebuah gereja tu paderinya ialah orang Melayu. Anak pak Imam pekan Banting. Kononnyalah. Betul atau tidak gua tak tau.
Beberapa tahun yang lalu, gua sudah menetap kembali di KL. Ada sorang pakcik pemandu teksi bagi tau gua, ada sebuah gereja yang menjadi tumpuan orang Melayu. Dia kata ada dua tiga orang budak UM, setiap Sabtu akan ke gereja tersebut.
"Macam mana pak cik tahu?" tanya gua.
"Dah beberapa kali pakcik hantaq dioghang," kata pakcik tu.
"Gereja mana?" gua tanya.
"Gereja kat Jalan Gasing" pakcik tu kata.
Masa gua belajar kat UM, gua diberitahu gereja di Jalan gasing menjadi tempat orang Melayu yang kepingin nak jadi Kristian. Lepas beberapa tahun, gereja itu masih lagi diberitahu kat gua tentang hal yang sama. Bagi gua, sedikit sebanyak cerita itu mungkin ada benarnya. Bak kata mat rock, 'kalau takder beruk, takkan pokok boleh goyang punya baik!'
Jadi bagi gua, tindakan yang dibuat oleh JAIS baru-baru ini memang kena pada tempatnya. Dah nama dia pun JAIS. Kalau tak nak menjaga Islam di Selangor, tukar jer la nama JAIS tu kepada Teressa Kok ke, atau Hannah Yeoh ke, atau Lim Kit Siang ke. Atau kalau nak lebih glamer, tukar jer nama JAIS tu kepada Justin Bieber!
Lu paham apa yang nak bagi tau? Tak paham?
Ok, meh sini telinga tu. Lu dengar baik-baik. Lu dengar, jangan tidur.
Kristianisasi di Malaysia ni memang berlaku. Ada sebuah buku yang ditulis oleh seorang pensyarah di UKM. Tajuk dia 'Gerakan Kristianisasi di Malaysia'. Buku ni dah lama. Gua baca pun masa gua sambung mengaji kat UKM. Bagus buku tu. Ia ditulis secara ilmiah. Kalau baca buku tu, kita juga akan tahu juga seba-sebab puak2 gereja ni bernati-matian nak pakai nama 'ALLAH'. Kita juga akan tahu taktik yang dipakai oleh puak-puak Kristian ni untuk menyebarkan agama diorang. Saper yang nak menafikan stetmen gua, sila angkat tangan!
JAIS bertindak berdasarkan maklumat bhai. Diorang tu bukan tunggul kayu. Yang duk kat atas kerusi di opis JAIS yang berekon disyen tu bukan mamat-mamat lepasan SPM. Kemon la! JAIS pergi buat pemerikasaan. PEMERIKSAAN. Lu paham apa itu pemerikasaan. Orang kampung khairul fahmi yang baru putus tunang tu cakap "kawe nak maghi cek jah, nak kelih betol ko tidok".
Tapi apabila YB Khalid Samad kata JAIS buat serbuan, gua nak gelak sampai pecah-pecah perut. Gua bukan orang politik. Jadi gua tak berfikir secara politik. Tapi gua tengok si Khalid Samad ni begitu 'teman tapi mesra' dengan gereja. YB ni kata JAIS buat 'serbuan'. Makaihhhh...serbuan tu! Gua nak tanya YB ni : Berapa keping daun pintu gereja tu pecah? Berapa banyak pulak kerusi meja berhamburan? Berapa orang puak Kristian ni kena kejar? YB, lu kena jaga perkataan yang lu pakai tu. Itu dah masuk propaganda. Sebuan apa kenamanya kalau JAIS kena tunggu kat depan pintu hampir setengah jam. Kenapa setengah jam? Sebab pihak gereja tak bagi JAIS masuk. Kenapa tak bagi JAIS masuk? Sebab ada la benda yang diorang nak sembunyikan dulu. Kasi koyak dulu kertas-kertas. Kasi sembunyi dulu mana-mana yang patut disembunyikan.
YB oh YB. Lu kena paham apa itu 'serbuan' dan apa itu 'masuk dan membuat pemeriksaan'. Kat kepala YB sentiasa ada kopiah putih. Bagus tu YB. Nik Aziz pun suka. Tapi lu kena jagalah kopiah putih itu dan juga organ yang terdapat di dalam tempurung yang diletakkan kopiah putih itu.
Dulu dia bergasak dengan Zul Kulim tentang penggunaan kalimah 'ALLAH'. Dan sekarang ni dia bergasak pulak dengan Dr Hassan Ali. Dan setiap kali bergasak, macam Khalid Samad ni seolah-olah membela pihak gereja. Apa yang dibuat gereja betul. Yang dibuat oleh orang Islam lain pulak tak betul. Bhai, lu tu wakil rakyat parti Islam. Jangan sampai dilihat lu terlampau nakkan kuasa, maka lu remehtemehkan orang Islam, tapi lu lebihkan pihak gereja. Jangan bhai! Lu dengan parti lu juga yang rugi nanti. Macam gua ni. Gua kategorikan diri gua sebagai penunggu setia atas pagar. Kalau gua rasa sebelah sana lebih elok, lebih baik, gua akan lompat ke sebelah sana. Kalau gua rasa disebelah sini lebih aman dan sejahtera, gua akan lompat sebelah sini. Dan gua rasa ramai lagi orang-orang yang sama seperti gua di atas muka bumi Malaysia ni.
Bhai, lu jangan terlalu berkompromi segala bagai. Dalam sesetengah perkara memang patut kita berkompromi. Tapi dalam soal melibatkan akidah, lu kena pikir banyak kali. Lu nak tunggu apa lagi. Beberapa tahun dulu mufti Perak buat pendedahan. Dia kata dah lebih 230 000 orang Melayu yang murtad. Tapi takder sapa pun yang ambil berat pendedahan ini. Apa lagi yang kita nak tunggu? Sampai bila lagi kita nak berkompromi? Nak tunggu berapa orang lagi Lina Joy atau Asiah Bukhari?
"Tak boleh la buat tindakan keras macam tu. Nanti imej Islam tercalar"
Bhai, meh sini gua nak sound lagi sekali. Imej Islam tercalar bukan disebabkan kita membuat pemeriksaan di gereja sebab ada orang Melayu Islam di dalam gereja itu. Imej Islam tercalar bukan disebabkan iklan puasa TV8 yang memaparkan amoi Cina yang tak reti bahasa [memang pun] pakai baju tader lengan pegi beli kuih kat bazar Ramadhan.
Imej Islam tercalar kerana kita yang membiarkan Islam itu dicabar dari segenap sudut.
Apabila kita cuba mempertahankan kemurnian Islam, kita dituduh pelampau.
Apabila kita cuba mengingatkan orang Cina agar bersopan sewaktu ke bazar Ramadhan, kita dituduh rasis.
Dan sangat malang sekali apabila kita terus-terusan menjadi kelompok yang terlalu apologetik. Maaf sana, maaf sini. Walhal kita menuntut hak kita sendiri.
YB Shah Alam, untuk pilihanraya umum nanti, gua tak mau undi lu!

Monday, 8 August 2011
Hajjah Sitt Al-wuzara
Thursday, 4 August 2011
Roti Kobra + Teh Nai Ping!
Gua bangun tidur. Gua genyeh mata.
Puasa pertama di Sandakan.
Selepas genyeh mata, gua tongkatkan dagu gua kat dua belah tangan gua. Fikir nak bersungkai di mana. Jauh dari emak yang ikan perciknya makin lazat di bulan puasa, menyebabkan gua ingin terbang terus balik ke kampung. Tapi setakat berangan jer lah.
Bersahur tadi makan megi. Takkan nak bersungkai pun nak telan megi.
Gua terus berfikir mana nak bersungkai.
Fikir.
Lepas fikir, fikir lagi.
Fikir mana tempat nak bersungkai.
Fikir.
Fikir.
Fikir.
Last-last gua bersungkai di Habeeb. Juadah berbuka puasa gua yang pertama di Tanah di Bawah Bayu : roti kobra sama teh nai ping.
Best ke? Best la sebab gua berbuka puasa sama dengan keling-keling muslim restoran Habeeb. Siva, satu-satunya pelayan Habeeb yang Hindu menjadi peneman gua. Perghhhh.... sebelum Najib ada 1Malaysia, gua dah ada la der!
Tuesday, 2 August 2011
Hek Eh!
Gua. Lama tak menconteng.
Bukan gua sembunyi sebab gua ada di bawah matahari.
Bukan gua pergi sebab hidup gua belum habis lagi.
Bukan gua merajuk sebab gua bukan politikus yang kalut.
“Habis, naper lu lama tak nampak?”
“Lu tak nampak gua,” kata gua sambil menyedut 02
“sebab gua tak nampak lu.”
Hek eh!
Ambil sahaja awan-awan yang jatuh itu. Kemudian dalam nada yang perlahan dan paling romantis, ucapkanlah “helo...” untuk kali yang kesejuta.
Subscribe to:
Posts (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...