Wednesday, 30 December 2009

Polong

Kadang-kadang gua tak faham. Itik lain yang gua tembak, itik lain pula yang terasa pedihnya.

Kamu yang berada di sana, usah hidup dikejar bayang. Gua tak tembak lu, jadi lu diam-diam. Lu jangan berasa apa-apa. Sebab apa? Sebab gua tak tembak lu.

Gua tembak segala polong jembalang yang hanya muncul apabila si jampok mula menyahut…!

Lu fahamkan?

Tapak kaki gua tercangkuk duri

Dude, pehal ada darah kat kaki lu?
“Ada orang letakkan duri kat jalan yang biasa gua lalu tadi”
Lu tak nampak ke duri tu?
“Tak, sebab gua tak tahu warna duri.”
Habis tu macam mana lu tahu itu duri?
“Tajam, halus dan tidak terpandang oleh mata gua. Walau apa pun nama benda tu, gua tetap memanggilnya duri.”


Eh, kat dada lu ada darah la!

Gua angguk, dan berlalu pergi.

Semasa melangkah, gua melihat titisan darah gua. Mula mengering dan dihurungi agas.

Monday, 28 December 2009

Duhai setan-setan!

Maka bergelak ketawalah para setan dengan gigi-gigi tajam yang bersalut darah dari setiap inci dagingku yang dibenamkan dengan kuku-kuku serigala dan aku hanya melihat darahku menganaksungai menyusur muara yang sedia menganga menelan rasa kemanusiaan yang aku empangkan selama ini.

Aku akan bangkit sebagai seekor bota yang akan meranap segala yang ada disekeliling dan para setan itu!

Wednesday, 16 December 2009

Duduk Kinabatangan! Duduk!

“Dude!” tangan Mat Lan Kapak melambai-lambai kat gua.
“Pehal?” gua tanya.
“Ada artis nak kawin ngan politician la,” Mat Lan Kapan kata kat gua. Galak sungguh mata dia pandang gua. Gua dah mula cuak. Takkan la politician nak kawin ngan artis, keghairahan Mat Lan Kapak datang tiba-tiba.

“Saper artis tu?” gua tanya.
Mat Lan memusingkan monitor HP 7540nya kat gua.
“Oh, minah ni. Putih melepak minah ni,” gua kata bila gua tengok gambar seorang perempuan yang memakai baju dan skirt merah, kaki kanannya berjongkit sikit ke depan, tangan kanannya memegang pinggangnya yang ala-ala patah, manakala lehernya dikulaikan sikit ke sebelah kiri.

Gua baca tulisan kat bawah, gua cari kot-kot ada dikatakan siapa politician yang gatal nak kawin ngan artis.

Tapi, jawapan artis memang jawapan yang standard. No komen.
Gua tak kisah. jawapan tu jawapan artis yang tak sekolah. Jawapan artis yang tak tahu berhadapan dengan realiti.

Kemudian gua baca lagi.
Ada frasa ahli politik dari Sabah.

Tetiba gua teringat-ingatkan sidang parlimen yang selalu gua dengar via Internet.
Terdengar-dengar suara Pandikar Amin Mulia selaku Speaker berkata seperuh menjerit:
“Duduk Kinabatangan! Duduk Kinabatangan! Ini Dewan yang mulia, bukan pasar malam!”

Wednesday, 9 December 2009

Diam

Diam


tatkala kata-kata


menjadi dusta


aku memilih


untuk diam


dan aku di sini
berharap engkau yang berada di hujung kebunku
usahlah menghimpunkan
ranting-ranting kering
buat pembakar di perkebunanmu
sendiri.

Tuesday, 8 December 2009

Wahai budak-budak, jom kita pegi dengar ceramah agama..

"Apabila kita hendak menyampaikan dakwah, jangan sampai maruah kita sebagai pendakwah terjejas. Sebaiknya sampaikan dakwah dari luar. bawa mereka (pengunjung pusat hiburan) ke kawasan yang lapang dan adakan ceramah untuk beri kesedaran pada mereka."

Itu kata-kata seorang yang berada di tingkat paling atas yang menjaga Islam di sebuah negeri yang kaya di Semenanjung Malaysia.

Dude, cuba lu fikir dengan akal. Makhluk-makhluk yang mengunjungi pusat hiburan, yang berpakaian ala kadar, menggoyangkan kepala sampai ke awal pagi, lu tiba-tiba masuk ke sana dan lu pun kata :
Wahai saudara dan saudari sekalian, jom kita pergi ke padang sekolah sebelah. Saya nak buat ceramah agama.”

Lu agak-agak, ada ke makhluk-makhluk itu akan dengar cakap lu. Buat satu barisan, kemudian berderet beratur menuju ke padang sekolah. Kemudian mereka pun duduk sambil mendengar ceramah agama lu dengan penuh khusyuk.

Kalau lu nak bikin filim, bolehlah lu masukkan scene macam tu. Masalahnya, berdakwah bukan seperti membikin sebuah filim. Semudah, camera rolling, action!, dan kemudian cut!

Nak hambat budak-budak sekolah yang tinggal di asrama supaya pergi ke surau pun payah, apatah lagi nak panggil dengan ‘penuh berhikmah’ dan ‘sopan santun’ anak-anak muda yang sedang lalok di disko-disko.

Memang gua skeptikal tentang itu.

Umang-umang

We love our country, but does our cuntry love us?” dia tanya, dengan menggunakan bahasa orang putih. Kemudian dia sambung lagi “'The many restrictions, moral policing, unfairness, education policies and political instability are making many leave the country. Many of my friends and their families have moved to Australia, including my son.

Dude, dia kata dia cinta negara ini. Tapi bila dia bercakap, gua tak dengar satu patah pun bahasa kebangsaan negara ini! Ironis sekali untuk sang bebal berlidah penjajah ini. Kalau lu cinta akan negara ini, lu buktikanlah. Tapi bukti lu tercicir entah ke longkang kat mana-mana.

Mamat yang kononnya cinta akan negara ini juga bodoh dengan perjalanan sejarah negara ‘yang dicintainya’. Pek, kalau lu nak kawin ngan bini lu, lu jangan tengok warna bajunya. Lu juga kena tahu saiz under wear yang dipakai bini lu. Apa saiznya? Kalau payu dara bini lu bak Dolly Parton, lu belilah cup yang sesuai. Kalau Lu beli saiz Britney, gua rasa lu memang spesies yang seringkali nampak bini orang lagi bergetah dari bini lu sendiri.

Dan lu sebenarnya mempunyai sindrom yang sebegitu : nampak negara orang lain lebih baik dari negara yang lu ‘sayangi’ ini.

Lu belahlah!

Friday, 4 December 2009

Pembunuhan karakter

Kalau lu nak imaginasikan sesuatu, atau lu nak bunuh karakter seseorang, lu buatlah satu susunan cerita yang munasabah.

Misalnya:
Lu katakankah “ Perut dia buncit sebab banyak sangat makan rasuah, macam polis trafik”
Atau lu katakanlah, “Dia buat jambatan tu mahal, tapi runtuh sebab nak untung lebih”
Setidak-tidaknya lu kata, “Dia bawa lari duit 10 juta ringgit ke luar negara”
Atau lu boleh kata “Dia dah kena bayar 750 000 ringgit, dan lepas tu dapat lagi 5 juta ringgit sebab tukar-tukar akuan sumpah”
Barulah karakter gua benar-benar kena bunuh.

Tapi bila lu kata gua kaki perempuan sebab betis gua tak ada bulu, itu bukannya pembunuhan karakter, tapi lu buat lawak badut.

Thursday, 3 December 2009

Resah dan rusuh

Gua paling tak suka orang yang membawa aib orang ke sana sini. Lu bagilah apa-apa alasan sekalipun, gua memang tak boleh terima. Kalau gua kata ‘jangan’ maka janganlah yang gua maksudkan.

Apabila masih lagi berlaku, maka resah gua akan bertukar menjadi rusuh. Gua tak suka merusuh kerana akan ada gelora yang pasti menjadi sendu.

Gua kutip dan gua pungut

Dulu, kalau gua lepak-lepak kat bilik guru, di telinga gua akan selalu terdengar kata-kata seperti:

“Aku menyampah betul dengan si ….”
“Si … tak pernah nak buat kerja rumah. Lantak dialah.”
“Ponteng lagi si …. Kali ini aku nak cadangkan dia kena buang sekolah.”
“Dia nak belajar ke, tak nak belajar ke. aku tak peduli!”
“Si…tu memang jenis baka hantu raya. Jangan pedulilah kat dia tu”

Macam-macam lagi sebenarnya.

Kalau gua, gua tak tengok dengan mata kosong.
Gua kata, “Aku nak budak tu, bagi kat aku”.
Lalu gua pun selalu menjadi pengutip dan pemungut.

Tak semua sanggup memungut dan mengutip mereka kerana memungut dan mengutip mereka ini ada seninya. Dan seni itu amat payah dikuasai oleh manusia idealis yang ego.

Wednesday, 2 December 2009

Mengejar Dewasa

engkauharusakulepaskanuntukmengejardewasadanakuakantetapdisiniwalaukeawanmanapunkaupergidanhinggapakuakantetapdisinikeranamatahariakudanmatahariengkauadalahsatudantidakputus

Tuesday, 1 December 2009

Bebaskan

Kalau lu ada di sini, kemudian lu makan sambil duduk-duduk, lu belum layak untuk kata yang lu orang sini.

Bro,
Kalau lu nak mengreng! greng! greng! lu punya Gibson, lu kena tahu tali mana satu yang harus ditekan. Kalau tidak, lu hanya seperti seorang busker songsang yang hanya tahu menadah topinya sebaik sahaja lu selesai bernyanyi.

Sama ada lu seorang penulis yang tah apa-apa yang menulis dengan bahasa syok sendiri, ataupun lu seorang Menteri Besar yang masuk ke pejabat dengan cara yang paling longkang, semua atas pertimbangan akal lu. Seorang perakam gambar, hanya merakam gambar. Hanya merakam gambar. Hanyalah gambar. Gambar sahaja. Tapi bila gambar lu orang tak suka, lu jangan jadi ego tak bertempat.

Lu rakam gambar, orang lain membuat penilaian…sebenarnya itulah aturan Tuhan yang jarang-jarang manusia hormati.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...