Wednesday, 30 September 2015

NAIKTURUN

Mengapa nilai RM tak naik-naik?

Sebab nilai USD tak turun-turun!

*pling*

Tuesday, 29 September 2015

SEPOL NUNG

"Huh, kat Makkah pun ada rumah pelacuran!" Dia kata sambil menggesek-gesekkan jari telunjuknya di skrin telefon cerdiknya.  Matanya berbuntang.

"Huh?" Gua kata.

"Kat Makkah, ada rumah pelacuran," kata dia lagi.

"Mana lu tau ni, bai?" kata gua.

"Gua baca efbi mamat ni. Apatah nama dia. Sepol Nung kot." Dia kata lagi.  Sebatang Dunhill seludup terjepit di celah jarinya, antara jari telunjuk dengan jari manis.  Perca-perca habuk jatuh pelan-pelan.

"Lu percaya?" Gua tanya.

"Mau tak caya! Sepol Nung ni jurufoto femes, bai.  Semua orang kenal dia!" Dia separuh menjerit.

Gua sandarkan belakang di kerusi plastik.  Gua senyum. Gua tap! tap! tap! jari kat atas meja.

"Kalau gua kata yang Sepol Nung, yang lu kata femes tu, yang lu kata semua orang kenal tu, BODOH, lu nak cakap apa?" Gua kata.  Gua tarik kotak Dunhill seludup.  Amik sebatang.  Kemudian amik lighter. Kemudian cucuh.  Kemudian sedut dalam-dalam. Dan asapnya berapungan ke udara.

"Takkan ler dia bodoh..." suara dia mulai mengendur.  Jadi macam radio kehausan bateri.

"Dia memang bodoh la bai!" Giliran gua pula meninggikan suara.

Dia terkelip-kelip.  Macam anak tikus melihat ibu ular sawa yang dah 4 bulan tak telan apa-apa makanan.

"Sepol Nung mungkin jurufoto yang femes. Tapi seorang jurufoto yang femes bukan sijil untuk kata dia tak bodoh." Gua kata. Kemudian gua letak Dunhill seludup kat bibir.  Kemudian sedut dalam-dalam.  Kemudian hembus pelan-pelan.  Dan asapnya berapungan di udara.

"Lu tau 'rumah pelacuran' tu haper? Rumah pelacuran ni sebuah premis.  Kemudian di dalamnya ada beberapa orang pompuan.  Dan pompuan-pompuan ini kejernya mengangkang, bagi jantan-jantan tembak.  Pastu, rumah pelacuran ni ada la bos dia. Kalau bos lelaki kita panggil 'bapak ayam'.  Kalau bos pompuan kita panggil 'ibu ayam'. Sekodi-kodi rumah pelacuran, diorang juga ada organisasinya.  Ada menteri kewangannya.  Ada menteri hal ehwal dalam negeri. Ada menteri propaganda. Paham?"

Dia terkebil-kebil.  Lagi.

"Kalau pompuan tu sorang-sorang, kemudian dia duk mengangkang sorang-sorang di rumah dia, rumah dia tu bukan rumah pelacuran. Kalau pompuan tu sorang-sorang, kemudian dia duk mengangkang sorang-sorang di bilik hotel, takkan hotel tu kita nak kata 'rumah pelacuran'. Paham?"

Gua letakkan Dunhill seludup di bibir, lagi.  Kemudian sedut dalam-dalam, lagi. Kemudian hembus pelan-pelan, lagi.  Dan asapnya berapungan di udara, lagi.

"Mana lu tau semua ni?"

"Baca buku, bai! Baca buku! Bukan duk baca efbi jer!"

Kemudian gua sedut dalam-dalam Dunhill seludup. Kemudian hembus pelan-pelan. Dan asapnya berapungan di udara...

Sunday, 27 September 2015

ANJING YANG MELOLONG

Setiap kali matahari jatuh di hujung dunia, anjing-anjing yang datang dari perbukitan akan melolong-lolong. Entah hantu mana yang dilolongnya, tak siapa yang tahu.

Ya, mereka anjing-anjing yang datang dari daerah jauh.  Dibawa oleh para penggali bumi rakus. Pada awal kedatangan anjing-anjing ini, badan mereka penuh kurap. Hanya mengharap belas para anak bumi yang murah berkongsi emas dan perak.

Sehingga datang seorang anak dewa dari Tanah Hujung yang dijanjikan kuasa sakti, anjing-anjing ini diberi pondok, bukannya sangkar. Hanya kerana mengangankan kuasa sakti, segalanya diberikan oleh anak dewa ini.

Dan kini anjing-anjing ini diam-diam menggigit. Melolong-lolong setiap kali matahari jatuh si hujung dunia.

Saturday, 26 September 2015

POORA POORA II

Jangan berikan kepercayaan kepada penulis ( FB) kerana mereka terlingkar di dalam sangkar hipokrasi.

Kehkehkeh!

Wednesday, 23 September 2015

POORA-POORA

FB ini hanya tempat untuk berpura-pura sahaja.  Semua yang baik-baik akan dipertontonkan.  Yang buruk-buruk tentang diri sendiri mana ada yang nak up load dalam FB!

Tuesday, 22 September 2015

HIDUP



Keresahan bukan penyelesian. Keresahan hanyalah keresahan. Tidak perlu disimpan di kocek baju, hampir dengan hati. Biarkan saja ia pergi bersama angin. Jangan diseru dan disentuh dengan jemari. Catatkan saja di helai diari hidupmu. Jika perlu dibakar, bakar hingga jadi carik-carik abu. Jika perlu dihanyutkan dalam arus songsang, hanyutkan saja. 

Sebab hidup memang begitu jalannya.

Monday, 21 September 2015

RASIS

Di Tanah Melayu ini, hanya orang Cina sahaja yang tidak rasis.
Orang Melayu jer yang rasis.
Kehkehkeh!

Sebab Melayu yang rasis la orang Cina yang tidak rasis itu ada SJKC.
Sebab Melayu yang rasis la orang Cina yang tidak rasis senang2 dapat taraf warganegara.
Sebab Melayu yang rasis la orang Cina yang tidak rasis kaya raya di Tanah Melayu.

Orang Melayu ni memang rasis ler!

Tuesday, 15 September 2015

JERUBU DI MATAMU, JEREBU DI GINJAL AKU.

Hari ini budak-budak sekolah dapat cuti.  Menteri kata budak sekolah kena cuti. Kalau tidak, kesihatan budak sekolah terancam. Bila budak sekolah cuti, cikgu dan cikgi pun kena cuti ler.

                                          *pause*


 "Adik cuti hari ni.  Adik tak sekolah sebab jerubu."

"Bapak tak cuti?"

"Tak."

"Kenapa?"

"Menteri tak bagi cuti."

"Kenapa?"

"Sebab budak-budak sekolah jer yang ada lubang hidung. Orang lain takder lubang hidung."

Adik terlopong.  Adik tak paham apa yang bapak cakap.


Monday, 7 September 2015

PUTERI KECIL

 Kadang-kadang, dia juga bosan berasa dengan segala gajet yang ada.  Kadang-kadang dia juga tidak mahu menekan butang-butang alat kawalan jauh.
"Semua cerita boring...." Selalu dia mengeluh sedemikian.

Lalu, apabila dia mulai berasa bosan dengan rutin hidup seorang anak kecil, dia akan menyusup masuk ke bilik bacaan gua.  Kadang-kadang dia melukis apa-apa yang terlintas dalam kepalanya.  Kadang-kadang dia menconteng apa-apa yang dia hendak conteng.  Kadang-kadang dia menyelongkar buku-buku di dalam rak bacaan dan kemudian menyepahkannya.

Dan kadang-kadang dia akan mengambil majalah-majalah lama dia, dan dia akan mencari cerita tentang seorang puteri yang dilarikan raksasa.

Dan dia akan membacanya, terus-menerus dan berulang-ulang. 

Sunday, 6 September 2015

Thursday, 3 September 2015

EKSTRAKSI III

Dia separuh menjerit.
Tunggu! Dia menjerit. Kedua-dua mata bundarnya bagaikan bebola matahari. 
Bernyalanyala.

Tetapi. Jeritan itu. Ditelan seekor geroda yang tibatiba melayah entah dari mana.
Dia  ingin melompat ke langit.  Tetapi alun angin yang ditinggalkan geroda  menjelma menjadi sang rawana. Bergigi runcing. Bermata bengis. Di tangan keempat sang rawana tergenggam sebusur panas emas berpermata nilam manikam.

Dia berlari menyonsang angin.
Tapi damak sang rawana sepantas halilintar menghunjam tepat ke jantungnya.

Dia terdiam. Perlahan-lahan melepaskan nafas. Satu .... Satu ... Satu...

Akhirnya. Habis.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...