Setiap kali matahari jatuh di hujung dunia, anjing-anjing yang datang dari perbukitan akan melolong-lolong. Entah hantu mana yang dilolongnya, tak siapa yang tahu.
Ya, mereka anjing-anjing yang datang dari daerah jauh. Dibawa oleh para penggali bumi rakus. Pada awal kedatangan anjing-anjing ini, badan mereka penuh kurap. Hanya mengharap belas para anak bumi yang murah berkongsi emas dan perak.
Sehingga datang seorang anak dewa dari Tanah Hujung yang dijanjikan kuasa sakti, anjing-anjing ini diberi pondok, bukannya sangkar. Hanya kerana mengangankan kuasa sakti, segalanya diberikan oleh anak dewa ini.
Dan kini anjing-anjing ini diam-diam menggigit. Melolong-lolong setiap kali matahari jatuh si hujung dunia.
No comments:
Post a Comment