"Huh, kat Makkah pun ada rumah pelacuran!" Dia kata sambil menggesek-gesekkan jari telunjuknya di skrin telefon cerdiknya. Matanya berbuntang.
"Huh?" Gua kata.
"Kat Makkah, ada rumah pelacuran," kata dia lagi.
"Mana lu tau ni, bai?" kata gua.
"Gua baca efbi mamat ni. Apatah nama dia. Sepol Nung kot." Dia kata lagi. Sebatang Dunhill seludup terjepit di celah jarinya, antara jari telunjuk dengan jari manis. Perca-perca habuk jatuh pelan-pelan.
"Lu percaya?" Gua tanya.
"Mau tak caya! Sepol Nung ni jurufoto femes, bai. Semua orang kenal dia!" Dia separuh menjerit.
Gua sandarkan belakang di kerusi plastik. Gua senyum. Gua tap! tap! tap! jari kat atas meja.
"Kalau gua kata yang Sepol Nung, yang lu kata femes tu, yang lu kata semua orang kenal tu, BODOH, lu nak cakap apa?" Gua kata. Gua tarik kotak Dunhill seludup. Amik sebatang. Kemudian amik lighter. Kemudian cucuh. Kemudian sedut dalam-dalam. Dan asapnya berapungan ke udara.
"Takkan ler dia bodoh..." suara dia mulai mengendur. Jadi macam radio kehausan bateri.
"Dia memang bodoh la bai!" Giliran gua pula meninggikan suara.
Dia terkelip-kelip. Macam anak tikus melihat ibu ular sawa yang dah 4 bulan tak telan apa-apa makanan.
"Sepol Nung mungkin jurufoto yang femes. Tapi seorang jurufoto yang femes bukan sijil untuk kata dia tak bodoh." Gua kata. Kemudian gua letak Dunhill seludup kat bibir. Kemudian sedut dalam-dalam. Kemudian hembus pelan-pelan. Dan asapnya berapungan di udara.
"Lu tau 'rumah pelacuran' tu haper? Rumah pelacuran ni sebuah premis. Kemudian di dalamnya ada beberapa orang pompuan. Dan pompuan-pompuan ini kejernya mengangkang, bagi jantan-jantan tembak. Pastu, rumah pelacuran ni ada la bos dia. Kalau bos lelaki kita panggil 'bapak ayam'. Kalau bos pompuan kita panggil 'ibu ayam'. Sekodi-kodi rumah pelacuran, diorang juga ada organisasinya. Ada menteri kewangannya. Ada menteri hal ehwal dalam negeri. Ada menteri propaganda. Paham?"
Dia terkebil-kebil. Lagi.
"Kalau pompuan tu sorang-sorang, kemudian dia duk mengangkang sorang-sorang di rumah dia, rumah dia tu bukan rumah pelacuran. Kalau pompuan tu sorang-sorang, kemudian dia duk mengangkang sorang-sorang di bilik hotel, takkan hotel tu kita nak kata 'rumah pelacuran'. Paham?"
Gua letakkan Dunhill seludup di bibir, lagi. Kemudian sedut dalam-dalam, lagi. Kemudian hembus pelan-pelan, lagi. Dan asapnya berapungan di udara, lagi.
"Mana lu tau semua ni?"
"Baca buku, bai! Baca buku! Bukan duk baca efbi jer!"
Kemudian gua sedut dalam-dalam Dunhill seludup. Kemudian hembus pelan-pelan. Dan asapnya berapungan di udara...
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Tuesday, 29 September 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment