"Dulu, ya. Sekarang dah pencen." Gua jawab.
Kemudian dia tarik kerusinya ke tengah sedikit. Mungkin cuba menjauh dari butir-butir hujan yang sesekali mencuri singgah ke rambutnya.
Selepas menghirup sekali teh o aisnya, dia sambung, "Kalau ada yang ucap 'Selamat Hari Guru', lu jangan balas apa-apa."
"Awatnya?" Gua tanya.
"Haram! Haram! Budaya Kristian tu, bai!" Dia kata dengan muncung menjuih.
"Huh?" Jawab gua.
"Tu sambutan untuk para Santo Kristian!"
Jeda.
Jeda.
Jeda.
Kemudian gua kata, "Kat Mesia ni, semua haram. Yang tak haramnya telan duit rasuah!"
Dia menarik sebatang Dunhill. Dia cucuh hujung Dunhill. Dia sedut dalam-dalam. Asapnya dilepaskan perlahan-lahan. Asap kelabu nipis mengapung ke udara.
"Weh, isap rokok tak haram plak, eh?" Gua tanya.
Dia memberi jelingan Hitler kat gua.
Keh!Keh! Keh!
Hujan makin melebat. Teh tarik semakin menyejuk. Bunyi tin kosong yang ditimpa hujan semakin lantang.
Tong kosong sangat lantang bunyinya. Memang.
Jeda.
Jeda.
Jeda.
Fade till end....
No comments:
Post a Comment