Saturday, 16 May 2015

HALAL YANG HARAM (HARAM YANG HALAL)

"Lu cikgu, kan bai?" Tanya dia dalam bunyi hujan yang menderu. Teh tarik kurang manis, buih lebih tergangga atas meja.

"Dulu, ya. Sekarang dah pencen." Gua jawab. 

Kemudian dia tarik kerusinya ke tengah sedikit. Mungkin cuba menjauh dari butir-butir hujan yang sesekali mencuri singgah ke rambutnya.

Selepas menghirup sekali teh o aisnya, dia sambung, "Kalau ada yang ucap 'Selamat Hari Guru', lu jangan balas apa-apa."  

"Awatnya?" Gua tanya.

"Haram! Haram! Budaya Kristian tu, bai!" Dia kata dengan muncung menjuih.

"Huh?" Jawab gua.

"Tu sambutan untuk para Santo Kristian!" 

Jeda.

Jeda.

Jeda.

Kemudian gua kata, "Kat Mesia ni, semua haram. Yang tak haramnya telan duit rasuah!"

Dia menarik sebatang Dunhill. Dia cucuh hujung Dunhill. Dia sedut dalam-dalam. Asapnya dilepaskan perlahan-lahan. Asap kelabu nipis mengapung ke udara.

"Weh, isap rokok tak haram plak, eh?" Gua tanya.

Dia memberi jelingan Hitler kat gua.

Keh!Keh! Keh!



Hujan makin melebat. Teh tarik semakin menyejuk. Bunyi tin kosong yang ditimpa hujan semakin lantang.

Tong kosong sangat lantang bunyinya. Memang.

Jeda.

Jeda.

Jeda.

Fade till end....

Thursday, 14 May 2015

KATIL NOMBOR 7

Matanya terpejam. Rapat. Kaku. Wajahnya bening. Seakan sedang bermimpi. Seutas tiub di mulutnya. Seutas lagi dari belakang kepala. Ada sisa-sisa darah dari tiub lutsinar itu. Cair. Mesin-mesin berada di kepala katilnya.

Dia terbaring. Seperti sedang tidur yang sangat nyenyak. Gua memegang tangannya. Terasa suam. Kemudian memberi salam di cuping telinganya. Perlahan. Sangat perlahan.

"Assalamualaikum, kawe maghi ni...."
Kelopak matanya seperti bergerak, sedikit. Kemudian diam kembali. 

Begitulah ... seorang sahabat. Walaupun sedang tidur, masih meraikan kedatangan sahabatnya. Cuma kali ini, dia hanya meraikan kedatangan gua dengan sedikit gerakan kelopak matanya. Itu sahaja.  Pendarahan di belakang kepalanya seakan rawana jahat yang terus-terusan menariknya untuk terus memejamkan matanya.

Kemudian, kesan komplikasi pendarahan otaknya mula menyerang buah pinggangnya. Buah pinggangnya mulai enggan bekerja. Mesin terpaksa digunakan.

Dan matanya masih terpejam. Dia masih lena di katil nombor 7.

Dan hari ini ... beberapa detik sebelum muazzin menyambut kedatangan asar, dia benar-benar lena. Lena yang sangat panjang. Kelopak matanya terus terpejam. Tak akan memandang lagi. Meninggalkan helaian daun kenangan yang tetap merimbun di hati para sahabat.

Sahabat, selamat tidur. Kau meninggalkan aku tanpa sempat berpamitan.

*rahimidin zahari, seorang penyair. seorang budayawan. seorang sahabat. kembali ke sisi-Nya.

https://m.youtube.com/watch?v=qypAaDUpV7oRahimidin Zahari

Monday, 11 May 2015

Buku Haram, Buku Halal.

Beberapa buah buku Faisal Tehrani sudah kena haram.

Gua nak tanya, bila pulak agaknya KDN nak haramkan buku-buku cinta picisan yang menyelewengkan akal fikiran para remaja (Melayu tentunya)?

Thursday, 7 May 2015

NEGARA INI MEMANG LAWAK.

Lu perasan? Banyak betul orang tua yang lawak giler di Malaysia. Perasan, tak?

Ambil satu contoh jer, Mat Maslan. Memang pakcik ni sangat lawak. Bila dia buka mulut jer, kompom banyak orang yang akan ketawa berguling-guling.  Tu belum masuk lagi pakcik yang jaga kementerian jual beli. Belum masuk lagi bekas askar golek punggung depan rumah Ambiga.  Belum lagi diambil kira bomoh buah kelapa.

Cuba bayangkan, mereka ini sama-sama muncul di atas pentas. Gua rasa la, Pak Pandir pun terpaksa isytihar pencen!

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...