Masa tu, gua cikgu lagi.
Tapi gua pakai main bedal jer.
Jeans lusuh koyak kat lutut. T
shirt comot. Sneaker buruk. Dan rambut gua, secara relatifnya kalau mahu dibandingkan
dengan rambut ustaz atau budak2 Pusat Serenti, gua ada rambut panjang.
Masa tu, gua cikgu lagi.
Dan pada suatu hari:
“Bedul ngan Peah dah nak kahwin. Minggu depan,” kata Mail.
Gua dengar. Gua
senyap. Gua tak bagi apa-apa respon.
“Puak-puak tu ada ajak kau ke?” Mail tanya gua.
Gua geleng kepala.
Elehhhh...kutu macam gua ni saper la yang nak amik buat
geng. Lagipun Bedul ngan Peah ni berimej
muslim dan muslimah. Sangat kontra ngan
gua. Jadi biarlah geng-geng ustaz,
geng-geng yang berjanggut sejemput, geng-geng yang bila bercakap selalu pandang
lantai uruskannya. Sebab gua kutu, satu
patah ajakan pun gua tak terima. Padahal
satu tempat kerja. Sama-sama jadi cikgu
kat sekolah yang sama. Bedul pun kira
selalu la duduk semeja minum teh tarik di kedai mamak. Peah pula selalu bersembang ngan gua dalam
bilik guru. Yang ustaz, yang ada janggut
sejemput, yang bercakap selalu tengok lantai pun kira satu geng jugak. Tapi mungkin sebab gua berimej kutu, walaupun
gua dikira senior di sekolah itu, gua tak diambil kira.
Ada gua kisah? Sikit
pun gua tak kisah...hek eh!
Diorang masa nak bincang tentang majlis kahwin tu pun main
bisik-bisik sesama sendiri. Takut gua
and the gang dengar la kot. Mungkin
diorang takut kalau gua dengar maka gua akan kata, “Ajak la aku sekali....ajak
la aku sekali!” Pastu, kalau gua terajak
masuk dalam AJK tak rasmi diorang, mungkin diorang fikir gua akan membantutkan
imej suci murni diorang.
Pastu, Bedul dan Peah pun kahwinlah.
Enam bulan kemudian, pagi-pagi buta gua masuk bilik guru nak
sain kedatangan. Ada tertulis “Peah dah
selamat bersalin anak perempuan” kat papan putih.
Gua terkebil-kebil.
Mak datuk, ekspres giler diorang ni. Enam bulan dah dapat anak. Gua tak fikir apa-apa yang gelap sebab Peah
dan Bedul ni gua tengok memang muslim dan muslimah. Takkan ler diorang nak buat advance sebelum
Bedul hingguk tangan tok kadi. Mungkin
Peah terberanak awal. Mungkin baby dalam
kandungan Peah tak sabar-sabar nak keluar.
Tu yang tak sempat nak tunggu sampai sembilan bulan. Itu yang gua fikir.
“Cuba kira betul-betul,” kata Hasim. “Diorang nikah bulan [sekian-sekian], tapi
sekarang ni baru bulan [sekian-sekian].
Baru enam bulan. Kompom diorang
advance ni,” Hasim kata lagi.
Sedikit sebanyak, gua termakan hasutan Hasim. Mungkin kot!
Kedian, hasutan Hasim itu menjadi bertambah nyata apabila
tiba-tiba di papan putih terpadam pemberitahuan awal tentang pemberanakan tersebut. Dan diganti dengan “Harap maklum, Peah belum
beranak lagi”
Haissshhh....beranak memberanak pun boleh main silap-silap
buat pengumuman. Dan lebih menjadikan
hasutan Hasim bertambah kukuh pengumuman pembatalan pemberanakan tadi mengambil
hampir empat jam untuk dibetulkan.
“Takkan ler adik sendiri pun boleh tersilap membuat
pengumuman beranak kakak sendiri?” fikir gua.
Dan geng ustaz-ustaz, yang berjanggut sejemput, yang bila
bercakap tengok lantai... gua tengok macam baru kena sergah hantu raya!
Dan gua yang kutu ini terus dengan aktiviti biasa : pekena
teh tarik dengan roti kobra di restoran Habeeb bila takder kelas bersama-sama
Husairi, Masrizal dan Fazman, ahli kumpulan gua yang juga selalu dipandang
serong oleh geng2 berjanggut sejemput.
No comments:
Post a Comment