Malam. Tapi tak berapa nak malam.
Gua lepak-lepak kedai mamak depan rumah. Orang tak ramai. Tapi tak berapa nak ramai.
"Weh, mana lu? Dah berakar bontot gua tunggu," gua kata via henpon import. Imported from China.
"Jap...jap...gua on der way," jawab kawan gua. Suatu jawapan yang tersangatlah standardnya. On der way kepala hotak apernya kalau masa tu baru nak pakai spender. Beb, orang kita. Macam tu la gayanya. Susah sangat nak ikut taim.
Sambil lepak-lepak, gua tunggu-tunggu. Sambil tunggu-tunggu, gua tengok tivi. Tah apa nama rancangan yang sedang tertayang, gua pun tak tahu. Gua masih lagi dalam tempoh pelaksanaan 'menghukum diri sendiri untuk tidak melihat rancangan Melayu terutama siaran berita dan juga drama Melayu'. Hari-hari dengar berita liwat, penat weh otak gua! Macam takder benda lain yang lebih syok di Tanah Melayu ini selain dari berita aktiviti 'belakang ada sondol'. Haprak betul!
Apabila teh tarik gua tinggal separuh, sambil ditemani mamak-mamak yang tercegat macam patung kat kuil Hindu, kawan gua yang tadinya 'on der way', sampai.
"Lu memang betul-betul ajaib," gua kata. "Rumah lu kat sebelah kedai mamak ni jer. Tak jauh. Kalau kentut kat sini, baunya boleh sampai kat rumah lu. Tapi on der way lu tu macam lu kena redah sebatang sungai yang penuh dengan buaya ganas. Punyalah lama gua tunggu kat sini," gua kata lagi.
Dia sengih-sengih. Petang tadi, masa gua kat opis, masa dia dia telepon gua kata nak jumpa, dan gua kata ok, gua dah tau yang dia nak jual insurans kat gua. Sebab dia kawan gua, gua kata ok. Sama ada gua nak beli insurans dia atau tidak, itu dah jadi soal nomor dua. Kalau dia pandai goreng, dan meleleh air liur gua mendengar gorenngan dia, malam itu akan jadi malam rezeki untuk dia. Gua akan angkat. Kalau tidak berapa nak menarik, gua dah siap-siap jawapan yang nak gua nak kasi :"Maap ler, duit mak bapak gua berkepul-kepul kat dalam bank. Duit mak bapak gua, duit gua la. Tu belum lagi kira tanah kebun, tanah tapak rumah, tanah pusara....ehhhh...silap....tanah pusaka, kambing, kerbau, lembu [walaupun tak tinggal kat kondo One Two Three Menerung], ayam, itik dan sebagainya [dan sebagainya itu selalunya diguna pakai untuk sesuatu yang sememangnya sudah tidak ada], kalau gua tak amik insurans lu, gua rasa gua boleh survive." Jawapan yang sangat bermuka-muka dan suatu pembohongan yang melampau-lampau. Tapi pembohongan itu tidak ler melampau sangat seperti pembohongan bapak dan ibu menteri yang sibuk mentekedarah duit orang.
Dia pun pung! pang! pung! pang! tentang kebagusan dan kehenseman insurans yang dia jual. Gua hanya "Emmmm.....oooooo....hmmmmm...".
Last-last, gua kata, "Bagi gua apa-apa kertas yang boleh gua baca. Biar gua study dulu. Nanti aki kasi tau."
"Orait," dia kata.
Kemudian gua teruskan aktiviti menarik teh dalam gelas. Dia pulak tengok berita dalam tivi.
Tiba-tiba dia kata, "Apa ler orang-orang ameno ni. Studen turunkan bendera Najib pun nak kecoh. Suci sangat ke Najib tu?"
Gua letak gelas atas meja. Gua jeling kat tivi. Ada beberapa orang buat ulasan. Kaw kaw kutuk student yang turunkan bendera gambar Najib.
"Tak salah ke buat camtu?" sajer gua tanya soklan berpancing.
"Memang tak salah. Undang-undang mana yang kata salah?" balas dia.
"Kalau camtu ler, mahasiswa yang pro-aspirasi boleh ler yer pegi Markas DAP ke, atau markas PKR ke, tak pong pegi Taman Melewar. Pastu turunkan bendera diorang. Agak-agak lu ler, penyokong tegar depa tu akan tersenyum sampai ke telinga ke?" tanya gua.
Kemudian gua tambah, "Silap-silap segala panggilan kafir, sesat, munafiq, dan segala bagai akan berhamburan keluar."
Beb, gua tak suka korupsi lembu di kondo. Gua juga benci dengan keborosan big mama. Tapi gua tak suka berada di lantai yang senget sebelah. Turunkan bendera orang lain tak salah dari sudut mana-mana undang-undang pun. Tapi dari segi moralnya, ia tak berapa nak cantik ler.
Lu pegi rumah orang. Lepas tu lu rentap kain langsir tuan rumah sebab lu tak berkenan dengan kalernya. Tak boleh ler buat camtu. Kalau lu kena lempang kat tuan rumah, itu memang ngam sangat la.
"Mintak Dunhill sebatang. Gua punya dah habis la," dia kata pelan-pelan.
Gua tolak kotak Dunhill ke depan dia. Dia ambil. Dia cucuh. Dia sedut dalam-dalam. Dia hembus kuat-kuat.
Huh, macam tak puas hati lagi tu....
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
pergh...kene setepet....
ReplyDeleteOgos, bertepet2 lagi ni nak kasi hambur...keh! keh! keh!
ReplyDeleteSalam Bro...
ReplyDeleteSkang guwa dah paham kenapa gua selalu dok intai - intai lu punya blog ...
huhuhu...
caya bro...u rebel n kritis!!!
ReplyDelete