Dulu Husniah Abbas : saya dapat alamat e mel cikgu ini dari sianu-sianu. Cikgu apa khabar. Bla…blaaaa…blaaaa…blaaaa…. Ok, cikgu. Nanti kita cerita-cerita lagi.
Gua pun tunggu sampai sekarang.
Kemudian Husniah Abbas *plup* tenggelam, dan tak timbul-timbul.
Judaria Jaman : Apa khabar cikgu? Rindu la sama cikgu. Cikgu masih ingat saya lagi? Blaaaa….blaaaaa…blaaaaaaa….
Gua pun tunggu sampai sekarang.
Kemudian, seperti biasa *plup* tenggelam, dan tak timbul-timbul lagi.
Gua terfikir: agaknya student gua dulu-dulu, selain pergi sekolah mereka juga selalu membuat aktiviti menyelam skuba di sekitar Pulau Berhala kot. Sebab tu mereka kadang-kadang timbul, dan kemudian *plup*, terus tenggelam.
Dan mungkin Junainah merupakan senarai terkini yang melakukan aktiviti *plup* dan tenggelam itu. :)
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
dorang helo-helo mcm tak ikhlas je ek?
ReplyDeletetpi gua kagum ngan cikgu, bley igt nama anak2 murid. gua? nama "sesetengah" x-awek gua pon bleh lupa..
aik...cikgu pun skuba sekali kot..
ReplyDelete