Malam itu, hujan.
Dari gerai pasar malam yang terletak di belakang pejabat pos besar Sandakan, aku membonceng motor Kamal untuk pulang ke asrama SMK Sandakan.
Hujan semakin lebat. Kamal memecut motornya. Tapi hujan semakin bertambah lebat. Kamal berhenti di suatu simpang lampu isyarat berhampiran Pusat Rawatan Ibu dan Anak Sandakan.
Hujan terus melebat.
“Tu tengok tu,” bibir Kamal memuncung menunjukkan sesuatu. Mata aku mengikut muncung bibir Kamal. Di seberang jalan sebelah sana, sekumpulan ‘gadis’ berpakaian seksi.
“Pondan Sandakan,” kata Kamal yang dah 3 tahun berada di Sandakan.
“Jom, kita kacau diorang,” kata Kamal. Aku terkebil-kebil. Aku tak tahu apa yang dimaksudkan Kamal.
“Woi!” Kamal melaung. Tangannya melambai-lambai ke arah ‘gadis-gadis’ itu. ‘Gadis-gadis’ itu melihat ke arah kami.
“30 ringgit!” laung mereka.
“Boleh,” balas Kamal.
Dalam hujan yang melebat, ‘gadis-gadis’ yang berkasut tumit tinggi itu menyelak skirt singkat mereka, melangkah lopak-lopak air hujan, berlari-lari ke arah kami.
Ah, mengapa pula Kamal memanggil mereka? Rama-rama mulai berterbangan dalam perut aku.
“Gadis-gadis’ itu semakin hampir. Aku terkebil-kebil. Kamal menghidupkan enjin kapcainya. Apabila ‘gadis-gadis’ itu sudah hampir benar, Kamal melaung:
“Jom kita blah!”
Aku terus melompat ke atas motor. Kamal memulas pendikit motonya. Dalam hujan yang melebat itu, aku toleh ke belakang. Yang aku nampak ialah ‘gadis-gadis’ yang lemah gemelai sebentar tadi telah bertukar menjadi jantan-jantan berskirt pendek. Dalam suara garau, mereka *&%@#*^**~ kepada Kamal. Aku tak tahu sama ada, #*<*%~& itu juga ditujukan untuk aku sebab semenjak dari tadi aku hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja.
‘Gadis’ yang kencing berdiri punya pasal, aku sampai di asrama dalam keadaan yang basah lecun.
Nota tumit kaki : Cikgu Kamal akhirnya telah berkahwin dengan gadis Sandakan. Semasa bersanding di rumah mertuanya di hadapan pantai Pasir Putih, dia telah membuat isyarat tangan supaya aku menghulurkan rokok untuknya. Gila apa, pengantin lelaki nak menyigup di atas pelamin!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment