Petang.
Sambil mencicip teh tarik panas gerai mamak di bawah sepohon pokok api-api gua juga makan roti banjir kuah dal. Kunyahan pertama roti banjir berkuahkan kacang dal itu laju menyongsong kerongkong dan kemudian berlabuh di dalam usus.
“Katakanlah, lu ada bini. Dah lama jugalah lu berkahwin dengan dia,” kata Abdul Aziz bin Japari kepada gua. “Kemudian, setelah bini lu beranak berkali-kali, katakanlah sudah lapan kali beranak, apa yang akan terjadi kepada bini lu?” Abdul Aziz bin Japari bertanya kepada gua.
Sambil mengangkat bahu, gua mengeleng-ngeleng kepala.
“Bini gua,” Abdul Aziz bin Japari menyambung lagi “sudah lapan kali beranak. Anak yang bongsu dah nak masuk darjah satu tahu depan.”
Gua kunyah dan kunyah dan kunyah gua punya roti banjir kuah dal .
“Sekarang ini bini gua sudah menjadi objek ajaib yang ke10 dunia. Sebab apa? Sebab apa lu tau?” Abdul Aziz bin Japari bertanya gua. Dan seperti selalu, gua tak wajib menjawab pertanyaannya. Dia yang akan memberikan jawapannya.
“Dia belum lagi berusia 40 tahun, tapi nyanyuknya mengalahkan orang tua yang dah nak mati besok pagi. Ajaib kan?”
“Bakpo pulok?” gua bertanya.
“Setiap malam, bini gua selalu lupa yang dia masih ada laki. Laki yang mengamalkan senaman harimau dicampur pula dengan pati tongkat ali yang paling pahit.” Bila sampai pada perkataan ‘pahit’, muka Abdul Aziz bin Japari berkerut.
“Apa kejadahnya, sudah beberapa kali gua terpaksa menulis dengan tangan, sedangkan gua ada mesin taip!”
“Kenapa lu tulis pakai tangan?” gua tanya.
“Gua tidur atas katil, dia hampar toto tidur kat bawah. Panas, dia kata” kata Abdul Aziz bin Japari. Nada suaranya tak bermaya dan penuh dengan kekesalan. Mukanya pula seperti baru lepas diberitahu oleh doktor yang dia sudah mati pucuk; frust semacam.
Gua terus kunyah dan kunyah dan kunyah gua punya roti banjir kuah dal.
“Kalau gua pergi cari bohsia, ok tak bro?” Abdul Aziz bin Japari bertanya.
“Ishhh..” gua kata.
“Kalau gua pegi rogol budak kilang yang tinggal kat flet depan tu, mesti gua kena sebat kat dalam jel.” Gua tak tahu sama ada kata-kata Abdul Aziz bin Japari itu serius atau gurauan.
Gua mencicip teh tarik selepas menyelesaikan dengan jayanya misi memasukkan roti banjir kuah dal ke dalam usus gua. Selepas cicipan yang terakhir, gua kata “Gua rasalah, Fasha Sandha kalau lihat lu, dia pun sudi jadi awek lu. Lu drive beemer, pakai tie sutera ke pejabat. Lu punya kad hutang, berkeping-keping kat dalam dompet Pierre Cardin lu. Tengok lu punya jambang wau bulan, macam Awie.”
Abdul Aziz bin Japari tersenyum-senyum bila gua kata “Lu kawin sorang lagi la, halal punya. Lagipun lu ada sebab bro”
Petang itu, gua punya teh tarik dan roti banjir kuah dal, Abdul Aziz bin Japari yang bayarkan.
Nota tumit kaki: cerita ini cerita benar, dan ada kaitan dengan yang hidup dan masih lagi belum mati.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
lps tu.. abdul aziz japari ada kawin 1 lg x??
ReplyDeleteSera,
ReplyDeleteGua rasa Abdul Aziz Japari tak akan kahwin lagi buat masa terdekat ni. Walaupun 'bermasalah' dengan bini dia yang dikatakan telah menjadi benda ajaib dunia yang ke-10, tapi dia tetap sabar. Nah, kau lihatkan betapa sabarnya kaum Adam ini. Tapi bila mereka buat 'koner baring' sikit, heboh satu planet bumi