Thursday, 13 December 2007

Janji

Semuanya bermula begini : orang-orang Melayu telah mengikat janji dengan rakan-rakan mereka yang bukan berasal dari Tanah Melayu. Janjinya ialah rakan-rakan mereka itu harus menghormati orang-orang Melayu dan agama Islam. Jangan sesekali menyentuh hak mereka sebagai penduduk yang sememangnya menjadi penghuni Tanah Melayu sejak dari dulu lagi. Sebagai balasannya rakan-rakan mereka akan diberikan taraf sebagai warga kepada Tanah Melayu ini. Orang-orang Melayu bersetuju, orang-orang mendatang pun setuju. Itu janjinya. Orang Melayu amat berpegang pada janji.
Maka katakankah begini pula : Rakan-rakan mendatang tidak setuju dengan ikatan janji tersebut, ketika itu. Maka mereka tidak akan dapat menjadi warga. Maksudnya Tanah Melayu ini bukan tanah mereka. Kalau itu kejadiannya, maka rakan-rakan mendatang tidak boleh terus menetap di sini. Tidak boleh berbini beranak di sini. Tidak boleh membina kuil sesuka hati. Tidak boleh membina sekolah Tamil. Tidak boleh merayakan Thaipussam. Tidak boleh mengambil bukit di Batu Caves. Tidak boleh itu, dan tidak boleh ini kerana engkau bukan warga sini. Dan apabila cukup tempoh, rakan yang mendatang itu harus pulang ke tanah asal masing-masing. Muktamad.
Tapi mereka telah berjanji. Masing-masing telah bersetuju dengan janji yang diikat. Maka jalan cerita seterusnya yang harus berlaku ialah masing-masing mesti berpegang kepada janji yang dibuat. Masing-masing harus menghormati janji yang telah sama-sama kita setuju.
Maka alasan kononnya kita telah lama merdeka, bukannya alasan yang boleh diterima untuk merungkai janji tersebut.

Kalau aku tahu suatu hari nanti kamu akan cuba mempertikaikan hak aku, mati hidup balik aku tidak akan bersetuju untuk memberi warga kepada kamu! Aku bukan racist, tapi aku orang Melayu!

Friday, 7 December 2007

Cacat

Hari ini sama juga seperti semalam. Semalam sama juga dengan kelmarin. Kelmarin sama juga dengan hari-hari sebelumnya. Aku tahu dan amat tahu, benda ini dah terjadi lama sangat.

“Abah, dia parking kereta kat ruang orang cacat,” kata anakku sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah sepasang anak muda, lelaki dan perempuan.
“Tapi dia tak cacat pun,” lapor anakku lagi.
“Dia cacat,” aku menjawab persoalan anakku itu sambil tangannku ligat memusing stereng kereta mencari ruang kosong untuk meletakkan kereta kebangsaanku.
Anakku terkulat-kulat.
“Dia cacat otak,” kata aku.
Dengan muka 10 sen anak aku berkata:
“Kesiann… dia ya Bah, muda-muda dah cacat otak.”

Thursday, 6 December 2007

Pesan untuk warisan Kalingga

Maka menjeritlah orang-orang dari benua Kalingga itu di sebuah kuil. Tanah kuil ini dahulunya kepunyaan orang-orang Melayu. Begitu rapat dengan orang-orang Melayu sehinggakan segala harta kekayaan Si tanggang yang menjadi batu pun berada di situ. Tetapi aku sendiri pun tidak faham bagaimana keturunan dari benua Kalingga boleh menguasai segenap inci tanah tersebut. Dan aku pun tidak pernah mendengar rungutan daripada orang-orang Melayu tentang itu. Aku tidak pernah mendengar orang Melayu membuat memorandum untuk mengambil semula tanah tersebut. Memang orang Melayu boleh menuntut. Itu hak mereka. Siapa yang mahu sanggah? Siapa pula yang mahu menafikan fakta?
Maka menjeritlah beribu-ribu orang dari keturunan benua Kalingga itu di jalan-jalan. Membawa pelbagai sepanduk. “Bantulah orang yang miskin!” Itu aku sokong. “Jangan robohkan tempat ibadat kami!”, itu aku kena tengok sini dan sana. Tak bolehlah sokong tanpa sebab. Kalau hari-hari kau bina kuil merata-rata ikut sedap engkau sahaja, maka suatu hari nanti kuil engkau itu tentu kena kacau. “Hapuskan hak istimewa orang Melayu!”, itu kau kena hati-hati!!!
Kau bagi alasan kita sudah 50 merdeka. Oh, baru aku tahu. Engkau menjadikan angka 50 sebagai premis hujah kau untuk mengambil hak orang lain. Hmmmm…. kalau begitu aku ada pesanan untuk orang-orang Indon, Myanmar, Bangladesh, Nepal, Vietnam, dan juga termasuk para pelacur dari Uzbekistan, China, Rusia, Thailand, dan Filipina:
KAMU SEMUA JANGAN BALIK. BERANAK DAN BERCUCULAH DI SINI. TUNGGU 50 TAHUN LAGI. TULIS WASIAT KEPADA ANAK CUCU KAMU. TUNTUTLAH SEGALA KEKAYAAN DAN KEMAKMURAN YANG ADA DI TANAH MELAYU INI. KERANA 50 TAHUN ADALAH SYARAT UNTUK MENJADI ORANG-ORANG ISTIMEWA!


Deyy... tambi. Jangan bising-bisinglah!

Tuesday, 27 November 2007

Gadis Sungai II

“Tolong hantar saya pulang” , matanya merenung jauh ke dalam mataku. Renungannya itu seolah-olah sedang merayu ikhsanku. Rasa kasihan mula tumpah dari dalam diriku.
“Mana rumah adik? Sekejap lagi kawan abang akan sampai dengan Kancilnya. Bolehlah saya hantar adik nanti”, sambil aku tertinjau-tinjau kenderaan yang bersusun di atas jalan raya. Baju yang kupakai juga menjadi semakin lembap dek tempias rintikan hujan.
“Di sini saya tiada rumah. Saya dikurung sepanjang waktu”, jawapannya itu menimbulkan rasa hairan di benakku.
“Saya mahu pulang ke Sabah, bang. Saya mahu jumpa orang tua saya”, suaranya lembut tetapi tegas. Aku mula menduga tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis ini. Aku mula berjaga-jaga. Acap kali aku diberitahu tentang kelecekan sesetengah manusia untuk meneruskan hidup di bandar raya ini. Ramai yang menyara diri dengan menggunakan tipu helah memperdayakan orang lain.
Dia memandangku dengan seribu harapan. Aku terus kaku tanpa sebarang kata-kata. Kota raya masih lagi dibasahi dengan hujan. Aku sebenarnya tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Seakan mengerti dengan mainan perasaanku, dia mendiamkan diri. Sekali sekala matanya melilau sekeliling seolah-olah mencari sesuatu, atau mungkin sedang mengawasi sesuatu.
“Di kampung kami sekeluarga hidup terhimpit. Kemiskinan menyebabkan saya hanya mampu setakat bersekolah rendah sahaja”, dia bercerita. Aku memasang telinga.

Monday, 26 November 2007

Seorang Gadis Sungai

Aku bertemunya secara tidak sengaja. Petang itu aku keluar agak lewat dari pejabat. Titisan-titisan hujan masih lagi membasahi perut kota metropolitan dan para penghuninya yang tidak sempat berteduh. Aku mengambil suatu sudut kaki lima di sebuah kedai mamak. Sesekali tempias hujan singgah juga ke mukaku.
Seorang gadis juga menumpang sudut itu. Aku tidak mempedulikannya. Hujan dan orang-orang yang lalu lalang lebih menarik perhatianku. Hujan semakin lebat. Sudut tempat aku berteduh terasa semakin sempit kerana semakin ramai yang berteduh di situ. Himpitan-himpitan daripada mereka menyebabkan aku terpaksa mengambil tempat yang begitu hampir dengan gadis itu. Aku masih tidak mempedulikannya.
Dalam rintikan hujan, aku terdengar esakan kecil. Halus bunyinya dan tersekat-sekat. Kupandang gadis itu. Memang sah, gadis itu yang teresak. Kulihat matanya berkaca. Wajahnya begitu sugul.
“Tunggu seseorang?”, aku bertanya.
Geleng.
Aku mula menerka. Mungkin gadis ini lari dari rumah. Atau mungkin gadis ini baharu keluar dari pejabatnya. Atau mungkin juga gadis ini baharu habis kelas di kolej. Tapi pakaiannya yang agak mendedahkan menimbulkan keraguanku. Takkan seorang pekerja pejabat akan berpakaian seperti seorang GRO. Tentulah mana-mana kolej pun tidak akan membenarkan pelajarnya berpakaian menjolok mata.
“Tolong saya bang,” lemah sekali suaranya. Dari cara pertuturannya aku mengagak gadis ini bukan berasal dari sini.
“Kenapa dik? Wang adik keciciran?”
Dia geleng lagi.

Friday, 23 November 2007

Si Pencuri Selipar

Saban Jumaat tengahari, aku mesti ke masjid. Itu perintah yang aku tak perlu pertikaikan. Tapi bukan itu yang ingin aku bobelkan. Aku ingin bobel tentang manusia yang juga pergi ke sana, tapi senang-senang mengambil selipar orang lain. Seingat aku, ini bukannya kali pertama aku kehilangan selipar di masjid. Bukan juga kali kedua. Sudah banyak kali. Lalu sudah acap kali juga aku keluar dari pintu pagar masjid dengan kaki bogel! Bila aku terhenjut-henjut akibat tar yang membakar kaki, jemaah sekeliling memandang aku macam aku ini baru turun dari satu planet yang entah datang dari mana. Mungkin mereka tertanya-tanya, "Kenapa kau tak rembat sahaja selipar orang lain?".

Tapi aku, ahhhh....takkan dengan hanya sepasang selipar jepun buruk, aku nak menambahkan koleksi dosa aku yang dah berbukit ini!

Apek, kali ini saya tak mau beli selipar jepun lagi. Saya mahu yang sedikit berjenama. Mungkin orang akan sedikit segan mahu "pinjam" selipar itu....

Mamanda dan Bentara

Dalam sebuah negeri , tidak jauh, di sini sahaja. Ada seorang bentara yang terkenal dengan kes mengusung tikar mengkuang yang pernah dijadikan alas tidur sang penguasa yang berkusa suatu ketika dahulu.
Seorang lagi mamanda, oppss…hanya pembantu mamanda sahaja. Tugas dia menjaga segala hamba rakyat di negeri yang tidak seberapa jauh itu. Dia tidaklah begitu handsome. Tampan jauh sekali.
Seorang lagi manusia yang ingi aku ceritakan ialah seorang yang mempunyai mata yang tidak bundar. Dia bukan dari keturunan yang didakwa bermoyangkan masyarakat Funan. Tapi entah macam mana dia juga dikenal sebagai manusia bergelar. Kerana punya wang berkepuk-kepuk dia rapat dengan segala pembesar di negeri yang tidak berapa jauh itu.
Kemudian, orang yang tidak bermata bundar itu masuk pasung. Memang pun patut kena pasung. Tapi lantaran punya wang berkepuk-kepuk, entah macam mana dia berjalan keluar dengan aman dari pasung itu. Maka heboh satu negeri yang tidak berapa jauh itu.
Kemudian kena ikat lagi. Kali ini dia tidak kena pasung lagi. Dia diberi seorang pemandu dan beberapa orang pengawal. Dia dibawa makan angin ke kampung mamanda ajar.
Kemudian, tidak lama kemudian seorang lagi mamanda tiba-tiba menjadi terkenal. Bukan kerana dia ingin kahwin dengan artis Akademi Fantasia. Tapi kononnya dia tidak pandai makan sendiri. Hari-hari dia kena suap, baru dia pandai makan. dan kononnya lagi, bentara itu mempunyai nafsu makan yang sangat besar. Tak cukup sepinggan dua. Tapi Sebelangga dan kadang-kadang dengan belanga itu sekali ditelannya.
Kemudian, mamanda itu menjadi lebih terkenal. Hari-hari mukanya masuk TV dan akhbar. Ramli sarip atau M Nasir makan hati kerana gambar mereka tidaklah menjadi perhatian seperti yang dinikmati oleh mamanda ini.
Aku yang tinggal di rumah robek ini tak faham cerita apa yang sedang diwayangkan ini…

Thursday, 22 November 2007

Kita orang yang tak berjasa

Kali ini aku mahu membebel tentang orang bergelar Dato. Bukan datuk di kampung-kampung yang mempunyai cucu berderet. tapi Dato ini ialah nama sahaja Dato, tapi ramai yang masih muda-muda. Yang getahnya masih meleleh pun ramai juga yang dipanggil Dato di negeri Tanah Melayu ini.
Dato ke, Dato’ ke atau Datuk ke, walau macamana ejaannya sekalipun, gelaran itu datangnya dari istana. Mengikut pemahaman aku yang jauh dari politik ini, anugerah ini akan diberikan kepada sesiapa yang dianggap berjasa besar. Lalu mereka ini harus diberi gelaran ini sebagai menghargai sumbangan mereka. Sampai hujah ini, aku masih setuju.
Tapi bila aku lihat yang bergelar Dato ini bergelen-gelen datangnya dari satu tong kelompok sahaja, aku menjadi keliru. Memang aku ini orang yang keliru. Takkanlah hanya orang berkereta besar dan mempunyai perusahaan yang berjaya sahaja yang banyak jasanya. Seorang ibu tunggal yang membesarkan 17 orang anaknya dengan pisang lecek, tidak lah mempunyai jasa di Tanah Melayu ini. 15 orang anak yang dibesarkan dengan pisang lecek itu walaupun berjaya ke menara gading sekalipun tidak akan mampu menyakinkan pihak istana yang ibu mereka banyak berjasa. Alahhh… setakat orang tua melayu yang tinggal di kampung, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan si penyanyi pop yang cantik jelita. Ha! penyanyi pop itu lebih banyak jasanya. Kerana sang penyanyi itu cantik. Kerana penyanyi itu punya wang dalam akaun yang tidak terkira banyaknya. Kerana sang penyanyi tu menjadi idaman ramai pelacur-pelacur jantan politik. Kerana penyanyi pop itu punya rumah yang bagaikan istana. Kerana si penyanyi pop itu punya laki yang bermisai ular sawa. Kerana….. kerana… kerana… dan kerana.
Maka Tok Ya yang tinggal di Baling usahlah bermimpi. Pak Teh Berahim yang sibuk menyandat tuak di Jelawat pun tak payah mimpi. Pak Cik Ating yang menetap di Beluran pun tak payah bermimpi. Anda semua bukan manusia-manusia yang berjasa di bumi Tanah Melayu ini.

Maaf Tuanku, patik mahu tidur.

Biarkan Khir dengan penyapunya

Khir tersenyum sinis. Tukimin pula seperti orang sumbing yang belajar untuk senyum. Itu senario yang berlaku dalam satu majlis.

Sungguh aku sokong Khir kasi penyapu! Biar penyapu itu digunakan untuk menyapu dan membersihkan segala kekotoran yang ada di bumi Selangor ini. Dan aku akan memeluk dan mencium pipi Khir yang semakin tembam itu sekiranya dia juga turut memberikan mop lantai kepada Dato Z yang membina istana secara haram. Aku juga akan mencium pipi montok Khir kalau dia juga turut menghadiahkan tisu tandas kepada pegawai-pegawainya yang korup dan membenarkan rumah persundalan wujud di sini sana. Dan aku juga rela saban petang meraut lidi kelapa untuk dijadikan penyapu sekiranya Khir mahu menjadikannya sebagai hadiah kepada sang kroni yang lahap meratah pusaka bangsa!

Hidup Khir!

Tuesday, 2 October 2007

tiga manusia yang ingin aku ceritakan. satu, seorang bekas pelajar ditempat aku mengajar dan dua, seorang rakan karibku sewaktu di sandakan. dia ini salah seorang pelajar pintar di smk sandakan. dari namanya, aku tahu keturunannya berasal dari selatan filipina. dia bijak melukis. seringkali juga menjadi imam di surau mengepalai solat yang dimakmurkan oleh teman-temannya yang lain. waktu itu dia tinggal di asrama. peribadinya yang baik dan nampak sopan menyejukkan hati sesiapa sahaja. keputusan spmnya baik. ramai guru yang menanti kehadirannya untuk mendaftar masuk ke tingkatan 6. namun dia tidak pernah kelihatan, sehinggalah kini. beberapa tahun kemudian aku dapati namanya mengisi tag bagi beberapa buah rancangan kartun. dia menjadi pelukis pula! lantas aku terbayangkan ketekunananya mencampurkan bahan-bahan kimia di dalam makmal sains smk sandakan. alangkah baiknya kalau dia terus berada di makmal sains, sambil menjadi pelukis kartun. terbaharu aku terziarah laman sesawangnya, isinya tentang keturunannya ; bangsa moro. dia seakan bernostalgia dengan keagungan nenek moyangnya. alangkah baiknya kalau dia berjuang dengan menggunakan ilmu dan bukan sekadar bernostalgia sahaja. dia itu ialah julsari hajan yang dia menggelarkan dirinya sekarang ini sebagai asreemoro.

seorang lagi yang aku ingin bercerita ialah tentang seorang kawan yang pernah rapat. dia berketurunan bajau dan menyudahkan ijazah pertamanya di ukm. semasa dia menjadi guru sandaran di smk sandakan, aku tertarik dengan gaya penyampaiannya semasa mengajar. dia punya kebolehan dalam bertutur. aku dapat rasakan dia boleh pergi jauh. tidak lama kemudian dia mendapat tawaran untuk bekerja dengan yayasan sabah, sebagai penyelidik. "bantuan bapa saudara aku," ujarnya apabila aku bertanya bila dia memohon untuk ke sana. aku terbayangkan wajah bapa saudaranya, seorang timbalan menteri di sabah. lepas tu aku terputus hubungan dengannya. hanya sekali sahaja terserempak sewaktu di air port kk. lepas tu diam dan senyap. tapi sekarang ni dia sudah melangkah jauh, menjadi s/u akhbar kepada bapak ketua menteri.

seorang lagi yang ingin aku bebelkan ialah tentang seorang personaliti lelaki yang sudah berumur ini tapi kelihatan sentiasa muda. sehari selepas jenazah arwah adik kecil dijumpai, semasa di konti dia seperti menangis tak henti-henti. rancangan radionya dipenuhi dengan bunyi hingus yang berkumpul di rongga hidungnya. lagu-lagu yang dimainkan semuanya perlahan dan bernada sedih.pemanggil pun ikut tersedu seperti personaliti itu. tapi esok harinya, tiada lagi nada sedih. tiada lagi bunyi hingus daripada rongga hidungnya. semuanya sudah menjadi ceria dan kembali gila-gila. ini yang membuatkan aku tertanya-tanya nilai dan makna kesedihan sang personaliti itu....

Monday, 1 October 2007

antara dua alam

14 tahun lalu, aku punya seorang isteri. tapi sekarang ni aku tertanya-tanya : mengapakah sekarang ini dia telah bertukar rupa dan fungsi menjadi seorang amah?

rindu itu semakin mendekat

lima belas tahun lalu : kali pertama kaki mencecah ke bumi di bawah bayu. orang kata tempat ini sangat jauh. masih banyak ilmu hitam yang melingkar di buminya. lantas pabila diberitahu aku akan menetap di bumi ini, banyak wajah-wajah yang memandangku dengan penuh rasa kasihaannn.... semuanya muka kasihan. seolah aku akan ke tinggal di sebuah hutan yang jauh terpencil!
smk la salle, tanjung aru. destinasi pertama tempat aku menyumbang ilmu. hari pertama menguak daun pintu sabah buat aku jelajahi. ternyata aku kagum dan jatuh cinta pandang pertama dengan orang-orang sabah!

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...