Lu ada pokok rambutan yang tengah meranum buahnya. Pokoknya tinggi. Lu gayat nak panjat pokok rambutan itu. Lu ambil galah. Galah lu buatan Amerika. Cantik dan berkilat, maklumlah buatan Amerika. Masa lu hulurkan galah buatan Amerika itu ke arah buah rambutan yang meranum itu, galah lu tak sampai.
Lu punya galah buatan Amerika. Tapi tak boleh mengait rambutan untuk lu. Lu nak panjat, lu rasa gayat. Lama-lama lu punya rambutan itu, monyet dengan tupai yang datang makan. Lu yang kat bawah, hanya melopong.
Rambutan tu gua analogikan kepada Matematik dan Sains.
Galah buatan Amerika tu gua analogikan PPSMI.
Lu tentu biasa dengan bidalan ini : Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang dengan tahi.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERHENTILAH SEKEJAP....
Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
cikgu,
ReplyDeletegalah amerika mungkin sesuaiu untuk memetik anggur dari jenis-jenis seperti Gros Colman, Alphonso Lavalle dan Golden Champion,Brilliant, Delaware, Carman, Beacon atau Isabella sahaja.
Tapi orang kita, kerana kagumnya dengan galah orang amerika, memaksa penggunaannya untuk mengait buah kelapa sawit kerana hanya dengan galah amerika kita boleh bersaing dengan mereka.
akhirnya galah itu patah dan kelapa sawit gugur ke tanah menimpa kepala. itulah dikata orang, sudah patah galah, ditimpa buah sawit pula.
Melayu..melayu..sudah lebih 50 tahun merdeka, belum mampu berbangga dengan bahasa sendiri.