Cikgu dulu:
Ooo….aku kena posting Pulau Sebatik la. Tak apa ler….
Cikgu sekarang:
Apa? Aku kena ngajar kat Terengganu (Dia ni orang Kelantan, tapi meraung bagai orang hilang kaki bila diberitahu kena mengajar kat Terengganu)
Cikgu dulu:
Bagus sungguh budak-budak tu, sekali aku ajar kalkulus terus diorang boleh tangkap. (Sebelum PPSMI)
Cikgu sekarang:
Apala bebudak ni, dah sepuluh kali aku bagi tahu, tak paham-paham jugak. Lembap betul! (Era PPSMI)
Cikgu dulu:
Ok, sekarang kamu masukkan air ke dalam gelas itu dan kacau air tersebut perlahan-lahan (sebelum PPSMI)
Cikgu sekarang:
Ok, you put the water into the glass, and you disturb that water slow slow (era PPSMI)
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERHENTILAH SEKEJAP....
Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
-
Gua sedang merayau-rayau di sekitar Cheras Leisure Mall. Sengaja berbuat demikian. Sekadar melepaskan masa luang yang terkurung. Telefon b...
gua igt dulu, cikgu gua ajar BI dalam bahasa melayu.
ReplyDelete" ok kelas apa ni..yes ini..apple.."
" hah ni apa pula kelas..betul..ini chicken.."
sampai ke tua ler tak reti ckp BI..
Satu hari di bilik darjah 3 Biru SRK Berhala Darat. cikgu marjana tulis ISLAND di papan hijau. lalu aku di panggil untuk menyebutnya. dengan perasaan yakin dan kompiden , aku menyebut ISLAN. Cikgu tegelak, aku hairan. betulah aku sebut. apa pulak..eja cam tu , sebut cam tulah juga..salah tu juliana...bunyinya i:lan...sehingga sekarang menjadi kenangan mengusik jiwa
ReplyDelete