Tuesday, 26 April 2016

YANG HAPRAK SAMPAI KE SIKU

RADIO

"Saya tujukan ucapan ini ' Sedang buat aper tuuu?' kepada laki saya yang sedang memandu kereta."

"Awak tunggu laki awak kat rumah ke?"

"Tak la."

"Awak kat opis?"

"Tak la."

"Jadi, awak kat mana?"

"Kat sebelah laki saya lah."

         *macam palat!*


FACEBOOK

status: hari ni perut rasa tak sedap. makan smbl belacan masa lunch td kot....

komen 1: perot sya pn sakit jugak.

komen 2: a'a lah. saya pun.

komen 3: nasin baik saya ok jer. semoga awak chat. take care darl....

#adapun tukang tulis status dan pengomen 1, 2 dan ialah kawan sepejabat yang makan tenga hari bersama-sama di restoran asam pedas setiawangsa. dan masa mereka berbalas komen, mereka ada di pejabat. meja mereka sebelah-menyebelah.

               *macam palat dan palat dan palat*

Friday, 22 April 2016

SAJAKSAJAK PALSU SINAGANAGA





Dalam kelas Pak Dharma (Dharmawijaya atau Kamaruzaman Abdul Kadir [Allahyarham]), beliau ada berkata yang lebih kurang berbunyi, "Sajak sangat berbeza dengan prosa. Perbezaan itu terutamanya dari segi sukatan suku kata dan jumlah kata. Jadi, sebuah sajak yang baik ialah sajak yang sangat miskin dengan kata tetapi kaya dengan emosi." Yang saya fahami daripada kata Pak Dharma itu ialah, semakin ekonomikal sesebuah sajak, semakin baik sajak itu. Tapi dengan syarat, kata-kata yang dipilih itu mestilah kata sangat tepat, padat dan jelas dalam penyampaian tema dan persoalan-persoalannya. Dengan kata lain, sajak tidak perlu berjela-jela panjangnya. Sajak jangan sekali-kali jelmaan suatu prosa yang dipatah-patahkan barisnya, lalu disusun dalam suatu rangkap!

Apabila membaca Sajak-sajak Palsu Sinaganaga ini, gua teringat kembali akan kata-kata Pak Dharma. Sajak-sajak Palsu Sinaganaga memang kedekut dengan kata-kata.  Tapi kedekutnya Sajak-sajak Palsu ini turut melibatkan jumlah baris. Memang Sinaganaga ini kedekutnya, ya ampun!

Yang menariknya, walaupun pendek, sajak-sajak palsu ini bukanlah palsu yang plastik. Nilai seninya masih ada dan terkawal. Kalau diteliti secara rinci, jumlah kata yang ekonomikal ini jika dibaca/deklamasi akan menerbitkan iramanya. Bunyinya ala-ala terselit kemerduan. Lagu-lagu Hujan pun tidak semerdu dengan sajak palsu ini. Nah, kau nampak tak betapa geniusnya Jeneral, Si Penyajak Palsu ini!

Sepotong sajak yang dijadikan blurb, boleh dijadikan locus untuk mempertahankan hujahan di atas:

berjalan
mendatangi ku
dengan mata resah
dengan bahu cheetah
dengan igal si kucing birah
kau
menanyakan,
"lu ada lighter?"

Kamu semua nampak kegeniusan Sinaganaga menyusun baris dalam salah sebuah sajak palsunya ini? Kamu semua sudah kira berapa jumlah kata untuk setiap barisnya? Dan, kamu akan dapat merasai getar emosi yang datang perlahan-lahan, tetapi meletuskan  bunyi *pop* (alaaa...bunyi yang terhasil dalam salah satu uji kaji yang pernah engkau buat dalam makmal sains) pada akhir baris.

Isi cerita dalam sajak ini mudah sahaja, sebenarnya. Ia tentang seorang brader yang mungkin dah lama tak berasap. Brader tu ada rokok, tapi tak ada api. Jadi, brader ini tak bolehlah sedut hembus sedut hembus tembakau+nikotin+tar+60 bahan kimia lain, yang dibalut dalam sehelai kertas putih nipis. Dan lu cuba bayangkan betapa resahgelisahracau kepala hotak seorang perokok tegar apabila dia tak dapat menghisap rokok, sehinggakan segala cheetah dan kucing birah tersembul keluar!

Gua nak cerita panjang-panjang pun tak guna. Tapi, secara peribadi gua suka akan Sajak-sajak Palsu Sinaganaga ini. Gua tak payah duduk di atas kerusi malas, baca satu per satu sajak-sajak, kemudian jari telunjuk dan ibu jari mengusap-usap dagu untuk memikirkan, "Benda alah apa ler yang penyajak ni nak bagitau?"

Untuk Sajak-sajak Palsu oleh Sinaganaga ni, gua bagi 5 bintang. Sebabnya ialah:
1. Sajak-sajaknya sempoi.
2.  Walaupun pendek, sajak-sajak Sinaganaga ini sarat emosi.
3.  Cerita dalam sajak-sajaknya sangat dekat dengan kita.
4.  Diksi yang dipilih sangat padu.
5. Penulisnya ialah SINAGANAGA yang sangat pemurah menghulur barang sebatang dua Dunhillnya kepada gua.

Monday, 7 March 2016

HINGGA KE HUJUNG DUNIA (I)

Gilang dan Daud bertemu dengan Anissa pada suatu petang. Ketika itu dua anak berumur 10 tahun itu sedang mengayuh basikal. 

Anissa sedang menjengket-jengketkan kakinya. Layang-layangnya tersangkut di hujung dahan. 

Gilang dan Daud berhenti. Mereka memandang Anissa dari seberang jalan, sebelum mampir.

"Layang-layang aku tersangkut." Anissa memberitahu Gilang dan Daud dengan mata yang penuh mengharap.

Gilang menjeling ke arah Daud dari hujung matanya. Daud memahaminya. Daud maju ke perdu pokok. Kedua-dua tangannya kukuh memaut batang pokok yang sedikit menggerutu. Serpihan--serpihan kulit kering gugur apabila tangan-tangan Daud kukuh memaut. 

"Ayuh...!" Daud mengarahkan Gilang.

Gilang maju, memanjat belakang Daud. Kemudian terus ke bahu Daud. Sebelah tangan Gilang memaut batang pokok. Sebelah lagi dihulur sejauh mungkin untuk mencapai layang-layang Anissa. 

Anissa memandang Daud. Anissa memandang Gilang, kemudiannya. Kemudian Anissa memandang layang-layangnya yang menari-nari di hujung dahan. 

"Sedikit lagi ... sedikit lagi...."

Anissa memandang Daud. 
Anissa memandang Gilang.
Anissa memandang layang-layangnya.

Setelah bersusah payah, dengan dukungan Daud, dengan renungan sayu Anissa, akhirnya jari-jemari Gilang berjaya menggapai layang-layang Anissa.

Anissa tersenyum girang.

Dan mereka pulang ke rumah dengan Anissa membonceng basikal yang dikendalikan Gilang.

Saturday, 27 February 2016

TIGA NAFAS LIKA

Kau tahu apa yang paling aku takut?

Apa?

Jika suatu hari nanti, aku terbang dan aku sudah tidak mampu mengingati apa-apa pada zaman lampauku.

Thursday, 25 February 2016

KUBUKU BUKUBUKU

Suatu petang. Yang tidak begitu petang, sebenarnya. Telefon berbunyi. Langsing dan nyaring.

"Bos, saya nak booking karaoke."

"Hah??" (gua)

"Dua billik."

"Wrong number la!" (gua).

*klik*

Muka yang penuh cahaya keimanan macam muka gua ni, ada irasiras muka tokey karaoke ke?

Cis!


Wednesday, 24 February 2016

LAMINA

Dia datang, bersama topan. Dari tujuh bidang hamparan rekah. Dari tujuh guntur gantungan langit. Dari tujuh cambah lendik kali. Yang datang dengan ngambang bulan. Yang datang berkawan segara pasang.

Ya, mereka berjanji dengan alam. Tetapi selalu berbohong pada setia....

Thursday, 18 February 2016

BANGLASIA

Dulu-dulu, orang Keling dari benua India, yang datang ke Tanah Melayu kebanyakannya daripada kelompok paria.

Itu cerita lebih 50 tahun dulu, sebelum orang-orang keling ni dapat taraf warga negara. Kemudian orang putih kata, kalau nak merdeka, Tanah Melayu ini kena kongsi dengan imigran keling. Kena bagi warga negara. Tunku angguk kepala. Kepala umno!

Sekarang, 50 tahun kemudian, keling ni kalau nak dipanggil "keling" pun marah. Tak mahu dipanggil "keling"!

Dan mungkin juga, 50 tahun akan datang, bangla-bangla ni akan marah kalau mereka dipanggil "bangla"!

Huh!

Friday, 12 February 2016

TIADA APAAPA YANG HARUS DIMUSYKILKAN...

Ya, tiada apa-apa yang harus dimusykilkan. Apabila politikus bercakaran sesama sendiri. Apabila agamawan saling mengata dan menghukum syurga dan neraka milik si polan polan. Maka, apalah bedanya mereka itu dengan si gila yang tidur di kaki lima?

Apa bedanya?

Wednesday, 7 October 2015

API-API PASCA ANTANOM

"Menginap kat mana di Tenom?" Cikgu Ramli tanya.

"Perkasa," kata gua.

Cikgu Ramli senyum.  Cikgu pencen yang juga seorang penulis tersohor ini datang dari Kota Marudu.

"Hotel tu ada hantu," kata Cikgu Ramli. Serius.

" ... " gua tak kata apa. 

"Kadang katil pindah-pindah sendiri.  Kadang bila kita bangun pagi,kita ada kat dalam bilik mandi," sambung Cikgu Ramli lagi.

"Jadi, betullah orang kata Hotel Perkasa di Tenom tu ada hantu?" tanya gua.

"Memang betul. Mana ada orang check in di sana lagi," jawab Cikgu Ramli.


Gua hirup pelan-pelan teh tarik.  Alam Mesra yang semakin memanjat malam masih lagi jaga. Pelanggan di restoran semakin ramai.  


Dalam hati gua kata, "Kalau aku tau Hotel Perkasa ada hantu, biar aku tidur di dalam Hilux saja."  Tapi gua tak luahkannya kepada Cikgu Ramli.  Apa kelas lelaki berambut panjang takut sama hantu!


Cikgu Ramli Jusoh. Otai dari Terengganu yang sudah lebih 4 dekad menetap di Sabah. Dalam dunia penulisan, beliau juga dikenal dengan nama Ramli A.R.
 

Monday, 5 October 2015

ANTANOM

Di dalam dewan, kepala gua dah rasa berdenyut-denyut.  Perjalanan dari KK via Papar via Banjaran Crocker, dengan hawa yang sangat panas, menyiat-nyiat isi kepala.

"Malam ni, selepas pelancaran buku Si Karim, kita ada makan-makan di restoran YB Jamawi," kata Jasni Matlani.

Gua angguk.

"Lepas tu kita ada makan durian," sambung Jasni Matlani.

Gua angguk.

"Jam 7.30 nanti kita datang ke dewan." Jasni kata.

"Bulih bha," kata gua.

Kepala gua semakin memberat.

 

Kemudian, gua ke Hotel Perkasa. 

Sesampai di pekarangan Hotel Perkasa yang terletak di atas sebuah bukit yang sederhana tingginya, sunyi sepi.  Kereta di ruang pakir, kosong.  Tiada.  Nihil.

Pelawat lain juga gua tak nampak. Kosong.  Tiada. Nihil.

Hari semakin petang.  Tiada kendengaran manusia bercakap. Hawa tetap panas walaupun matahari semakin rendah.  Kepala gua semakin memberat.
 

Kemudian, gua Keluarkan bag pack dari Toyota Hilux. Terus menuju ke kaunter untuk daftar masuk.  

Di reruai hotel juga tiada manusia.  Kosong. Nihil.  Hanya seorang penyambut tetamu.



                 ***

"Hotel Perkasa ada hantu," kata Kak Kat.  Dia senyum.  Macam tak bersungguh-sungguh.

"Baguslah, saya suka hantu," kata gua.
Kak Kat bergurau, fikir gua.



                 ***
Malam itu, gua terlelap awal. Letih memandu dari KK via Papar via Banjaran Crocker campur dengan kepala memberat yang akhirnya bertukar menjadi migrain menyebabkan gua mengaku kalah.

Majlis pelancaran buku: kantoi!
Majlis makan-makan yang disponsor YB Jamawi: kantoi!
Majlis makan durian: kantoi!


                ***
Malam itu gua tidur tanpa makan apa-apa.  Gua tidur tanpa dikacau oleh hantu yang dikatakan oleh Kak Kat.




 

 

Friday, 2 October 2015

Puisi Terakhir





puisi ini puisi terakhir

buat sebuah lautan

kerana ombak waktu

membawa pergi bahasa hati

ketika mentari menjemput pulang

warnanya pada langit senja

kata-kata terkunci

di dasar pantai usia

dan malam menjadi saksi

tenggelamnya sebuah puisi.


puisi ini puisi terakhir

buat sebuah lautan

tapi bukan garis penghujung

sebuah lagi pelayaran.

BERHENTILAH SEKEJAP....

  Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...