Di dalam dewan, kepala gua dah rasa berdenyut-denyut. Perjalanan dari KK via Papar via Banjaran Crocker, dengan hawa yang sangat panas, menyiat-nyiat isi kepala.
"Malam ni, selepas pelancaran buku Si Karim, kita ada makan-makan di restoran YB Jamawi," kata Jasni Matlani.
Gua angguk.
"Lepas tu kita ada makan durian," sambung Jasni Matlani.
Gua angguk.
"Jam 7.30 nanti kita datang ke dewan." Jasni kata.
"Bulih bha," kata gua.
Kepala gua semakin memberat.
Kemudian, gua ke Hotel Perkasa.
Sesampai di pekarangan Hotel Perkasa yang terletak di atas sebuah bukit yang sederhana tingginya, sunyi sepi. Kereta di ruang pakir, kosong. Tiada. Nihil.
Pelawat lain juga gua tak nampak. Kosong. Tiada. Nihil.
Hari semakin petang. Tiada kendengaran manusia bercakap. Hawa tetap panas walaupun matahari semakin rendah. Kepala gua semakin memberat.
Kemudian, gua Keluarkan bag pack dari Toyota Hilux. Terus menuju ke kaunter untuk daftar masuk.
Di reruai hotel juga tiada manusia. Kosong. Nihil. Hanya seorang penyambut tetamu.
***
"Hotel Perkasa ada hantu," kata Kak Kat. Dia senyum. Macam tak bersungguh-sungguh.
"Baguslah, saya suka hantu," kata gua.
Kak Kat bergurau, fikir gua.
***
Malam itu, gua terlelap awal. Letih memandu dari KK via Papar via Banjaran Crocker campur dengan kepala memberat yang akhirnya bertukar menjadi migrain menyebabkan gua mengaku kalah.
Majlis pelancaran buku: kantoi!
Majlis makan-makan yang disponsor YB Jamawi: kantoi!
Majlis makan durian: kantoi!
***
Malam itu gua tidur tanpa makan apa-apa. Gua tidur tanpa dikacau oleh hantu yang dikatakan oleh Kak Kat.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Monday, 5 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>

No comments:
Post a Comment