kata-kata yang luruh
dari awan yang tujuh
merdu di kuping
tapi ngilu di hati
hanya kata-kata
tiada apa-apa.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
kata-kata yang luruh
dari awan yang tujuh
merdu di kuping
tapi ngilu di hati
hanya kata-kata
tiada apa-apa.
Ada orang seperti gelas yang kosong. Berdegar-degar di medsos. Seperti dia tau apa-apa saja. Mengerti apa-apa saja. Faham apa-apa saja. Tapi, itulah... kata orang tua-tua, yang bising-bising itu selalunya yang kosong. Dan semakin masa berinjak pergi. Pengalaman semakin membukit. Lautan Tuhan tetap setitis tahu yang kita tahu. Jadi, janganlah jadi gelas kosong. Itu hanyalah mempromosikan bodohnha diri sendiri.
*pling*
Bagaikan setitis embun
Yang
Menitis
Tis..
Tis...
Tis...
Aku mencari suara yang hilang
Senyap
Diam
Lupus
Tanpa
Ada
Apa
Apa.
Tiada siapa-siapa yang jaga di depan kedai makan, periksa suhu pelanggan. Pelanggan ambil sendiri "penembak" suhu. Acu ke dahi, kemudian berlenggang masuk ke dalam kedai. Malah, ada juga yang letak tapak tangan di situ!
Jadi, jika lu punya suhu masuk 40 darjah, tiada siapa pun yang larang.
Entahlah, gelombang ketiga ni, lain macam permainan peraturannya.
Entahlah.
Ramai yang tanya gua.
Tapi gua mengelak. Gua tak menjawab. Sebenarnya gua tak mau jawab.
Aii tee bee em hampir kecundang, dulu. Kemudian wahyu turun dari langit. Sembelih beberapa ekor kerbau. Lalu yang dipilih oleh penggemabala ai tee bee em ialah kerbau-kerbau yang selalu membajak. Membajak tanpa kira musim.
Maka.
Kerbau-kerbau bajak itu pun disembelih. Satu-satu. Satu-satu.
Penggembala? Tentunya penggembala tidak akan sembelih lehernya sendiri. Yang memegang golok ialah penggembala dan juak-juaknya.
Maka.
Sewaktu menyembelih, penggembala dan juak-juaknya pun bernyanyi:
Kami terima wahyu
begitu begini syaratnya
kami ikut syaratnya
dan kami cipta syarat kami sendiri
yang kami ubah sesuka hati kami
demi usus perut kami!
Lalu.
Yang tinggal ialah kerbau-kerbau balar. Yang hanya tahu bergincu dan berbedak.
Dan
Penggembala yang menjadi kerbau...
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...