Sunday, 29 July 2018

JOGHO WAK KHALID (II)


“Ferari Wak ‘tu walaupun buruk, banyak jasanya,” kata Wak Khalid. Ketika itu gua dan Wak Khalid lepak-lepak di tangga belakang, tingkat 1, ITBM.  Sambil lepak, kami borak-borak kosong.  Sambil borak-borak kosong, kami hisap rokok. Gua hisap Dunhill, Wak Khalid hisap Samsoe yang dia beli khusus dari Tanah Seberang.


“Ferari  ‘tu la yang bawa Wak dari hujung Malaysia ke hujung Malaysia.  Satu Malaysia ‘dah Ferari ‘tu bawa Wak. Tak pernah buat perangai. Habis buruk perangai dia pun, dia tak mau hidup bila start sebab minyak dah habis. Ha ha ha!” Wak Khalid ketawa.  Samsoe Wak tak sampai seinci menjadi bara di hujung. Dunhill gua pula dah hampir separuh menjadi habuk.  Tangga belakang tingkat 1, ITBM dipenuhi aroma Samsoe dan Dunhill.  Di tangga tingkat 1, ITBM Wak Khalid bercerita tentang “Ferari” kepunyaannya, sebuah kancil warna merah keluaran edisi pertama.

Saturday, 28 July 2018

JOGHO KHALID SALLEH

JOGHO 1

Dari tempat parkir kereta Istana Budaya, gua nampak Wak Khalid sedang menyusun buku di depan Panggung Sari.  Gua mendapatkan Wak Khalid. “Buku apa ni, Wak?” Gua tanya.
“Melayu Hilang di Dunia,” jawab Wak Khalid.
“Wak tulis?” Gua tanya lagi.
Wak Khalid angguk. Wak Khalid senyum. Kemudian Wak Khalid kata, “Belilah. Ada banyak benda Wak cerita dalam ‘tu.”
“Berapa ringgit ‘ni Wak?” tanya gua.
“50 ringgit, mahal sikit sebab Wak yang terbit sendiri. Bagi can Wak untunglah sikit. Boleh Wak buat modal teh tarik dan terbit buku seterusnya.”
Setelah not 50 bertukar tangan, gua tanya Wak Khalid, “Wak ada filem baru?”
Wak Khalid jawab, “ ‘Dah habis shooting Hanyut. Tapi tak tau bila nak tayangnya.”

Kemudian gua masuk ke dalam Panggung Sari untuk tonton monolog Rebab Berbisik oleh Rahimidin Zahari (Allahyarham).  Dan filem Hanyut yang menjadi filem terakhir lakonan Wak Khalid di layar perak, ditayang 6 tahun kemudian.


Sunday, 15 July 2018

TOKONG

Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat balik kat kau punya ameno,  gua kata lagi.

Huh...dengus dia.

Gua kata dalam hati, patut kalau dah tersembam makan tanah ni, pakai la otak. Ni orang tegur sikit kau mendengus. Mereput la ameno tu macam kote yang tak boleh nak naik-naik lagi!


Saturday, 14 July 2018

DUNIA PUSINGPUSING

Di dunia ini, tak payah tunggu lama-lama untuk dapat bayaran daripada Tuhan. Kau buat orang, orang tak mampu ( dan tak boleh nak balas), Tuhan akan balas.  Kau buat orang hari ni, tak semestinya esok, atau minggu depan, atau bulan depan, atau tahun depan, Tuhan akan balas. Kalau tak esok, minggu depan, Tuhan akan balas. Kalau bukan minggu depan, bulan depan Tuhan akan balas.  Kalau bukan bulan depan, tahun depan Tuhan akan balas. Pendek kata, cepat atau lambat Tuhan akan balas, kita tak tau.

Sama juga dengan kuasa yang ada pada kau. Kalau kau anggap kuasa itu punca untuk kaujadi ego, bongkak, eksen, untuk kaudajalkan orang lain, kau akan ketawa terbahak-bahak apabila kau berjaya pedajalkan orang.  Hari ni kau ketawa terbahak-bahak, esok lusa belum tentu lagi. Esok lusa mungkin kau akan makan tanah.

Bila susah, pandai pula kau kata, “Mari kita bersusah sama-sama.” Maka jangan kau heran bila ada orang membalas, “Susah bersama-sama abah kau!”

Hek eh!

Friday, 6 July 2018

PATAH

sayap sepasang
tumbuh dan patah
di belikat seekor serindit
perlahan-lahan menyeru sang puteri berkebaya labuh.

hanya itu ...



DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...