Sunday, 17 December 2017

CERITA DARI KEDAI MAMAK

Malam minggu. Gua boring. Gua  call member.
“Jom, mamak!”Gua cadang.
“Jom! Datang amik aku,” balas dia.

Dua puluh minit kemudian, kami duduk-duduk kedai mamak, sambil cerita-cerita.
“Aku ada satu cerita. Cerita tentang persepsi.” Dia kata.
“Ok.” Gua kata.
Kemudian dia bercerita:
“... Di sebuah lapangan terbang. Seorang lelaki berpakaian kemas sedang duduk di ruang menunggu lobi, sambil menunggu kawannya. Di sebelah kanannya bagasinya. Di sebelah kiri satu bungkusan kertas yang mengandungi tiga biji donut. Di tepi bungkusan kertas yang mengandungi donut itu dia meletakkan kot mahalnya. Kemudian datang seorang lelaki separuh umur, selekeh sekali.  Rambut yang separuh beruban, separuh lagi masih hitam kusut masai. Misai dan janggut yang tidak terbela. Bajunya sudah tidak tahu apa warna asalnya. Kakinya hanya beralas selipar yang berlubang di bahagian tumit kerana terlalu haus tapaknya.  Dia sepertinya seorang gelendang. Atau mungkin peminta sedekah. Dia duduk di sebelah kiri lelaki yang berpakaian kemas tadi.
     Kemudian, lelaki berpakaian kemas itu menyeluk bungkusan kertas donut untuk mengambil donut yang dibawa. Dia ambil, dan kemudian mengunyahnya. Tiba-tiba lelaki berpakaian kemas itu, dari hujung matanya, dia melihat lelaki selekeh itu mengambil donutnya dari bungkusan kertasnya. ‘Biarlah, mungkin lelaki ini lapar.’ Itu yang difikir oleh lelaki berpakaian kemas tadi.

    Sebiji donut, dia sendiri yang ambil dan memakannya. Sebiji donut lagi diambil oleh lelaki selekeh tadi. Yang tinggal, sebiji donut sahaja lagi.

    Donut tinggal sebiji sahaja lagi. Lelaki berpakaian kemas tadi ingin mengambil yang sebiji itu. Dalam masa yang sama, lelaki selekeh itu turut ingin mengambilnya tangan mereka bertembung.  ‘Mungkin si gelendangan ini masih lapar lagi.’ Itu yang difikir oleh lelaki berpakaian kemas. Lalu dia mengambil donut yang sebiji itu lalu dipatahkan dua. Sebahagian untuk dia sendiri, manakala yang sebahagian lagi diberi kepada lelaki selekeh itu.

     Lelaki berpakaian kemas mengunyah bahagian terakhir donut itu. Lelaki selekeh pun mengunyah bahagian terakhir donutnya.

     Keemudian datang kawan lelaki berpakaian kemas, lalu mengajaknya masuk ke ruang pemeriksaan sebelum memasuki ruang pelepasan. Dia mengambil kot, dan memakainya. Tiba-tiba dia terpandang bungkusan kertas yang mengandungi donutnya.  Masih ada tiga biji donut. Satu pun belum dimakannya. Baru dia sedar, donut yang dimakannya sebelum ini ialah donut lelaki gelandangan itu kerana bungkusan donutnya itu tersembunyi di bawah kotnya.  Dia menyangka itu donut-donut yang dia makan ialah donut-donut kepunyaannya.  Dan dia menyangka yang dia telah membuat kebaikan, sedangkan yang membuat kebaikan itu ialah lelaki gelandangan itu. Dia sebenarnya yang mendapat belas ikhsan daripada lelaki gelandangan.”
   
                                                        *PAUSE*

      Gua hirup teh tarik atas meja. Gua fikir: Betapa persepi itu amat mudah berlaku. Dan daripada persepsi itu, kita selalu merasakan diri kita sentiasa betul. Ya, seperti lelaki berpakaian kemas itu yang  berpersepsi yang donut-donut yang dia makan ialah kepunyaannya.

     


   

   

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...