Tuesday, 19 December 2017

TENTANG HIPOKRASI

 ... dan ingatan pun menitis di kaca,  membiaskan 7 warna. satu warna untuk aku. 6 warna untukmu. aku pun tahu. betapa cerita-cerita yang kita susun bersama, bukannya perhentian untuk kita turun dan kabur lalu pergi. melainkan ia menjadi renda-renda. yang bertaut dan saling menyentuh. kawan, tiada apa-apa yang mampu kuutuskan buatmu, melainkan katakata bisu yang didengar tuhan. tiada juga dapat kuhantar kasih yang tercicir dan hilang kerana semuanya mengecil dan pupus dan lupus dari bibir mata. pun begitu, sama seperti aku, engkau pun tau. tiada apa yang bisa menukar jambatan kita dengan titian batang nyiur yang mereput merintang anak sungai ... bening dan sunyi.


Tatkala sunyi yang lupus pamit lalu pergi tanpa sebarang kata, hembus angin pun tidak lagi ramah....

Sunday, 17 December 2017

TENTANG INTEGRITI

Dalam “Kamus Dewan”, entri “integriti” dihurai sebagai: 1. kejujuran ... 2. keadaan yang sempurna dan utuh, keutuhan.

Daripada entri “integriti” submasukan yang diberi ialah “berintegriti” yang dihuraikan: mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb).

Baiklah, tentang “integriti”. Jika ia melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan urusan kerja, integritinya tidak hanya kita “merahsiakan” hal-hal berkaitan urusan rasmi kerja kepada umum. “Integriti” juga melibatkan kejujuran kita dalam bekerja. Contoh yang sangat mudah ialah pematuhan waktu kerja rasmi. Sekiranya waktu rasmi untuk seseorang itu berada di pejabat adalah pada jam 9.00 pagi, maka dia perlu berada di tempat kerja rasminya pada atau sebelum waktu tersebut.  Baiklah, mungkin seseorang itu mempunyai halangan untuk berada di tempat kerjanya pada waktu yang ditetapkan, maka seharusnya dia memaklumkannya kepada orang atasannya. Orang atasan ini tidak semestinya ketua pengarah bagi sesebuah kementerian, ataupun tidak semestinya ketua pegawai eksekutif bagi sesebuah orgnisasi, dan begitulah seterusnya. Orang atasannya boleh sahaja penyelianya, atau boleh sahaja pegawai-pegawai kanannya, ataupun boleh sahaja pegawai yang lebih senior daripadanya sekiranya daripada kumpulan perjawatan yang sama.  Sesuatu yang tidak munasabah dan menyalahi etika kerja sekiranya seorang eksekutif meminta kebenaran atau memaklumkan kepada non-eksekutif sekitanya dia berhalangan untuk berada di pejabat pada waktu rasminya.  Ataupun, memang tidak menjadi amalan di mana-mana organisasi di dunia ini seorang eksekutif meminta kebenaran daripada tukang sapu untuk balik awal daripada waktu rasmi. 

Halangan untuk berada di pejabat dalam waktu rasmi kemungkinan besar dialami oleh setiap orang. Tetapi, situasi sedemikian hanya berlaku sekali sekala sahaja. Sekiranya ia berlaku hampir setiap hari, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.  Halangan untuk berada di pejabat dalam waktu rasmi secara logiknya tidak akan berlaku hampir setiap waktu. Jika ia berlaku secara tekal, tentunya ada sesuatu yang tidak kena berkaitan sikap individu tersebut.  Sama ada dia melakukannya secara sengaja dan dengan sedar ialah kemungkinan yang sukar untuk disangkal.

Selalunya, orang yang bermasalah seperti ini akan kaya dengan pelbagai alasan.  Tapi dia mungkin lupa yang dia sentiasa diperhatikan.  Orang akan melihat dan mendengar alasan-alasan yang tidak masuk akal. Sebabnya,  kita boleh membuat kesimpulan daripada apa-apa yang kita lihat, yang kita rasa, dan yang kita dengar. Jadi, janganlah cuba membina sebuah rumah kaca yang tembus pandang.  Selain orang lain dapat melihat dengan jelas apa-apa yang ada di dalam rumah kaca itu, ia juga sangat mudah berderai dengan hanya membalingkannya sebiji batu yang kecil.

Jadi, berjaga-jagalah apabila kita bercakap tentang “integriti”.

CERITA DARI KEDAI MAMAK

Malam minggu. Gua boring. Gua  call member.
“Jom, mamak!”Gua cadang.
“Jom! Datang amik aku,” balas dia.

Dua puluh minit kemudian, kami duduk-duduk kedai mamak, sambil cerita-cerita.
“Aku ada satu cerita. Cerita tentang persepsi.” Dia kata.
“Ok.” Gua kata.
Kemudian dia bercerita:
“... Di sebuah lapangan terbang. Seorang lelaki berpakaian kemas sedang duduk di ruang menunggu lobi, sambil menunggu kawannya. Di sebelah kanannya bagasinya. Di sebelah kiri satu bungkusan kertas yang mengandungi tiga biji donut. Di tepi bungkusan kertas yang mengandungi donut itu dia meletakkan kot mahalnya. Kemudian datang seorang lelaki separuh umur, selekeh sekali.  Rambut yang separuh beruban, separuh lagi masih hitam kusut masai. Misai dan janggut yang tidak terbela. Bajunya sudah tidak tahu apa warna asalnya. Kakinya hanya beralas selipar yang berlubang di bahagian tumit kerana terlalu haus tapaknya.  Dia sepertinya seorang gelendang. Atau mungkin peminta sedekah. Dia duduk di sebelah kiri lelaki yang berpakaian kemas tadi.
     Kemudian, lelaki berpakaian kemas itu menyeluk bungkusan kertas donut untuk mengambil donut yang dibawa. Dia ambil, dan kemudian mengunyahnya. Tiba-tiba lelaki berpakaian kemas itu, dari hujung matanya, dia melihat lelaki selekeh itu mengambil donutnya dari bungkusan kertasnya. ‘Biarlah, mungkin lelaki ini lapar.’ Itu yang difikir oleh lelaki berpakaian kemas tadi.

    Sebiji donut, dia sendiri yang ambil dan memakannya. Sebiji donut lagi diambil oleh lelaki selekeh tadi. Yang tinggal, sebiji donut sahaja lagi.

    Donut tinggal sebiji sahaja lagi. Lelaki berpakaian kemas tadi ingin mengambil yang sebiji itu. Dalam masa yang sama, lelaki selekeh itu turut ingin mengambilnya tangan mereka bertembung.  ‘Mungkin si gelendangan ini masih lapar lagi.’ Itu yang difikir oleh lelaki berpakaian kemas. Lalu dia mengambil donut yang sebiji itu lalu dipatahkan dua. Sebahagian untuk dia sendiri, manakala yang sebahagian lagi diberi kepada lelaki selekeh itu.

     Lelaki berpakaian kemas mengunyah bahagian terakhir donut itu. Lelaki selekeh pun mengunyah bahagian terakhir donutnya.

     Keemudian datang kawan lelaki berpakaian kemas, lalu mengajaknya masuk ke ruang pemeriksaan sebelum memasuki ruang pelepasan. Dia mengambil kot, dan memakainya. Tiba-tiba dia terpandang bungkusan kertas yang mengandungi donutnya.  Masih ada tiga biji donut. Satu pun belum dimakannya. Baru dia sedar, donut yang dimakannya sebelum ini ialah donut lelaki gelandangan itu kerana bungkusan donutnya itu tersembunyi di bawah kotnya.  Dia menyangka itu donut-donut yang dia makan ialah donut-donut kepunyaannya.  Dan dia menyangka yang dia telah membuat kebaikan, sedangkan yang membuat kebaikan itu ialah lelaki gelandangan itu. Dia sebenarnya yang mendapat belas ikhsan daripada lelaki gelandangan.”
   
                                                        *PAUSE*

      Gua hirup teh tarik atas meja. Gua fikir: Betapa persepi itu amat mudah berlaku. Dan daripada persepsi itu, kita selalu merasakan diri kita sentiasa betul. Ya, seperti lelaki berpakaian kemas itu yang  berpersepsi yang donut-donut yang dia makan ialah kepunyaannya.

     


   

   

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...