“Jika kau membaca al-Kitab tidak akan menjadikan kau seorang Nasrani.”
Entah di mana aku baca ungkapan ini, aku sudah lupa. Ya, ungkapan tersebut berbau idealistik, berbau hindustanik. Ia sekadar ingin memberi justifikasi: aku boleh tulis apa-apa saja. Aku boleh terbit apa-apa saja. Aku boleh jual apa-apa saja. Jadi, aku tidak membuat salah apa-apa pun.
Jika kau menulis tentang “Cara-cara Merogol Perempuan yang Balik dari Tempat Kerja Seorang Diri” tidak semestinya kau akan menjadi seorang perogol. Tetapi idea tentang cara-cara untuk merogol itu ada kemungkinan akan dibaca oleh seorang pedolifia yang mula bosan dengan kanak-kanak dan ingin menukar seleranya kepada perempuan yang lebih dewasa. Daripada 1,000 orang yang membaca buku dummy mungkin akan ada 1 orang yang berkecenderungan sedemikian. Dan yang seorang inilah yang boleh bikin gegak gempita satu negara!
Begitu juga kalau kautulis, kauterbit, dan kaujual buku tentang komunisme. Apa yang kaujangkakan daripada massa? Bahawa kau adalah penjaja ilmu dan kau bebas memperdagangkan apa saja yang kau mau? Bahawa kau bertindak atas dasar kebebasan tanpa sebarang sekatan? Bahawa kau punya suatu tanggapan iaitu massa mempunyai akal yang waras dan mampu menyisihkan intan dalam kaca? Bahawa kau ialah daripada kelompok kendiri, maka kau tak terikat dengan apa-apa jua etika?
Aku tiba-tiba teringat akan kelancangan (bukan KELATANGAN)kau memperlekeh, mengherdik, mencemuh, merendah-rendahkan, mencabar keintelektualan orang yang hanya “bersin di sisi reban ayam” kau. Begitu ghairah sekali kau menghambur kata-kata tanpa ada rasa malu, jauh sekali rasa hormat kepada manusia lain. Kelancangan kau itu aku tahu sebabnya. Sebabnya kau ingin dilihat sebagai pemberontak dan cuba menjadi pahlawan dalam kalangan penggiat yang satu aliran denganmu. Itu sahaja, tiada sebab lain.
Kau bertindak atas premis “kebebasan”. Tetapi kau harus sedar tiada kebebasan mutlak di mana-mana pun di ceruk dunia ini. Negara komunis sendiri pun tiada kebebasan mutlak. Hanya kerana kau tertidur sewaktu mesyuarat, kepala kau akan dihukum diletupkan dengan peluru senjata api. Kau tidak bebas untuk tidur sesuka hati walaupun kaukata tidur ialah kebebasan asasi kau.
Tukul dan sabit ialah simbol kepada komunisme. Kalau kau letakkannya pada kulit buku kau, apa yang kau fikirkan apa yang ada oleh orang yang melihatnya? Baiklah, kaukata bacalah buku itu dulu. Jangan terus terjah dan buat kesimpulan. Der, apabila sebuah buku yang kulit depannya ada seorang perempuan jelita yang berbogel, mengangkangkan kedua-dua pahanya, menampakkan vagina yang tergangga, apa yang kauharapkan daripada orang yang melihatnya?
Begitu jugalah dengan buku komunisme kau itu.
Orang bodoh dilihat pada alir katanya, kadang-kadang akan kelihatan pandai juga kerana dia bersedia mendengar dan mau merendah diri. Orang angkuh akan terus-menerus bodoh, kerana selalu merasakan dirinya benar ... dan paling celaka merasakan dirinya hebat!
ReplyDeleteOrang bodoh dilihat pada alir katanya, kadang-kadang akan kelihatan pandai juga kerana dia bersedia mendengar dan mau merendah diri. Orang angkuh akan terus-menerus bodoh, kerana selalu merasakan dirinya benar ... dan paling celaka merasakan dirinya hebat!
ReplyDelete