Seketika, tatkala langit petang tanah serendah sekebun bunga ditabiri rona jingga, melewati jalan kebun sultan, langsung ke wakaf mek zainab. Terimbau kenang zaman anak-anak berseluar pendek biru berkemeja putih lesu yang berbasikal dari parit dalam menuju ke kompleks sekolah-sekolah. Bermain kejar-kejar diwaktu rehat. Berbalah dengan kawan yang kemudiannya sama-sama menghirup dingin air pipa di kantin sekolah, sedang macik kantin membebel kerana melecakkan simennya. Mengumpul anak-anak kerikil bulat di padang bertanah merah, sekali-sekali membalingnya ke dalam menerung yang meliang-liuk diacah angin. Suara garang guru matematik mematikan gelak ketawa anak-anak.
Melewati wakaf mek zainab, kenangan zaman anak-anak masih tersangkut di pagar sekolah ismail petra.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Tuesday, 26 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment