Thursday, 5 January 2012

Lembu dalam Kondo [apa kaitan tajuk ni? Tah...gua main buh jer]

Malam.  Tapi tak berapa nak malam.
Gua lepak-lepak kedai mamak depan rumah.  Orang tak ramai.  Tapi tak berapa nak ramai.

"Weh, mana lu?  Dah berakar bontot gua tunggu," gua kata via henpon import.  Imported from China.
"Jap...jap...gua on der way," jawab kawan gua.  Suatu jawapan yang tersangatlah standardnya.  On der way kepala hotak apernya kalau masa tu baru nak pakai spender.  Beb, orang kita.  Macam tu la gayanya.  Susah sangat nak ikut taim. 

Sambil lepak-lepak, gua tunggu-tunggu.  Sambil tunggu-tunggu, gua tengok tivi.  Tah  apa nama rancangan yang sedang tertayang, gua pun tak tahu.  Gua masih lagi dalam tempoh pelaksanaan 'menghukum diri sendiri untuk tidak melihat rancangan Melayu terutama siaran berita dan juga drama Melayu'.  Hari-hari dengar berita liwat, penat weh otak gua!  Macam takder benda lain yang lebih syok di Tanah Melayu ini selain dari berita aktiviti 'belakang ada sondol'.  Haprak betul!

Apabila teh tarik gua tinggal separuh, sambil ditemani mamak-mamak yang tercegat macam patung kat kuil Hindu, kawan gua yang tadinya 'on der way', sampai.

"Lu memang betul-betul ajaib," gua kata.  "Rumah lu kat sebelah kedai mamak ni jer.  Tak jauh.  Kalau kentut kat sini, baunya boleh sampai kat rumah lu.  Tapi on der way lu tu macam lu kena redah sebatang sungai yang penuh dengan buaya ganas.  Punyalah lama gua tunggu kat sini," gua kata lagi.


Dia sengih-sengih.  Petang tadi, masa gua kat opis, masa dia dia telepon gua kata nak jumpa, dan gua kata ok, gua dah tau yang dia nak jual insurans kat gua.  Sebab dia kawan gua, gua kata ok.  Sama ada gua nak beli insurans dia atau tidak, itu dah jadi soal nomor dua.  Kalau dia pandai goreng, dan meleleh air liur gua mendengar gorenngan dia, malam itu akan jadi malam rezeki untuk dia.  Gua akan angkat.  Kalau tidak berapa nak menarik, gua dah siap-siap jawapan yang nak gua nak kasi :"Maap ler, duit mak bapak gua berkepul-kepul kat dalam bank.  Duit mak bapak gua, duit gua la.  Tu belum lagi kira tanah kebun, tanah tapak rumah, tanah pusara....ehhhh...silap....tanah pusaka, kambing, kerbau, lembu [walaupun tak tinggal kat kondo One Two Three Menerung], ayam, itik dan sebagainya [dan sebagainya itu selalunya diguna pakai untuk sesuatu yang sememangnya sudah tidak ada], kalau gua tak amik insurans lu, gua rasa gua boleh survive."   Jawapan yang sangat bermuka-muka dan suatu pembohongan yang melampau-lampau.  Tapi pembohongan itu tidak ler melampau sangat seperti pembohongan bapak dan ibu menteri yang sibuk mentekedarah duit orang.

Dia pun pung! pang! pung! pang! tentang kebagusan dan kehenseman insurans yang dia jual.  Gua hanya "Emmmm.....oooooo....hmmmmm...".

Last-last, gua kata, "Bagi gua apa-apa kertas yang boleh gua baca.  Biar gua study dulu.  Nanti aki kasi tau."
"Orait," dia kata.

Kemudian gua teruskan aktiviti menarik teh dalam gelas.  Dia pulak tengok berita dalam tivi.

Tiba-tiba dia kata, "Apa ler orang-orang ameno ni.  Studen turunkan bendera Najib pun nak kecoh.  Suci sangat ke Najib tu?"
Gua letak gelas atas meja.  Gua jeling kat tivi.  Ada beberapa orang buat ulasan.  Kaw kaw kutuk student yang turunkan bendera gambar Najib.

"Tak salah ke buat camtu?" sajer gua tanya soklan berpancing.
"Memang tak salah.  Undang-undang mana yang kata salah?" balas dia.

"Kalau camtu ler, mahasiswa yang pro-aspirasi boleh ler yer pegi Markas DAP ke, atau markas PKR ke, tak pong pegi Taman Melewar.  Pastu turunkan bendera diorang.  Agak-agak lu ler, penyokong tegar depa tu akan tersenyum sampai ke telinga ke?" tanya gua.
Kemudian gua tambah, "Silap-silap segala panggilan kafir, sesat, munafiq, dan segala bagai akan berhamburan keluar."

Beb, gua tak suka korupsi lembu di kondo.  Gua juga benci dengan keborosan big mama.  Tapi gua tak suka berada di lantai yang senget sebelah.  Turunkan bendera orang lain tak salah dari sudut mana-mana undang-undang pun. Tapi dari segi moralnya, ia tak berapa nak cantik ler.

Lu pegi rumah orang.  Lepas tu lu rentap kain langsir tuan rumah sebab lu tak berkenan dengan kalernya.  Tak boleh ler buat camtu.  Kalau lu kena lempang kat tuan rumah, itu memang ngam sangat la.

"Mintak Dunhill sebatang.  Gua punya dah habis la," dia kata pelan-pelan.
Gua tolak kotak Dunhill ke depan dia.  Dia ambil.  Dia cucuh.  Dia sedut dalam-dalam.  Dia hembus kuat-kuat.

Huh, macam tak puas hati lagi tu....

Wednesday, 4 January 2012

Para Setan Bisu


Bila ada orang mahu disumbat ke penjara,  berderu-deru yang nak berhimpun.
Bila bendera Pi Em diletak atas simen konkrit, meroyan giler babi para pemikul dacing karat.

Bila kepala BABI diletak di masjid, semua jadi setan bisu!

Mana FRU yang seronok membelasah anak-anak universiti?
Mana Brahim yang sanggup bermandi darah andai Melayu disentuh?
Mana para pembela lembukondo yang menelan ratusan juta duit rakyat?
Mana barisan baju kuning?
Mana perawi 1Malaysia?


Sangat seronok yer kamu bergasak sesama sendiri.  Tapi hilang lidah apabila masjid diletak kepala BABI.

Tuesday, 3 January 2012

Bila Kutu Jadi Cikgu


Masa tu, gua cikgu lagi.  Tapi gua pakai main bedal jer.  Jeans lusuh koyak kat lutut.  T shirt comot.  Sneaker buruk.  Dan rambut gua, secara relatifnya kalau mahu dibandingkan dengan rambut ustaz atau budak2 Pusat Serenti, gua ada rambut panjang.

Masa tu, gua cikgu lagi.

Dan pada suatu hari:
“Bedul ngan Peah dah nak kahwin.  Minggu depan,” kata Mail.
Gua dengar.  Gua senyap.  Gua tak bagi apa-apa respon.
“Puak-puak tu ada ajak kau ke?” Mail tanya gua.
Gua geleng kepala.

Elehhhh...kutu macam gua ni saper la yang nak amik buat geng.  Lagipun Bedul ngan Peah ni berimej muslim dan muslimah.  Sangat kontra ngan gua.  Jadi biarlah geng-geng ustaz, geng-geng yang berjanggut sejemput, geng-geng yang bila bercakap selalu pandang lantai uruskannya.  Sebab gua kutu, satu patah ajakan pun gua tak terima.  Padahal satu tempat kerja.  Sama-sama jadi cikgu kat sekolah yang sama.  Bedul pun kira selalu la duduk semeja minum teh tarik di kedai mamak.  Peah pula selalu bersembang ngan gua dalam bilik guru.  Yang ustaz, yang ada janggut sejemput, yang bercakap selalu tengok lantai pun kira satu geng jugak.  Tapi mungkin sebab gua berimej kutu, walaupun gua dikira senior di sekolah itu, gua tak diambil kira.
Ada gua kisah?  Sikit pun gua tak kisah...hek eh!

Diorang masa nak bincang tentang majlis kahwin tu pun main bisik-bisik sesama sendiri.  Takut gua and the gang dengar la kot.  Mungkin diorang takut kalau gua dengar maka gua akan kata, “Ajak la aku sekali....ajak la aku sekali!”  Pastu, kalau gua terajak masuk dalam AJK tak rasmi diorang, mungkin diorang fikir gua akan membantutkan imej suci murni diorang.

Pastu, Bedul dan Peah pun kahwinlah.

Enam bulan kemudian, pagi-pagi buta gua masuk bilik guru nak sain kedatangan.  Ada tertulis “Peah dah selamat bersalin anak perempuan” kat papan putih.

Gua terkebil-kebil.  Mak datuk, ekspres giler diorang ni. Enam bulan dah dapat anak.  Gua tak fikir apa-apa yang gelap sebab Peah dan Bedul ni gua tengok memang muslim dan muslimah.  Takkan ler diorang nak buat advance sebelum Bedul hingguk tangan tok kadi.  Mungkin Peah terberanak awal.  Mungkin baby dalam kandungan Peah tak sabar-sabar nak keluar.  Tu yang tak sempat nak tunggu sampai sembilan bulan.  Itu yang gua fikir.

“Cuba kira betul-betul,” kata Hasim.  “Diorang nikah bulan [sekian-sekian], tapi sekarang ni baru bulan [sekian-sekian].  Baru enam bulan.  Kompom diorang advance ni,” Hasim kata lagi.

Sedikit sebanyak, gua termakan hasutan Hasim.  Mungkin kot!

Kedian, hasutan Hasim itu menjadi bertambah nyata apabila tiba-tiba di papan putih terpadam pemberitahuan awal tentang pemberanakan tersebut.  Dan diganti dengan “Harap maklum, Peah belum beranak lagi”

Haissshhh....beranak memberanak pun boleh main silap-silap buat pengumuman.  Dan lebih menjadikan hasutan Hasim bertambah kukuh pengumuman pembatalan pemberanakan tadi mengambil hampir empat jam untuk dibetulkan. 
“Takkan ler adik sendiri pun boleh tersilap membuat pengumuman beranak kakak sendiri?” fikir gua.

Dan geng ustaz-ustaz, yang berjanggut sejemput, yang bila bercakap tengok lantai... gua tengok macam baru kena sergah hantu raya!

Dan gua yang kutu ini terus dengan aktiviti biasa : pekena teh tarik dengan roti kobra di restoran Habeeb bila takder kelas bersama-sama Husairi, Masrizal dan Fazman, ahli kumpulan gua yang juga selalu dipandang serong oleh geng2 berjanggut sejemput.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...