Lu punya niat dengan orang punya niat = lain.
Lu punya plot cerita, sama orang punya plot cerita = tak sama.
Makanya, lu jangan ingat, apa-apa yang lu lakukan akan menghasilkan kesudahan yang sama. Lu punya pengakhiran sama orang punya pengakhiran akan menjadi berbeza, tidak sama.
Mungkin plot cerita dalam hidup lu pernah menggusarkan lu. Kemudian lu buat sambungan plot lu. Lu aturkan plot itu satu satu. Plot yang lu aturkan itu kemudiannya bergerak ke arah klimaks. Kemudian menurun perlahan-lahan menuju ke peleraian. Dan peleraian plot cerita lu itu ialah pengakhiran yang selalu terdapat dalam filim hindustan : setelah banyak air mata, setelah sekumpulan penjahat direbahkan dengan hanya satu tumbukan, setelah letupan C4 pun tak mampu memutuskan nyawa sang hero, setelah karma turun dari langit = hepi ending!
Maka itu ialah aturan plot dalam cerita lu.
Tapi lu jangan ingat plot itu pun sama juga akan terpapar dalam filim orang lain. Lu tak boleh mengimpikan plot lu akan turut sama terisi dalam cerita orang lain.
Lu kena sedar dan tahu hakikat kehidupan. Mungkin lu yang sibuk-sibuk dengan niat baik lu itu, untuk mengisi plot hidup orang lain dengan plot hidup lu, akan mengharu-birukan lagi plot hidup orang lain.
Rumus hidup lu mungkin begini : A + B + C = ABCD
Tapi rumus hidup orang lain bukan begitu.
Maka, apabila lu cuba jadikan ABCD dalam hidup orang lain, akan menyebabkan banyak aksara gugur dari hujung lidah api. Senyap-senyap membakar dan memusnahkan plot hidup orang lain.
Lu duduk diam-diam di hujung taman lu. Kemudian lu kata kepada alam : aku telah menyelamatkan sebuah kehidupan!
Lu duduk-duduk sahaja di situ. Lu tidak menghantar mata dan hati lu untuk melihat apa yang telah lu lakukan. Lu tidak tahu yang ABCD lu itu telah merentungkan jiwa-jiwa orang lain.
Hijau di mata lu tidak semestinya menjadi hijau di mata orang lain...
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment