Gua rasa, gua ni jenis keras hati yang lembut hati. Dua unsur bertentangan yang bersatu menjadi kembar dalam naluri gua. Gua, kalau inginkan sesuatu, gua akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Kalau gua berhenti di tengah jalan, maknanya naluri gua memberi isyarat yang objek yang gua kejar itu bukannya sesuatu yang terbaik yang harus gua kejar. Tapi kalau gua tahu itu yang terbaik, maka gua sudah tidak hiraukan lagi sama ada harus bertarung dengan Sang Rawana mahupun Naga Keramat Berkepala tujuh, gua mesti mendapatkannya.
Acapkali juga, gua di datangi oleh manusia-manusia yang menghulurkan tangan sambil mengatakan yang dia kekurangan 2 ringgit untuk dibuat tambang pulang. Gua tahu, itu semua adalah helah semata. Tapi selalunya gua akan penuhkan juga hajat orang-orang tersebut untuk mendapatkan 2 ringgit. Gua tahu dia menipu. Tapi gua berikan juga. Bagi gua, soal dia menipu ialah urusan dia dengan Tuhan. Gua tak boleh kata yang dia akan masuk neraka. Cuma gua selalu berharap, agar Tuhan memberikan gua pahala dan sekaligus rahmat-Nya kerana gua tiada niat apa-apa pun melainkan bersedekah sahaja. Saban minggu setiap hari Jumaat, gua akan memperuntukkan beberapa ringgit duit seringgit-seringgit untuk diagihkan kepada beberapa orang peminta sedekah di pintu pagar masjid.
Bahkan juga, di simpang lampu isyarat dekat rumah gua, gua juga selalu menurunkan cermin kereta dan menghulurkan seringgit atau kadang-kadang sebatang rokok kepada seorang lelaki cina. Setiap hari, tak kira panas atau hujan, lelaki cina itu setia berada di simpang lampu isyarat tersebut. Setiap kereta yang berhenti sementara menunggu lampu hijau, dia akan mengetuk cermin untuk cuba menjaring rezekinya. Selalunya dia tak pernah diberi apa-apa oleh para pemandu yang sedang enak berada di dalam kereta. Apabila dia tidak diberikan apa-apa, lelaki cina itu tak pernah marah. Tapi gua tau dia sangat kecewa. Kalau gua berkongsi rezeki dengan dia, sama ada memberikannya seringgit, ataupun sebatang rokok, wajahnya nampak gembira. Dia akan merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya sambil berdoa. Gua tak kisah dia nak berdoa dengan cara tersebut. Cuma gua harap dia juga berdoa untuk kesejahteraan gua. Lagipun Tuhan lelaki cina itu dengan Tuhan gua adalah sama sebenarnya.
Beberapa malam yang lalu, gua berhenti di sebuah 7-11 untuk membeli sebungkus rokok di Jalan Petaling. Sebaik keluar dari 7-11, menyusuri kaki lima untuk pergi ke kereta gua, gua ditegur oleh seorang wanita pertengahan usia. Mekapnya sangat tebal dengan bau perfume yang menusuk hidung. Gua tahu, wanita itu ialah seorang pelacur yang sudah lama memasuki ke alam tuanya. Tapi dia masih lagi melacurkan dirinya. Dan gua tak pernah memandang hina dan jijik terhadap makhluk Tuhan yang seperti ini. Gua tau ada ceritanya mengapa dia menjadi begitu. Apabila dia menyapa gua, gua berhenti. "20 ringgit" dia kata. Itulah harga untuk dirinya. Gua mengambil dompet dari seluar jeans lusuh gua, dan memberikannya 30 ringgit. Gua kata, "kalau akak belum makan, kakak pergi makan dulu." Kemudian gua berlalu. Semasa gua berada beberapa langkah di hadapannya, meninggalkannya yang kaku di kaki lima, gua terdengar dia berkata, "terima kasih dik. terima kasih banyak-banyak". Dan gua harap, dia juga turut berdoa untuk kesejahteraan gua.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
betul lah lu adalah cikgu gua.....
ReplyDeleteKalau lu baca paper kerajaan semalam, lu akan ketemu rencana khas tentang pengemis. Si wartawan menyamar menjadi pengemis. Dan dalam satu hari mereka boleh dapat puluh ke ratus.
ReplyDeleteKasanova...yer..yer...gua cigu lu!
ReplyDeletemkriza... sebab tu gua kata, sama ada pengemis tu nak menipu, atau apa pun, itu ialah urusan dia dengan Tuhan. Gua juga tak mampu nak menujumkan sama ada pengemis itu ialah seorang penipu atau dia benar2 seorang yang terdesak. Bagi gua, bahagian rezeki dari Tuhan untuk dia mungkin ada pada gua. Gua cuma jadi tukang menyampaikannya sahaja. Yang selebihnya, hanya Dia sahaja yang menetukannya.
Aku tidak kaya dengan seringgit dua...
ReplyDeleteAku pun tidak kesal ditipu seringgit dua...
Cuma aku tak punya harta dan wang ringgit untuk membayar harga keikhlasan dari seringgit dua itu!