Monday, 15 June 2009

Cara Gua Bersantai



Masa gua kat Sabah, setiap tahun boleh dikatakan gua akan panjat Gunung Kinabalu. Aktiviti tersebut dah jadi macam satu kewajipan dan harus dilakukan setiap tahun. Gua dah 7 kali mendaki gunung itu. Biasanya gua akan bawa budak-budak Tingkatan 6. Kira macam rombongan sekolahlah tu. Kalau daki seorang diri, gua rasa tahap keBESTan dia tak berapa sangat kot. Sambil-sambil mendaki, gua boleh korek banyak rahsia murid-murid gua. Banyak rahsia yang terbingkar woooooo……!

Gua memang terpesona dengan keindahan dan kedinginan Gunung Kinabalu. Sewaktu mendaki, bila dah nak hampir-hampir tiba di tempat penginapan, gua akan berhenti di suatu tempat. Biasanya gua duduk-duduk seorang diri. Pemandangannya yan
g berbatu dan dipenuhi oleh pokok bonsai yang jutaan tahun usianya, dengan kabus tipis dan cuaca yang dingin ….. pergggghhhhh….susah untuk diceritakan dengan kata-kata.
Dan satu lagi kekaguman gua tentang gunung ini ialah porter-porter perkasa yang kerjanya mengambil upah membawa barang-barang dari kaki gunung untuk di bawa ke Laban Rata. Memang gua respek habis dengan diorang ni. Gua tak tahu dari mana kekuatan yang mereka peroleh, tapi mereka ni memang betul-betul kuat dan bertenaga. Baik yang lelaki dan perempuan, semua sama. Kadang-kadang gua terasa malu sebab walaupun gua yang memulakan pendakian dahulu daripada mereka, tapi mereka masih sempat memotong gua. Dan kemudian, ketika gua masih lagi terkial-kial mendaki, mereka sudah pun berpatah balik. Muka mereka selamba sekali dengan gumpalan tembakau di celah bibir. Mereka ini memang sempoi. Tak nampak pun riak keletihan di muka masing-masing, asyik tersenyum sahaja. Kadang-kadang gua rasakan yang mereka seperti senyum menyindir kat gua aje….

5 comments:

  1. `selain dr jogging.. apa lg latihan yg d perlukan sebelum daki gunung??..
    `n betul ka cikgu kalo daki xpaya ksut mahal2.. hanya perlu kasut getah sj..??

    ReplyDelete
  2. sera,
    joging memang penting untuk stamina. Cuba kamu bayangkan, kita perlu berjalan sejauh 5 kilometer menentang daya graviti bumi. Gua mewajibkan semua bebudak yg nak daki gunung kinabalu supaya berjoging dari smk sandakan dan kemudian menghala ke atas bukit bendera. Sesiapa yang pancit, terpaksa disingkir. Tentang kasut plak, memang tak semestinya kasut yang mahal. Asal bunga kasut itu mencengkam, selesa dipakai maka kasut itu memang sesuai. Kasut getah memang sesuailah sebab keberangkalian untuk basah di pertengahan pendakian memang tinggi. Gua berani kata 98% para pendaki mesti basah punya! Jadi, kalau pakai kasut basah dalam suhu yang hampir di bawah paras beku, memang menyeksakan. Jadi, bagi gua, kasut yang bagus untuk mendaki ialah 1. kasut yang bunganya kuat mencengkam 2. selesa dipakai 3. kalis air

    Kamu nak daki Gunung Kinabalu ke Sera? Nak ikoooootttttt.... dah lama tak daki gunung itu ba. Rindunya tak payah citer ler...

    ReplyDelete
  3. seronoknya mendaki gunung kinabalu...

    ReplyDelete
  4. rase2 klu isi ayor kat dalam tangki ni..mamat ni marah x?

    ReplyDelete
  5. cikgu metal: a'a mau daki gng ujong taun ni.. jom cikgu.. kami cuma pegi berdua ja.. aku n sorg lagi cikgu lelaki kawan lama ngajar sama2 dulu di muar. cikgu2 lain da perna daki n xmau lg daki.. :)) if lebi pax n ada cikgu yg suda 7 kali mendaki mesti lagi best..

    suda 7kali daki.. mesti cikgu suda ada pengalaman yg cukup.. bg cikgu la.. keperluan apa yg perlu kita bawak..

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...