Friday, 26 June 2009

Gua dengan kapal terbang 1

Kapal terbang perlahan-lahan bergerak di landasan. Tali pinggang keledar dah kejap berlilit di bahagian pinggang gua yang semakin gebu. Dan pramugari pun berdiri tegak di hadapan sambil tersenyum-senyum.

Lepas tu, ada suara yang pelat-pelat dari corong pembesar suara. Suara pelat-pelat tu memang sejenis sahaja bunyinya. Gua rasa, dah berpuluh kali gua naik kapal terbang, dan dari pengamatan gua, bunyi pelat tu sama saja. Gua kadang-kadang terfikir, orang yang bekerja dengan kapal terbang MAS ni rakyat negara Monggolia kot sebab sebutan bahasa kebangsaan negara kita di mulut mereka macam bunyi suara angsa yang tercekik biji durian!

Kemudian pramugari yang cantik berdandan itu pun membuat demo; cara pakai jaket keselamatan, cara nak pakai topeng, dan cara nak cari pintu. (memang pintu kapal terbang tak sama dengan pintu jamban kat rumah kita). Masa pramugari ni buat demo, beberapa kerat sahaja yang betul-betul ambil serius. Dan yang selebihnya mereka buat-buat tak peduli dan yang lainnya hanya melihat pramugari itu sebab pramugari tersebut memang cantik dan manis. Dan gua rasa, gua telah terhumban ke dalam kelompok yang ketiga itu.

Wednesday, 17 June 2009

Pelajarku berskuba

Dulu Husniah Abbas : saya dapat alamat e mel cikgu ini dari sianu-sianu. Cikgu apa khabar. Bla…blaaaa…blaaaa…blaaaa…. Ok, cikgu. Nanti kita cerita-cerita lagi.
Gua pun tunggu sampai sekarang.
Kemudian Husniah Abbas *plup* tenggelam, dan tak timbul-timbul.

Judaria Jaman : Apa khabar cikgu? Rindu la sama cikgu. Cikgu masih ingat saya lagi? Blaaaa….blaaaaa…blaaaaaaa….
Gua pun tunggu sampai sekarang.
Kemudian, seperti biasa *plup* tenggelam, dan tak timbul-timbul lagi.

Gua terfikir: agaknya student gua dulu-dulu, selain pergi sekolah mereka juga selalu membuat aktiviti menyelam skuba di sekitar Pulau Berhala kot. Sebab tu mereka kadang-kadang timbul, dan kemudian *plup*, terus tenggelam.

Dan mungkin Junainah merupakan senarai terkini yang melakukan aktiviti *plup* dan tenggelam itu. :)

Monday, 15 June 2009

Cara Gua Bersantai



Masa gua kat Sabah, setiap tahun boleh dikatakan gua akan panjat Gunung Kinabalu. Aktiviti tersebut dah jadi macam satu kewajipan dan harus dilakukan setiap tahun. Gua dah 7 kali mendaki gunung itu. Biasanya gua akan bawa budak-budak Tingkatan 6. Kira macam rombongan sekolahlah tu. Kalau daki seorang diri, gua rasa tahap keBESTan dia tak berapa sangat kot. Sambil-sambil mendaki, gua boleh korek banyak rahsia murid-murid gua. Banyak rahsia yang terbingkar woooooo……!

Gua memang terpesona dengan keindahan dan kedinginan Gunung Kinabalu. Sewaktu mendaki, bila dah nak hampir-hampir tiba di tempat penginapan, gua akan berhenti di suatu tempat. Biasanya gua duduk-duduk seorang diri. Pemandangannya yan
g berbatu dan dipenuhi oleh pokok bonsai yang jutaan tahun usianya, dengan kabus tipis dan cuaca yang dingin ….. pergggghhhhh….susah untuk diceritakan dengan kata-kata.
Dan satu lagi kekaguman gua tentang gunung ini ialah porter-porter perkasa yang kerjanya mengambil upah membawa barang-barang dari kaki gunung untuk di bawa ke Laban Rata. Memang gua respek habis dengan diorang ni. Gua tak tahu dari mana kekuatan yang mereka peroleh, tapi mereka ni memang betul-betul kuat dan bertenaga. Baik yang lelaki dan perempuan, semua sama. Kadang-kadang gua terasa malu sebab walaupun gua yang memulakan pendakian dahulu daripada mereka, tapi mereka masih sempat memotong gua. Dan kemudian, ketika gua masih lagi terkial-kial mendaki, mereka sudah pun berpatah balik. Muka mereka selamba sekali dengan gumpalan tembakau di celah bibir. Mereka ini memang sempoi. Tak nampak pun riak keletihan di muka masing-masing, asyik tersenyum sahaja. Kadang-kadang gua rasakan yang mereka seperti senyum menyindir kat gua aje….

Wednesday, 10 June 2009

Sami solat berjamaah?











Gua terima gambar-gambar ini melalui e-mel. Banyak persoalan yang terbenam dalam kepala gua apabila melihat gambar-gambar tersebut. Mungkinkah:
1 sami-sami itu telah memeluk Islam, tetapi mereka tidak mempunyai pakaian lain yang boleh dipakai. Ataupun mereka lebih selesa dengan pakaian tersebut kerana mereka sudah memakainya semenjak mereka kanak-kanak lagi.
2. sami-sami ini belum Islam, tetapi mereka berminat dengan Islam dan cuba mencari kebenaran Islam melalui amalan solat
3. sami-sami ini percaya tentang “semua agama adalah sama”, berasal dari satu, lalu mereka pun turut sama bersolat bersama-sama jamaah Islam yang lain.

Gua sendiri pun tak tahu jawapannya yang sebenar. Gua rasa, gambar-gambar ini real dan bukannya super impose sebab sami-sami ini bukannya artis Malaysia yang sering mendakwa gambar-gambar mereka selalu disuperimposekan!

Tuesday, 9 June 2009

Dulu-dulu

Dulu, sewaktu di Sandakan, rutin hidup gua macam ni:

6.45 – 12.05 mengajar kat SMK Sandakan
2.00 – 5.00 mengajar kat Pusat Tusiyen Purnama

Pusat Tuisyen Purnama ni di asaskan oleh kawan gua, Cikgu Mansur. Pusat tusiyen inilah satu-satunya pusat tusiyen yang terbina secara sah; ada lesen dan permit dari kementerian. Guru-guru yang mengajar kat sana semua ada permit kebenaran dari kementerian pendidikan.

Gua banyak ajar budak-budak yang bukan dari SMK Sandakan. Salah sorang budak yang gua penah ajar ialah budak pompuan dari Taman Merpati. Dia sekolah kat Cecilia. Masa dalam kelas, dia selalu pakai topi besball. Dressing dia agak bergaya. Dia juga peramah. Keramahannya itu kadang-kadang membuatkan gua tersipu-sipu. Ada ke patut dia calitkan perfume kat tengkuk gua masa gua sembang-sembang dengan dia dalam kelas. Ada satu masa tu, gua bincang tentang muzik dalam kelas. Secara berseloroh, gua kutuklah dang dut. Masa tu dang dut tengah naik. Dia kata tak baik kutuk dang dut. Gua hanya Ha!Ha!Ha! sahaja.

Tak lama kemudian dia dah tak pergi kelas tusiyen.
"Mana si Aishah ni?" Gua tanya kawan-kawannya.
"Inda tau ba. Di sekolah pun indada dia tu," kawan dia bagi tahu.

Tidak lama kemudian baru la gua dapat tahu, yang budak pompuan yang bernama Siti Aishah binti Sheikh Malik tu sebenarnya ialah Asha Malik. Patutler dia dia kata tak baik kutuk dang dut, rupanya dia dah buat album lagu dang dut! Dia dah pindah KL. Masa gua duk kutuk-kutuk dang dut tu lagu dia dah mula dimainkan di radio. Apa la gua ni.... student sendiri dah jadi artis pun gua tak perasan.

Tapi lepas buat satu album, dia terus senyap. Dan last-last sekali akhirnya dia jadi bini nombor 2 seorang komposer yang bernama LY. Cehhhhh…kalau nak dibandingkan gua dengan LY, gua lagi hensem.

Monday, 8 June 2009

Gua, sahabat gua, suatu petang

Petang.
Sambil mencicip teh tarik panas gerai mamak di bawah sepohon pokok api-api gua juga makan roti banjir kuah dal. Kunyahan pertama roti banjir berkuahkan kacang dal itu laju menyongsong kerongkong dan kemudian berlabuh di dalam usus.
“Katakanlah, lu ada bini. Dah lama jugalah lu berkahwin dengan dia,” kata Abdul Aziz bin Japari kepada gua. “Kemudian, setelah bini lu beranak berkali-kali, katakanlah sudah lapan kali beranak, apa yang akan terjadi kepada bini lu?” Abdul Aziz bin Japari bertanya kepada gua.
Sambil mengangkat bahu, gua mengeleng-ngeleng kepala.
“Bini gua,” Abdul Aziz bin Japari menyambung lagi “sudah lapan kali beranak. Anak yang bongsu dah nak masuk darjah satu tahu depan.”

Gua kunyah dan kunyah dan kunyah gua punya roti banjir kuah dal .

“Sekarang ini bini gua sudah menjadi objek ajaib yang ke10 dunia. Sebab apa? Sebab apa lu tau?” Abdul Aziz bin Japari bertanya gua. Dan seperti selalu, gua tak wajib menjawab pertanyaannya. Dia yang akan memberikan jawapannya.
“Dia belum lagi berusia 40 tahun, tapi nyanyuknya mengalahkan orang tua yang dah nak mati besok pagi. Ajaib kan?”
“Bakpo pulok?” gua bertanya.
“Setiap malam, bini gua selalu lupa yang dia masih ada laki. Laki yang mengamalkan senaman harimau dicampur pula dengan pati tongkat ali yang paling pahit.” Bila sampai pada perkataan ‘pahit’, muka Abdul Aziz bin Japari berkerut.
“Apa kejadahnya, sudah beberapa kali gua terpaksa menulis dengan tangan, sedangkan gua ada mesin taip!”
“Kenapa lu tulis pakai tangan?” gua tanya.
“Gua tidur atas katil, dia hampar toto tidur kat bawah. Panas, dia kata” kata Abdul Aziz bin Japari. Nada suaranya tak bermaya dan penuh dengan kekesalan. Mukanya pula seperti baru lepas diberitahu oleh doktor yang dia sudah mati pucuk; frust semacam.

Gua terus kunyah dan kunyah dan kunyah gua punya roti banjir kuah dal.

“Kalau gua pergi cari bohsia, ok tak bro?” Abdul Aziz bin Japari bertanya.
“Ishhh..” gua kata.
“Kalau gua pegi rogol budak kilang yang tinggal kat flet depan tu, mesti gua kena sebat kat dalam jel.” Gua tak tahu sama ada kata-kata Abdul Aziz bin Japari itu serius atau gurauan.

Gua mencicip teh tarik selepas menyelesaikan dengan jayanya misi memasukkan roti banjir kuah dal ke dalam usus gua. Selepas cicipan yang terakhir, gua kata “Gua rasalah, Fasha Sandha kalau lihat lu, dia pun sudi jadi awek lu. Lu drive beemer, pakai tie sutera ke pejabat. Lu punya kad hutang, berkeping-keping kat dalam dompet Pierre Cardin lu. Tengok lu punya jambang wau bulan, macam Awie.”

Abdul Aziz bin Japari tersenyum-senyum bila gua kata “Lu kawin sorang lagi la, halal punya. Lagipun lu ada sebab bro”
Petang itu, gua punya teh tarik dan roti banjir kuah dal, Abdul Aziz bin Japari yang bayarkan.

Nota tumit kaki: cerita ini cerita benar, dan ada kaitan dengan yang hidup dan masih lagi belum mati.

The Mines 7 6 09

Semalam, 7 June.
Gua ke The Mines kerana ada pameran buku di sana. Gua sengaja menunggu hari terakhir kerana mengikut atur cara yang diberikan, pada 7 Jun akan diadakan pelancaran Blook oleh Pyanhabib.
Gua tak tahu apa itu blook. Tapi gua rasa blook tu sejenis buku kot, gabungan blog+book. Gua pergi ke sana bukan nak jumpa Sinaganaga atau Vovin atau Pipiyapong. Gua nak jumpa Pyanhabib. Masa gua masih studi kat UM, gua selalu lepak kat CM. Kat sana gua selalu berstory dengan Pyanhabib. Dia nampak macam kutu, tapi kepala otak dia advance jauh ke depan.
Jadi, gua pun pergi ke The Mines kerana nak jumpa Pyanhabib.
Pukul 1 hingga pukul 2, gua tunggu. Tapi yang gua nampak kat pentas ialah :

Gua hanya nampak kelapa Upin dan Iin sahaja. Pyanhabib, Naga, Vovin, Pipiyapong tak tahu kemana menghilang. Khabarnya kena culik dan sudah dibawa ke Kampala Uganda...tapi gua tak tahu kesahihan berita itu.

Lalu untuk mengubat kedukaan hati, gua pun borong buku di pesta buku tersebut walaupun masih banyak lagi buku yang gua borong masa pesta buku KL tempoh hari belum lagi gua baca.

Nota tumit kaki: konon-kononnya pembatalan tersebut berlaku pada saat akhir. Ada tangan-tangan hantu yang tak suka dengan segolongan orang seni yang terlalu kritikal kepada sang penguasa. Khabarnyalah...mungkin ya, mungkin juga tidak

Friday, 5 June 2009

7 warna pelangi

Aku lihat, pelangi itu sangat cantik.
Tapi orang tua-tua dahulu kala bilang, “itu seekor ular besar yang turun dari atas langit yang sedang meminum air hujan.”

Tapi aku tak kisah kerana pelangi memang cantik.
7 warnanya membuatkan aku punya 7 rasa untuk aku injakkan ke 7 lapis bumi dan terus menghunjam ke 7 petala langit.

Sungguh, aku tak kisah!

Thursday, 4 June 2009

Oooo...patut ler stadium kat Kuala Tegenanung runtuh

Kamu tahu mengapa bumbung stadium kat Kuala Terengganu runtuh. Sekarang ini semua pihak saling tuding-menuding jari dan masing-masing tak nak mengaku bertanggungjawab. Biasalah, ini kan Malaysia. Setakat hari ini mana ada manusia-manusia yang telah meletak jawatan untuk mengambil tanggungjawab tersebut. Nak lakukan harakiri, jauh sama sekali. Tapi mungkin kamu tak tahu fakta sebenar akan keruntuhan bumbung stadium tersebut. Tengok dan perhati gambar-gambar di bawah .... jengggg.....jenggggg....jenggggggggggg
Gambar di atas ialah stadium tersebut. Masa ni, kat dalam stadium sedang berlangsung mesyuarat agung luar biasa Parti Ultraman. Yang kereta proton kaler hijau tu sebenarnya robot transformer yang sedang membuat penyamaran untuk mengawal persidangan tersebut.


Ini antara ultraman-ultraman yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut kemudiannya menjadi hangat kerana terdapat ultraman yang dibuang parti, lepas tu melantik diri dia jadi presiden parti ultraman pula. Ni mesti terpengaruh dengan M Kayveas yang begaduh dengan Murugiah kerana nak jadi presiden PPP.


Akibatnya, kerana tak berpuas hati, salah seekor dari ultraman tersebut telah hilang sabar, lalu memfirekan lawannya. Tetapi lawannya dapat mengelak pemfirean tersebut dengan begitu bergaya sekali. Akibatnya, fire yang dilepaskan oleh ultraman tersebut telah terkena bumbung stadium.

Gambar di atas menunjukkan keadaan stadium selepas berlakunya peristiwa tak senonoh tersebut.
Nota tumit kaki: dan seperti biasalah, maka apabila berlakunya tragedi begini, maka orang-orang politik pun mulalah melihatnya sebagai peluang untuk mencantas keting musuh politik masing-masing.

Kalau tiba-tiba laki kamu menjadi seekor kerbau jantan

Bila aku tulis tentang isteri yang cantik, ada ramai yang bertanya. Apa maksud tanda soal (?) di belakang perkataan isteri? Sambil menyedut udara segar dalam-dalam, aku pun berkata:

Cantik? Cantik mempunyai pelbagai dimensi, bergantung kepada bagaimana kamu melihatnya. Tapi yang sering terjadi ialah kebanyakan manusia melihat cantik itu dari sudut fizikal semata. Ahhhh…aku tak mahu berfalsafah yang terlalu klise!

Biar aku gunakan bahasa yang lebih rock dan sempoi:
Mengapa, bila ada keruntuhan atau kegoncangan rumah tangga seseorang, maka akan adalah ungkapan-ungkapan seperti:
“Dia tu buta kayu ke apa, bekas bini dia tu cantik gilerrrr… yang dipinangnya pompuan tu buat apa!”

Ataupun:
“Aku kalau dapat bini macam pompuan tu, aku tak keluar rumah 3 bulan! Aku nak peluk dan jilat seluruh badan dia yang solid molid tu.”

Dan juga apabila berlaku perselingkuhan dalam rumah tangga, biasanya isteri akan selalu digambarkan sebagai “insan lemah yang menjadi mangsa” manakala suami akan digambarkan sebagai “manusia lahabau yang kuat nafsu!”. Tapi bagi aku, sifir sebab-musababnya mudah jer: kalau tak ada sebab, perselingkuhan tak akan terjadi.

Norman Hakim tentu ada sebab mengapa dia tak balik menjenguk Abby.Aku yakin mesti ada sebab. Bila Ustaz Akhil membisu seribu bahasa dan tidak menghubungi Maizawati mesti ada sebabnya.

Sebab itulah Allah meletakkan kuasa menjatuhkan talak itu hanya di tangan para suami, tidak di tangan para isteri. Kamu tahu mengapa?
Allah juga membenarkan para lelaki berkahwin lebih dari satu (KALAU berkemampuan), tidak bagi perempuan walaupun mereka berkemampuan. Kamu tahu mengapa?
Hukum Allah itu amat indah dan amat adil.

Bagi aku amat mudah, Norman Hakim tidak akan berkasih-kasih dengan Memey di ofisnya kalau tiada sebab.
Ustaz Akhil juga tidak akan berpiknik di pantai bersama Waheeda, kalau tanpa sebab.
Sebabnya mungkin kerana ‘kegatalan’ Norman Hakim dan Ustaz Akhil itu sendiri. Tapi aku juga yakin antara faktor utama timbulnya ‘kegatalan’ mereka itu adalah datangnya dari isteri masing-masing. Ini yang selalu menjadi kekaburan dari kalangan para isteri yang selalu melihat suami mereka bernafsu bagaikan seekor kerbau jantan apabila berkasih-kasih dengan perempuan lain! Kalau kamu tahu suami kamu bernafsu kerbau, maka mengapa pula kamu tidak menjadikan diri kamu seekor kerbau betina yang bisa menjadikan ‘kerbau jantan’ itu tercunggap-cunggap dalam perlagaan?

Wednesday, 3 June 2009

Suatu Malam Yang Lencun

Malam itu, hujan.
Dari gerai pasar malam yang terletak di belakang pejabat pos besar Sandakan, aku membonceng motor Kamal untuk pulang ke asrama SMK Sandakan.

Hujan semakin lebat. Kamal memecut motornya. Tapi hujan semakin bertambah lebat. Kamal berhenti di suatu simpang lampu isyarat berhampiran Pusat Rawatan Ibu dan Anak Sandakan.

Hujan terus melebat.

“Tu tengok tu,” bibir Kamal memuncung menunjukkan sesuatu. Mata aku mengikut muncung bibir Kamal. Di seberang jalan sebelah sana, sekumpulan ‘gadis’ berpakaian seksi.

“Pondan Sandakan,” kata Kamal yang dah 3 tahun berada di Sandakan.
“Jom, kita kacau diorang,” kata Kamal. Aku terkebil-kebil. Aku tak tahu apa yang dimaksudkan Kamal.

“Woi!” Kamal melaung. Tangannya melambai-lambai ke arah ‘gadis-gadis’ itu. ‘Gadis-gadis’ itu melihat ke arah kami.
“30 ringgit!” laung mereka.
“Boleh,” balas Kamal.
Dalam hujan yang melebat, ‘gadis-gadis’ yang berkasut tumit tinggi itu menyelak skirt singkat mereka, melangkah lopak-lopak air hujan, berlari-lari ke arah kami.

Ah, mengapa pula Kamal memanggil mereka? Rama-rama mulai berterbangan dalam perut aku.

“Gadis-gadis’ itu semakin hampir. Aku terkebil-kebil. Kamal menghidupkan enjin kapcainya. Apabila ‘gadis-gadis’ itu sudah hampir benar, Kamal melaung:
“Jom kita blah!”
Aku terus melompat ke atas motor. Kamal memulas pendikit motonya. Dalam hujan yang melebat itu, aku toleh ke belakang. Yang aku nampak ialah ‘gadis-gadis’ yang lemah gemelai sebentar tadi telah bertukar menjadi jantan-jantan berskirt pendek. Dalam suara garau, mereka *&%@#*^**~ kepada Kamal. Aku tak tahu sama ada, #*<*%~& itu juga ditujukan untuk aku sebab semenjak dari tadi aku hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja.

‘Gadis’ yang kencing berdiri punya pasal, aku sampai di asrama dalam keadaan yang basah lecun.

Nota tumit kaki : Cikgu Kamal akhirnya telah berkahwin dengan gadis Sandakan. Semasa bersanding di rumah mertuanya di hadapan pantai Pasir Putih, dia telah membuat isyarat tangan supaya aku menghulurkan rokok untuknya. Gila apa, pengantin lelaki nak menyigup di atas pelamin!

Tuesday, 2 June 2009

Isteri yang tak cantik

Norman Hakim pun menceraikan Abby Abadi. Abby lebih cantik daripada Memey.
Ustaz Akhil pun menjeling kepada Waheeda. Maizawati lebih cantik daripada Waheeda.

Cantik?


Cantik?


Cantik?


*flop*
Tenggelam…

Nota tumit kaki: Bini aku tak cantik, hanya comel sahaja.

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...