Kamu ingin menjadi hero? Kalau jawapannya “Ya”, maka aku maklumkan kepada kamu tidak susah untuk menjadi hero sekarang ini. Dan akan menjadi teramat-amat mudah kiranya kulit kamu itu agak gelap warnanya.
Caranya begini:
Kamu pergilah ke mana-mana tempat. Kamu curi dan samunlah mana-mana yang sempat kamu rembat. Sifirnya agak mudah, lagi tinggi nilai barangan yang kamu curi, maka kamu akan lebih mudah untuk menjadi hero. Mungkin sepatu mewah (seperti tiga pasang sepatu sang bangsawan yang baru dirembat itu yang harganya mungkin sama dengan berguni-guni beras untuk sebuah keluarga untuk hidup 10 atau 15 tahun). Atau mungkin kamu pergi menyamun lori yang sarat dengan cip komputer (setakat ini samun yang paling selamat dibandingkan dengan mencuri selipar buruk di masjid pada hari Jumaat).
Atau yang paling glamer sekarang ini, pergilah menyamun kereta-kereta mewah. Kemudian biarkanlah diri kamu ditangkap oleh pak polisi (sang pengamal perasuah tetapi sering dinafi oleh kepalanya). Kamu tentunya akan tidur di dalam “hotel” berjerijji besi. Nah, bermula dari situ sebenarnya kamu sudah mulai menjadi hero. Makanan akan dibawa kepada kamu. Sebagai hero kamu tidak perlu ke mana-mana untuk mentakdarah. Tidur kamu juga akan dijenguk oleh manusia-manusia yang memakai seragam.
Nah, hero bukan?!
Kemudian untuk menjadi lebih dramatik sebagai hero, kamu berpura-puralah terkena sawan babi. Keluarkan segala liurmu membuih di sekeliling mulut. Kamu kencing dan beraklah. Lepas tu kamu akan dibawa ke hospital. Kemudian suruh mana-mana balaci kamu membawa racun tikus, kamu telan racun tikus itu berbungkus-bungkus.
Dan kemudian kamu MAMPUS.
Maka akan berteriaklah segala orang-orang kamu dari sipembeli besi buruk hinggalah ketua politik yang haprak….kematian kamu harus dibela. Maka bangkai kamu pun akan diarak bak pahlawan besar.
Nah, kamu sudah menjadi hero. Dan kamu harus benar-benar bersyukur kerana Pak Sako tidak pernah dijulang setinggi kamu. Ahmad Boestaman pun tidak dipandang bagaikan hero seperti kamu. Malah orang-orang yang mati kerana ditembak, ditikam, dipukul oleh bangsat-bangsat seperti kamu pun tidak pernah disebut, jauh sekali dijulang untuk menjadi hero.
Senangkan hendak menjadi hero…..
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
'sang pengamal rasuah'....nauzubillahi min zalik!
ReplyDelete