Senario 1 yang ada di sini :
menjelang sahaja sambutan tahun baru cina, maka berderetlah gerai-gerai yang terbina di tepi-tepi jalan. Lalu mereka pun menyalailah kepingan-kepingan daging babi dengan asap yang berkepul-kepul. Asap dan aroma itu bukan sahaja dihidu oleh orang-orang Cina,malah oleh orang-orang Melayu Islam juga. Tapi pernahkah ada orang-orang Melayu di sini buat tunjuk perasaan sambil membawa sepanduk “Jangan salai daging babi di tepi jalan dan tempat-tempat terbuka”. Tak ada kan! Kalaulah ada mana-mana individu yang cuba memberi aturan agar turut sama menjaga sensitiviti orang-orang Melayu dan Islam, maka melalaklah Uncle Lim Kit : “Itu olang nak jadi little Napoleon, ini negala Malaysia ma!”
Senario 2 yang ada di sini :
di mana-mana, di merata-rata, berlambak gedung-gedung perniagaan orang yang bersaudara dengan Uncle Lim Kit yang menaikkan papan tanda nama perniagaan mereka. Besarnya bukan alang-kepalang. Malah ada juga yang hanya menulis nama kedai mereka itu dengan bahasa penjajah dan bahasa ibunda mereka sahaja. Bahasa kebangsaan? Langsung tak ada. Kalau adapun, kesalahan tatabahasanya berkempuk-kempuk.Tapi jangan ada siapa-siapa yang cuba-cuba meminta agar dinaikkan juga papan tanda yang ditulis dengan bahasa kebagsaan. Nanti Uncle Lim Kit membebel : “ Lu olang jangan jadi little napoleon. Ini nagala Malaysia ma!”
Senario 3 yang ada di sini :
tiba sahaja tahun baru cina, maka berdentam-dentumlah bunyi gendang dan mercun. Bunyinya boleh menjadikan telinga tuli buat sementara. Maka beraraklah mereka dengan lori-lori kecil mempamerkan budaya yang dibawa dari tanah besar nun jauh di sana. Wah! nampak macam mereka itu bangga yang amat apabila menjadi singa jadi-jadian. Lalu mereka pun bergendanglah di tempat-tempat terbuka. Kadang-kadang di taman perumahan yang turut dihuni oleh orang-orang Melayu yang bayinya nyenyak tidur di dalam buaian kain. Apabila bunyi gendang-gendang ini berdentum-dentam, maka terjagalah bayi-bayi tersebut. Maka tergendalalah segala kerja suri rumah kerana terpaksa mengulit semula bayi-bayi mereka. Dan kadang-kadang bunyi gendang mereka tu berlumba-lumba dengan azan yang dilaungkan dari surau sebelah. Tapi jangan ada sesiapa yang pandai-pandai nak kompeln, nanti Uncle Lim Kit meracau : “Itu aaa, kami punyat budhaya. Lu tak payah kasi bising-bising mau jadhi little napoleon. Ini negala Malaysia maa!”
Senario 4 yang ada di sini : bla! bla!bla! sekolah bla!bla!bla!
Senario 5 yang ada di sini: Bla!bla! bla! anjing jiran bla! bla! bla!
Senario 6 yang ada di sini : Bla! bla! bla! lori bawa babi! bla! bla!
Senario 7 yang ada di sini : Bla! bla! bla! konsert hantu lapar! bla! bla!
Issshhhh….banyak la Uncle Lim Kit. Penat la saya nak bercerita di sini. Uncle pun sendiri tau sebab Uncle ni bukannya baru tinggal di sini. Uncle pun lahir kat sini, Cuma bapak, ibu, datuk, nenek, moyang, bapak kepada moyang, emak kepada moyang, datuk kepada moyang, nenek kepada moyang, moyang kepada moyang, dan kepada kepada kepada kepada kepada kepada uncle sahaja yang dilahirkan di tanah besar nun jauh di sana. Jadi Uncle pun tentu tau kan.
Jadi takkanlah bila cikgu besar kat sekolah tak kasi amoi-amoi dan asoi-asoi Uncle Lim pakai seluar pendek pergi masuk kawasan sekolah pun Uncle Lim nak panggil cikgu besar tu little napoleon.
Uncle, kita tinggal kat Malaysia la, bukan kat Hong Kong atau Macau!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Thursday, 24 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
No comments:
Post a Comment