Dulu, lirik-lirik lagu Loloq menjadi peneman semasa aku meniti titian remaja. Aku meminati irama rock yang bingit. Lirik-lirik lagi Loloq pula menjadi sebahagian nafas kepada dentuman rima yang dialunkan oleh kumpulan Search dan Wings. Aku minat Loloq kerana bahasanya. Aku minat Loloq kerana falsafah yang terkandung dalam setiap lirik-liriknya. Cuma, tahun-tahun terakhir ini aku kurang mengikut dan menjadi pengkagum kepada lirik lagunya. Banyak lirik lagunya diberikan kepada penyanyi pop, lantas liriknya pun menjadi pop dan mendayu-dayu.
Kalau dulu Loloq gemar bercerita tentang perjuangan, tentang Palestin yang ditindas Israel, tentang Kebinatangan manusia dan tentang ketuhanan. Dahulu juga banyak kata-kata Melayu lama yang diangkat Loloq ke dalam liriknya. Tetapi akhir-akhir ini aku menjadi rindu kepada lirik-lirik Loloq yang dulu…
Al-Fatihah untuk Allahyarham…
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
al fatihah untuk allahyarham...semoga rohnya di tempatkan bersama orang2 yg beriman.
ReplyDelete