Wednesday, 12 March 2008

Bla! Bla! Bla! Pak Dol

Pak Dol bilang indeks ekonomi negara kita naik. Dia bilang bla! bla! bla! bla! Bagus…!
Pak Dol bilang lagi indeks pelaburan asing negara kita baik. Dia bilang bla! bla! bla! Bagus….!
Pak Dol terus bilang, nilai mata wang kita terus kukuh. Dia bilang bla! bla! bla! bagus…!
Pak Dol bilang lagi, ekonomi negara kita memang baik. Sebab itu di bina koridor merata negara. Dia kata bla! bla! bla! bagus…!

Tapi aku bilang, pergi jahanam dengan semua angka-angka itu. Pergi jahanam dengan indeks. Pergi jahanam dengan koridor. Yang aku peduli ialah poket aku makin kempis dek ‘ekonomi yang bagus’ hingga menjadikan semua barang mencanak harganya.

Woiiii Pak Dol, tak payahlah sibuk bikin koridor! Ambil bantal itu dan pergi tidur! Biar aku yang urus negara!!!!

8 Mac 2008

aku bersantai bersama anak-anak di padang rumput saujana memandang sambil mengunyah sandwich impian dan meneguk kehangatan janji sang penabur kata-kata…

Wednesday, 30 January 2008

Belasungkawa untuk Allahyarham Loloq

Dulu, lirik-lirik lagu Loloq menjadi peneman semasa aku meniti titian remaja. Aku meminati irama rock yang bingit. Lirik-lirik lagi Loloq pula menjadi sebahagian nafas kepada dentuman rima yang dialunkan oleh kumpulan Search dan Wings. Aku minat Loloq kerana bahasanya. Aku minat Loloq kerana falsafah yang terkandung dalam setiap lirik-liriknya. Cuma, tahun-tahun terakhir ini aku kurang mengikut dan menjadi pengkagum kepada lirik lagunya. Banyak lirik lagunya diberikan kepada penyanyi pop, lantas liriknya pun menjadi pop dan mendayu-dayu.
Kalau dulu Loloq gemar bercerita tentang perjuangan, tentang Palestin yang ditindas Israel, tentang Kebinatangan manusia dan tentang ketuhanan. Dahulu juga banyak kata-kata Melayu lama yang diangkat Loloq ke dalam liriknya. Tetapi akhir-akhir ini aku menjadi rindu kepada lirik-lirik Loloq yang dulu…

Al-Fatihah untuk Allahyarham…

Thursday, 24 January 2008

Mawar untuk PaK dOLlaH

Bunga Mawar Buat Pak Dollah

terima kasih pak dollah kerana mendengar
laungan dan rengekkan kami
“kami orang-orang yang asal dari kalingga juga mau cuti sama macam
orang melayu islam
yang ada cuti hari raya puasa dan hari raya haji
cuti deepavali tarak cukup
itu kelapa tarak kasi pacah
thaipusam kalu, kalapa ada kasi pecah juga”

“PaK doLlaH kena dengar cakap kami
itu hari kamu suda tunjuk perasaan
kami hantam polis kaw kaw
tapi sapa berani amik tindakan sama kami?”

“itu pilihan raya suda mau mari
pAk dOLlaH jangan main-main sama kami”

untungnya jadi orang-orang kalinga di bumi
MALAYsia yang bertuah ini!!!!

“Ciitt…kamu kasi diam la…aku mau kasi hantar ini bunga mawar sama itu badwi”

1/23/2008 6:34:46 PM

Uncle Lim Kit

Senario 1 yang ada di sini :
menjelang sahaja sambutan tahun baru cina, maka berderetlah gerai-gerai yang terbina di tepi-tepi jalan. Lalu mereka pun menyalailah kepingan-kepingan daging babi dengan asap yang berkepul-kepul. Asap dan aroma itu bukan sahaja dihidu oleh orang-orang Cina,malah oleh orang-orang Melayu Islam juga. Tapi pernahkah ada orang-orang Melayu di sini buat tunjuk perasaan sambil membawa sepanduk “Jangan salai daging babi di tepi jalan dan tempat-tempat terbuka”. Tak ada kan! Kalaulah ada mana-mana individu yang cuba memberi aturan agar turut sama menjaga sensitiviti orang-orang Melayu dan Islam, maka melalaklah Uncle Lim Kit : “Itu olang nak jadi little Napoleon, ini negala Malaysia ma!”

Senario 2 yang ada di sini :
di mana-mana, di merata-rata, berlambak gedung-gedung perniagaan orang yang bersaudara dengan Uncle Lim Kit yang menaikkan papan tanda nama perniagaan mereka. Besarnya bukan alang-kepalang. Malah ada juga yang hanya menulis nama kedai mereka itu dengan bahasa penjajah dan bahasa ibunda mereka sahaja. Bahasa kebangsaan? Langsung tak ada. Kalau adapun, kesalahan tatabahasanya berkempuk-kempuk.Tapi jangan ada siapa-siapa yang cuba-cuba meminta agar dinaikkan juga papan tanda yang ditulis dengan bahasa kebagsaan. Nanti Uncle Lim Kit membebel : “ Lu olang jangan jadi little napoleon. Ini nagala Malaysia ma!”

Senario 3 yang ada di sini :
tiba sahaja tahun baru cina, maka berdentam-dentumlah bunyi gendang dan mercun. Bunyinya boleh menjadikan telinga tuli buat sementara. Maka beraraklah mereka dengan lori-lori kecil mempamerkan budaya yang dibawa dari tanah besar nun jauh di sana. Wah! nampak macam mereka itu bangga yang amat apabila menjadi singa jadi-jadian. Lalu mereka pun bergendanglah di tempat-tempat terbuka. Kadang-kadang di taman perumahan yang turut dihuni oleh orang-orang Melayu yang bayinya nyenyak tidur di dalam buaian kain. Apabila bunyi gendang-gendang ini berdentum-dentam, maka terjagalah bayi-bayi tersebut. Maka tergendalalah segala kerja suri rumah kerana terpaksa mengulit semula bayi-bayi mereka. Dan kadang-kadang bunyi gendang mereka tu berlumba-lumba dengan azan yang dilaungkan dari surau sebelah. Tapi jangan ada sesiapa yang pandai-pandai nak kompeln, nanti Uncle Lim Kit meracau : “Itu aaa, kami punyat budhaya. Lu tak payah kasi bising-bising mau jadhi little napoleon. Ini negala Malaysia maa!”

Senario 4 yang ada di sini : bla! bla!bla! sekolah bla!bla!bla!
Senario 5 yang ada di sini: Bla!bla! bla! anjing jiran bla! bla! bla!
Senario 6 yang ada di sini : Bla! bla! bla! lori bawa babi! bla! bla!
Senario 7 yang ada di sini : Bla! bla! bla! konsert hantu lapar! bla! bla!
Issshhhh….banyak la Uncle Lim Kit. Penat la saya nak bercerita di sini. Uncle pun sendiri tau sebab Uncle ni bukannya baru tinggal di sini. Uncle pun lahir kat sini, Cuma bapak, ibu, datuk, nenek, moyang, bapak kepada moyang, emak kepada moyang, datuk kepada moyang, nenek kepada moyang, moyang kepada moyang, dan kepada kepada kepada kepada kepada kepada uncle sahaja yang dilahirkan di tanah besar nun jauh di sana. Jadi Uncle pun tentu tau kan.

Jadi takkanlah bila cikgu besar kat sekolah tak kasi amoi-amoi dan asoi-asoi Uncle Lim pakai seluar pendek pergi masuk kawasan sekolah pun Uncle Lim nak panggil cikgu besar tu little napoleon.

Uncle, kita tinggal kat Malaysia la, bukan kat Hong Kong atau Macau!

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...