Thursday, 13 December 2007

Janji

Semuanya bermula begini : orang-orang Melayu telah mengikat janji dengan rakan-rakan mereka yang bukan berasal dari Tanah Melayu. Janjinya ialah rakan-rakan mereka itu harus menghormati orang-orang Melayu dan agama Islam. Jangan sesekali menyentuh hak mereka sebagai penduduk yang sememangnya menjadi penghuni Tanah Melayu sejak dari dulu lagi. Sebagai balasannya rakan-rakan mereka akan diberikan taraf sebagai warga kepada Tanah Melayu ini. Orang-orang Melayu bersetuju, orang-orang mendatang pun setuju. Itu janjinya. Orang Melayu amat berpegang pada janji.
Maka katakankah begini pula : Rakan-rakan mendatang tidak setuju dengan ikatan janji tersebut, ketika itu. Maka mereka tidak akan dapat menjadi warga. Maksudnya Tanah Melayu ini bukan tanah mereka. Kalau itu kejadiannya, maka rakan-rakan mendatang tidak boleh terus menetap di sini. Tidak boleh berbini beranak di sini. Tidak boleh membina kuil sesuka hati. Tidak boleh membina sekolah Tamil. Tidak boleh merayakan Thaipussam. Tidak boleh mengambil bukit di Batu Caves. Tidak boleh itu, dan tidak boleh ini kerana engkau bukan warga sini. Dan apabila cukup tempoh, rakan yang mendatang itu harus pulang ke tanah asal masing-masing. Muktamad.
Tapi mereka telah berjanji. Masing-masing telah bersetuju dengan janji yang diikat. Maka jalan cerita seterusnya yang harus berlaku ialah masing-masing mesti berpegang kepada janji yang dibuat. Masing-masing harus menghormati janji yang telah sama-sama kita setuju.
Maka alasan kononnya kita telah lama merdeka, bukannya alasan yang boleh diterima untuk merungkai janji tersebut.

Kalau aku tahu suatu hari nanti kamu akan cuba mempertikaikan hak aku, mati hidup balik aku tidak akan bersetuju untuk memberi warga kepada kamu! Aku bukan racist, tapi aku orang Melayu!

Friday, 7 December 2007

Cacat

Hari ini sama juga seperti semalam. Semalam sama juga dengan kelmarin. Kelmarin sama juga dengan hari-hari sebelumnya. Aku tahu dan amat tahu, benda ini dah terjadi lama sangat.

“Abah, dia parking kereta kat ruang orang cacat,” kata anakku sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah sepasang anak muda, lelaki dan perempuan.
“Tapi dia tak cacat pun,” lapor anakku lagi.
“Dia cacat,” aku menjawab persoalan anakku itu sambil tangannku ligat memusing stereng kereta mencari ruang kosong untuk meletakkan kereta kebangsaanku.
Anakku terkulat-kulat.
“Dia cacat otak,” kata aku.
Dengan muka 10 sen anak aku berkata:
“Kesiann… dia ya Bah, muda-muda dah cacat otak.”

Thursday, 6 December 2007

Pesan untuk warisan Kalingga

Maka menjeritlah orang-orang dari benua Kalingga itu di sebuah kuil. Tanah kuil ini dahulunya kepunyaan orang-orang Melayu. Begitu rapat dengan orang-orang Melayu sehinggakan segala harta kekayaan Si tanggang yang menjadi batu pun berada di situ. Tetapi aku sendiri pun tidak faham bagaimana keturunan dari benua Kalingga boleh menguasai segenap inci tanah tersebut. Dan aku pun tidak pernah mendengar rungutan daripada orang-orang Melayu tentang itu. Aku tidak pernah mendengar orang Melayu membuat memorandum untuk mengambil semula tanah tersebut. Memang orang Melayu boleh menuntut. Itu hak mereka. Siapa yang mahu sanggah? Siapa pula yang mahu menafikan fakta?
Maka menjeritlah beribu-ribu orang dari keturunan benua Kalingga itu di jalan-jalan. Membawa pelbagai sepanduk. “Bantulah orang yang miskin!” Itu aku sokong. “Jangan robohkan tempat ibadat kami!”, itu aku kena tengok sini dan sana. Tak bolehlah sokong tanpa sebab. Kalau hari-hari kau bina kuil merata-rata ikut sedap engkau sahaja, maka suatu hari nanti kuil engkau itu tentu kena kacau. “Hapuskan hak istimewa orang Melayu!”, itu kau kena hati-hati!!!
Kau bagi alasan kita sudah 50 merdeka. Oh, baru aku tahu. Engkau menjadikan angka 50 sebagai premis hujah kau untuk mengambil hak orang lain. Hmmmm…. kalau begitu aku ada pesanan untuk orang-orang Indon, Myanmar, Bangladesh, Nepal, Vietnam, dan juga termasuk para pelacur dari Uzbekistan, China, Rusia, Thailand, dan Filipina:
KAMU SEMUA JANGAN BALIK. BERANAK DAN BERCUCULAH DI SINI. TUNGGU 50 TAHUN LAGI. TULIS WASIAT KEPADA ANAK CUCU KAMU. TUNTUTLAH SEGALA KEKAYAAN DAN KEMAKMURAN YANG ADA DI TANAH MELAYU INI. KERANA 50 TAHUN ADALAH SYARAT UNTUK MENJADI ORANG-ORANG ISTIMEWA!


Deyy... tambi. Jangan bising-bisinglah!

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...