Wednesday, 8 July 2009

Kalau macam ni, gua pun nak jadi Menteri Pelajaran

Gua tengok Menteri Pelajaran yang baru ni, macam tak tak tahu apa yang dia nak bawa dalam dunia pendidikan negara. PPSMI menjadi senyap di tangan dia. Tak tahu apa kesudahannya walaupun dah berbakul-bakul laporan dari para cendekiawan pendidikan masuk ke dalam Kementerian Pelajaran. Gua tak tahu apa lagi yang dia nak tunggu.

Lepas tu dia kata nak hadkan jumlah subjek yang boleh diambil untuk SPM. Cadangan dia ni nampaknya macam nak gostan ke belakang pula. Gua pun tak tahu apa asas si menteri ini ambil semasa dia bercakap nak hadkan jumlah mata pelajaran.

Kemudian dia minta rakyat berikan pendapat tentang cadangan untuk mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM. Secara kasar memang nampak bagus. Tapi, macam mana agaknya apabila keputusan untuk membuat dasar yang sebesar itu ditentukan oleh orang-orang yang bukan dalam bidangnya? Gua dah dapat agak, spesies yang jenis menyokong PPSMI tentu akan juga menyokong cadangan itu. Kemudian, katakanlah, yang jenis spesies ini banyak hantar emel atau telefon kementerian bagi menyatakan sokongan mereka, maka sudah tentu Bahasa Inggeris akan menjadi subjek wajib lulus. Lepas ni, mungkin najib pula minta pendapat orang ramai untuk membuat dasar kewangan dan ekonomi negara.

Kalu gua, memang patut Bahasa Inggeris patut dijadikan subjek wajib lulus. Tapi kita kena tukar sistem p n p subjek ini. Gua lihat, anak-anak Malaysia yang belajar Bahasa Inggeris semenjak dari darjah satu hingga ke tingkatan 5 (paling minimun) masih lagi tak boleh menguasai bahasa Inggeris. Mengapa 11 tahun belajar bahasa Inggeris tapi masih tak pandai-pandai? Mesti ada yang tak kena dengan sistem. Mungkin silibusnya tak berkesan, atau teknik p n p yang ketinggalan, atau cikgu bahasa Inggeris yang tak berkeupayaan untuk menarik minat belajar, atau mungkin juga anak-anak kita itu selalu sangat bersarapan dengan nasi lemak. Kita mesti korek, cari dan betulkan mana-mana yang tersilap dalam p n p Bahasa Inggeris itu sendiri, bukannya mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kalau jari kita yang terluka, janganlah kita balut kepala lutut yang tidak luka! Kalau buat macam tu, orang kata “ITU BODOH MACAM BATU P***R NAMANYA!”

Nota tumit kaki : catatan ini gua tulis bulan lepas, hari ni dikatakan akan ada pengumuman daripada Menteri Pelajaran berkenaan PPSMI. Gua rasalah, PPSMI ini akan ditamatkan, tapi bukan tahun ini atau tahun depan. Orang politik ni bukannya susah sangat nak baca gerak lakunya.

Cikgu dulu, Cikgu sekarang

Cikgu dulu:
Ooo….aku kena posting Pulau Sebatik la. Tak apa ler….
Cikgu sekarang:
Apa? Aku kena ngajar kat Terengganu (Dia ni orang Kelantan, tapi meraung bagai orang hilang kaki bila diberitahu kena mengajar kat Terengganu)

Cikgu dulu:
Bagus sungguh budak-budak tu, sekali aku ajar kalkulus terus diorang boleh tangkap. (Sebelum PPSMI)
Cikgu sekarang:
Apala bebudak ni, dah sepuluh kali aku bagi tahu, tak paham-paham jugak. Lembap betul! (Era PPSMI)

Cikgu dulu:
Ok, sekarang kamu masukkan air ke dalam gelas itu dan kacau air tersebut perlahan-lahan (sebelum PPSMI)
Cikgu sekarang:
Ok, you put the water into the glass, and you disturb that water slow slow (era PPSMI)

Suatu Petang di Bandar Sandakan, yang agak Ha!Ha!Ha!

Petang tu, gua dengan Cikgu Matnor Sima merayau-rayau di bandar Sandakan. Gua dengan dia kemudiannya masuk ke dalam sebuah kedai mamak. Gua oder roti kobra dengan teh nai beng. Lepas makan, gua dengan Matnor merayau lagi.
“Gudang Garamku habis suda,” kata Matnor. Matanya meliar-liar di kaki lima kedai. Kemudian dia menuju kepada beberapa orang perempuan separuh umur yang duduk-duduk di kaki lima sambil menjual rokok seludup. Tiba-tiba, perempuan-perempuan separuh umur itu bingkas bangun. Masing-masing tergopoh-gopah memasukkan rokok seludup ke dalam bakul. Mereka seperti tikus yang takut melihat helang, dan mula nak melarikan diri.
“Oiii….kanapa kamu lari. Aku mau mambali gudang garam ba!” ujar Matnor.
Separuh jalan, perempuan-perempuan separuh umur itu berhenti.
“Naaaa..kami ingat kamu ni pagawai kastam,” ujar salah seorang daripada mereka.
Gua, tersenyum sendiri melihat gelagat Matnor dengan penjual rokok seludup tersebut.
Gua kata kat Matnor yang berbadan tegap tu, “Lu tak payah lagi potong rambut macam budak kat Pusat Serenti. Kesian gua tengok makcik-makcik tu.”
Sambil membetulkan kaca mata hitamnya, Matnor hanya tersengih.

Dengan tubuhnya yang tegap (pendek-pendek tagap), rambutnya yang dipotong pendek, dan memakai kaca mata hitam, tak hairanlah kalau perempuan-perempuan penjual rokok seludup tu lintang pukang. Perwatakan Matnor macam pegawai polis yang baru tamat latihan! Kalau gua yang jual rokok seludup, gua pun lari beb!

Nota tumit kaki : Budak-budak SMK Sandakan memanggil Matnor sebagai Cigu Maradona lantaran rupanya yang mirip Maradona dan dia juga lincah bermain bola sepak.

Tuesday, 7 July 2009

Pelajar-pelajar gua (II)

Dulu, kat SMK Sandakan pun ada Power Rangers. Cuma mereka ni tak berseluar ketat dengan warna-warna yang menyilaukan mata. Mereka berkain purple dan berbaju putih. Tu yang kat luar ler, yang kat bahagian dalam gua tak tahu…
Tapi lu tahu? Kekadang gua ternampak gak warna-warna pakaian yang dipakai di sebelah dalam. Warna yang menduduki carta teratas ialah warna krim dan warna hitam. Itu yang perempuan. Yang lelaki pun sama. Apabila berseluar putih tu, segala bentuk bingkai kadang-kadang tertonjol keluar.
Pernah, pada suatu hari, gua berada di tangga bawah. Gua nak naik ke tingkat atas, tingkatan enam. Hari tu, ada angin bertiup. Bila berada di tangga bawah, secara otomatik kepala gua akan terdongak melihat ke atas. Kebetulan, sekumpulan pelajar yang berkain purple, bersidai di tangga atas. Jadi, cuba lu bayangkan apa yang telah gua lihat apabila kain-kain purple itu melambai-lambai bak dedaun kelapa di tiup bayu…
Bak kata Hanafiah “Kalau tak ditengok, nanti dikata sombong pulak”.
Dan gua kata, “Bro, lu betul, gua setuju sangat”.

Nota tumit kaki : warna warni sebelah dalam tu tak ada kaitan dengan mana-mana anggota power rangers.

Pelajar-pelajar gua (I)

Bekas pelajar gua dah jadi macam-macam. Ada yang berjaya, ada yang separuh berjaya, ada juga yang nampak macam nak berjaya, tetapi akhirnya kecundang.

Haris, pelajar gua yang montok dan pendiam dalam kelas, pernah jadi presiden persatuan pelajar. Sekarang ni dia dah jadi peguam.
Berry, dia ni dulu nakal dalam kelas. Ramai guru yang pening kepala dengannya. Gua dengan dia tak ada masalah. Gua tau macam mana nak handle budak macam ni. Lepas tu, dia jadi inspektor polis. Kemudian, last-last sekali gua dengar dia pencen awal.
Ada juga pelajar gua yang gua rasa cemerlang, tetapi akhirnya menjadi cikgu sekolah rendah. Gua rasalah, kalau nak jadi cikgu jadilah cikgu sekolah menengah. Jadi, sekurang-kurangnya ilmu yang diperoleh semasa berperah otak di U dulu bolehlah digunakan. Masria Masir, salah seorang pelajar gua yang cemerlang dah jadi cikgu sekolah rendah di SK Bandar.
Ada juga pelajar gua yang berjaya dalam caranya yang tersendiri. Gua sendiri pun rasa, gua tak boleh nak potong mereka. Contohnya Zamri Matsah. Dia dah ada dua bini, manakala gua tetap satu sahaja beb! Dari mana dia peroleh ilmu nak berbini dua ni pun, gua tak tahu. Gua tak pernah mengajar dia cara-cara untuk berbini dua. Tapi, tak tahulah kalau-kalau dia mendapat ilham dari teks Sejarah Melayu yang gua ajarkan dulu. Maklumlah dalam teks itu, raja-raja Melayu memang berbini ramai. Tu belum dikira lagi gundik-gundik ….

Monday, 6 July 2009

Suatu pagi yang dingin tetapi hangat

Tiba-tiba pipi gua terasa hangat. Gua membuka separuh mata gua. Gua nampak hidungnya amat rapat dengan pipi gua. Gua cuba menguis lembut. Tapi dia seperti malas nak beranjak. Gua biarkan. Badannya yang montok kemudiannya mendarat di dada gua. Gua terasa hangat. Jejari gua mula merayap ke tubuhnya. Dia diam sahaja. Kadang-kadang terdengar dengusan lembut dari bibirnya. Gua merapatkan lagi tubuhnya ke dada gua, memang terasa hangat.
Tiba-tiba..
“Oh, kat sini rupanya Kiki,” kata Suchi, anak bongsu gua. Kucing parsi kesayangannya itu terus diambil dari atas dada gua.
Gua pun melabuhkan kembali kelopak mata gua.
Zzzzzzz….

Dulu mak dia suruh pergi sekolah, tapi dia pergi curi rambutan

Seorang sahabat gua nak jumpa gua.
“Weh….gua nak jumpa lu, boleh ke?” Dia tanya.
“Boleh” Gua kata.
“Cun… nanti gua jumpa lu kat gerai mamak kat bawah pokok api-api tu.” Dia kata lagi.
“Bila?” Gua tanya.
“Sabtu nanti, malam,” dia kata.
“Aiseyyyy… kalu hari tu tak boleh,” gua kata.
“Kenapa?” Dia tanya.
“Gua nak kena buat preparation. Isnin nanti gua nak viva,” gua kata.
“Lu ni tak habis-habis nak beli kereta!” dia kata. “Viva ni lu nak beli untuk siapa?” dia tanya.
“Bukan kereta ler. Gua nak kena viva tajuk tesis gua,” gua kata.
“Menatang apa pulak tu…” dia tanya.
“Tu la, dulu-dulu mak lu suruh pegi sekolah, lu pergi curi rambutan!” gua kata.
Dan sahabat gua ni memang tak pernah marahpun walaupun gua kutuk dia macam-macam.

Friday, 3 July 2009

Orang Malaysia yang malu nak jadi rakyat Malaysia

“Hello, may i speak to mr ……” kata satu suara diujung talian.
“Yes, speaking,” aku kata.
“I’m calling from bla!bla!bla!” kata suara diujung talian.
Lepas tu biasanya, kalau gua dapat panggilan macam ni (biasanya suruh mohon kad hutang atau pakej percutian) gua akan tanya:
“Are you Singaporean or Australian or American or PPSMIan?”
Kalau dia jawab : “I’m Malaysian”
Gua akan balas “ I’m speak in my national language. I do not have any responsible to any foreign language.”

*klik*

Nota tumit kaki: gua bukan rasis, tapi gua orang Malaysia

Gua dengan nasi kuning

Minggu lepas, gua pergi KK. Malam tu sahabat yang paling akrab masa kat SMK Sandakan bawa gua dengan Kia Sorento Eksekutifnya pergi makan malam.

“Pi, aku tak mau makan kat restoran. Aku nak makan kat gerai jer,” gua kata.
“Ok, beres,” kata kawan gua, Hanafiah.

Dia bawa gua ke sebuah medan selera. Gua pun tertinjau-tinjau nak makan apa.

“Kau nak makan ikan keli?” Hanafiah tanya.
“Ishhhh….aku datang dari KL, takkan ler nak makan ikan keli,” gua kata.

Hanafiah tersenyum. Gua dengan dia terus tertinjau-tinjau.

“Haaaa….ni mesti best,” Hanafiah kata. Jari telunjuk dia menghala ke arah satu gerai. Gua tengok, tertulis “Nasi Kuning Sandakan” pada satu warung.

Malam tu, selepas hampir 10 tahun gua tak makan nasi kuning, gua makan nasi kuning dengan penuh rakus.

Thursday, 2 July 2009

Gua dengan kapal terbang III

Bila nak keluar dari kapal terbang, akan adalah seorang pramugari yang tercegat menunggu kat muka pintu. Dengan senyum manis, dia akan memberi ucap selamat kepada semua penumpang.

Suatu hari tu, semasa gua nak keluar dari perut kapal terbang, seperti biasa seorang pramugari yang cantik manis menunggu di pintu keluar kapal terbang.

“Terima kasih, jumpa lagi,” dia kata.
Gua pun balas, “Boleh, nak jumpa kat mana?”

Pramugari yang cantik manis tu tersipu-sipu. Allaaaaa…..gua usik macam tu pun dah tersipu-sipu. Tu belum lagi keluar ayat-ayat power gua….cehhhhh…..

Gua dengan kapal terbang II

Gua masuk ke dalam kapal terbang. Bila gua sampai di barisan kerusi yang sepatut gua duduk, seorang pun tiada lagi di situ. Gua pun ambil kerusi yang paling hujung, dekat dengan tingkap. Gua fikir, bila gua ambil kerusi kat bahagian paling hujung, tentu akan memberi kemudahan kepada penumpang yang akan datang kemudian.

Lepas tu, datang seorang lelaki Cina. Dia tengok-tengok gua. Gua pun tengok-tengok dia. Lepas tu dia cakap cina dengan gua. Gua fikir, mamat cina ni mesti ada masalah otak ni. Muka gua yang seratus peratus bak lelaki Melayu terakhir ni, disangkanya jantan cina! Tak rock langsung la lu brader…! Gua buat bolayan dengan lelaki cina tu.

Kebetulan, lalu seorang pramugari. Dia cakap cina pula dengan peramugari itu. Nasib baik peramugari itu cina. Sambil tersenyum manis, pramugari tu bagi tahu kat gua yang lelaki cina itu mau kerusi kat sebelah tingkap. Gua kata, “ok, no problem”

Lepas tu, semasa kapal terbang dah beransur-ansur naik ke langit, lelaki cina tu tertoleh-toleh ke luar tingkap. Ghairah dan gelojoh betul mamat tu, sehinggakan kepalanya terhantuk-hantuk kat cermin tingkap. Dalam hati gua terfikir, mamat cina ni datang dari hutan belukar mana lak ni? Tiba-tiba, dia berpaling ke arah kerusi di bahagian paling hujung di barisan di sebelah. Rupa-rupa mamat cina yang darat ini ada member dia rupanya. Lepas tu sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke luar tingkap, dia bercakap dengan member dia kat kerusi barisan sebelah. Punyalah kuat suara dia. Mula-mula, gua buat tak tahu. Lepas ni, bila dah tak nampak apa-apa lagi kat bawah, bisulah mamat cina tu. Tapi mamat cina ni tak berhenti-henti bercakap dengan member dia. Bayangkan dia duduk di hujung sebelah sini, member dia tu duduk di hujung sebelah sana.

Gua dah tak tahan, masa dia cakap, gua blok muka dia dengan muka gua. Jadi, dia tak dapat nampak muka kawan dia yang duk kat hujung. Dia meliang-liuk muka dia, gua pun ikut meliang-liuk muka gua. Last-last sekali, mungkin dia sedar yang gua tak selesa dengan kebisingan dan kedaratan yang dia lakukan. Dia terus senyap, sehinggalah kapal terbang landing kat KK air port.

BERHENTILAH SEKEJAP....

  Apabila kita berundur beberapa tapak, bukanlah maknanya kita sedang menerima kekalahan. Ibarat satu pertempuran yang sengit, kadang-kadang...